JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 25 November 2009

BLOG PRO UMNO PASANG JERAT BODOH !!

Seorang blogger terkenal Umno, Ruang Bicara Faisal telah menfitnah Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim menawarkan RM 5 juta kepada Saiful untuk menarik balik kes liwat...

Bagaimanapun artikel atau entry berkenaan (boleh dilihat di sini) telah dipadam oleh tuan punya blog, Ruang Bicara Faisal...buktinya bolehlah dirujuk dalam laman forum MYKMU, dengan tajuk, "Panazzz.... Saiful ditawar 5 juta utk tarik kes"....

Ternyata mereka yakni puak gerombolan sanggup melakukan apa cara sekalipun termasuk menyebar fitnah dan tohmah semata-mata mahu menjatuhkan lawan mereka..mereka sanggup mereka cerita dan menjaja berita palsu tersebut demi kelangsungan survival parti mereka..

Tetapi 'usaha' mereka gagal sama sekali, apabila mereka dilihat 'tidak sehaluan' dalam mengatur strategi...orang yang dibela mereka selama ini terpaksa mendedahkan fitnah blogger Umno....semoga dengan ini, kita lebih berhati-hati untuk menerima dan mendengar maklumat dari pihak gerombolan khusunya blogger 'Pembela Negara' ini..wallahua'lam.. /Detikdaily

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/11/fitnah-anwar-tawar-5-juta-saiful-nafi.html

EXCO AGAMA SELANGOR BERTINDAK SEGERA !!

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi.

"Dii sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya. Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya.

"Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. 'Anak Pak Wahab' itu merujuk ke pengikut wahabi." kata Dr Asri kepada Harakahdaily.

Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.

Terdapat satu tulisan Mahfuz bertarikh 18 March 2009 dibawah tajuk "Dari blog Ahli Sunnah Wal Jamaah Diari - Mesyuarat Anti Wahabi" berhubung penentangan untuk mengekang gerakan fahaman Wahabi di negara ini.

"Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin," tulis Mahfuz dalam blognya.

Harakahdaily bertanya kenapa blog asal al-subki ini telah bertukar, Dr Asri menjawab ianya disebabkan oleh satu kes yang berlaku, yang tidak mahu didedahkan beliau.

"Dia ini telah mengutuk dan menghina Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi lebih dulu daripada saya.

"Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan, sehingga ramai marah dan jika dibiarkan akan semakin melampau," katanya yang merujuk keratan yang diemaikan kepada Harakahdaily.

Tiga keratan antaranya bertarikh 26 Jun 2008, membabitkan kutukan beliau terhadap Nik Aziz dan Abdul Hadi.

Salah satu keratan di bawah tajuk "Nik Aziz dan Allah duduk lendik atas arash" memuatkan petikan dipercayai daripada tulisan pegawai terbabit yang antaranya berbunyi :"Kalau di lihat sejarah beliau di Kelantan sejak pulang dari luar negeri telah dilihat membawa fahaman songsang..."

Dr Asri membangkitkan apakah pegawai JAIS 'dibiarkan' oleh Kerajaan Selangor dengan tujuan tertentu dan sewajarnya satu tindakan perlu diambil berhubung isu ini.

"Apakah ini pendirian Kerajaan Selangor, atau hanya JAIS?" katanya yang mahu perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum./Harakahdaily

Selasa, 24 November 2009

'Husam letih harungi politik dalaman PAS'


Jimadie Shah Othman


Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang dilihat "keletihan" dalam mengharungi politik dalaman PAS negeri itu, menjadi punca tercetusnya spekulasi beliau mahu meletak jawatan dalam parti dan kerajaan, kata seorang pemimpin PAS negeri itu.

"Sampai satu masa, dia pun letih, banyak masalah, banyak tanggungjawab yang dipegangnya. Saya dengar sudah dua tahun dulu lagi perkara ini sudah disebut," kata anggota jawatankuasa PAS negeri yang enggan dikenali.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar media arus perdana kelmarin mengenai spekulasi Husam yang juga pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan negeri mahu meletakkan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri.

Husam yang juga ADUN Salor itu bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai agenda untuk 'mematikan karier politiknya' yang belum berakhir sejak muktamar PAS Jun lalu, selepas beliau tewas dalam pertandingan kerusi timbalan presiden.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, anggota jawatankuasa PAS Kelantan itu berkata, desas-desus Husam 'sudah keletihan' akibat politik parti, sudah lama kedengaran tetapi ia telah dinasihatkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya 'bertahan'..

"Tok Guru (Nik Aziz) kata, kalau hendak kata letih, dia lagi letih, dia lagi banyak tanggungjawab," kata pemimpin tersebut.

Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut maksud 'keletihan' tersebut, beliau berkata: "Bukan letih lawan dengan Umno. Lawan dengan Umno tidak ada masalah. Yang letih ni sok-sek (bisik-membisik - merujuk kepada politik dalaman) sesama sendiri.".

Tambahnya, Husam menjadi sasaran kerana bekas naib presiden PAS itu agak menonjol di Kelantan berbanding pemimpin lain PAS di negeri itu.

Sementara itu, setiausaha PAS Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim pula ketika dihubungi berpendapat, serangan terhadap Husam didalangi musuh politiknya, Umno.

"Biasalah, mereka hendak serang Tok Guru tidak dapat. Jadi, mereka seranglah orang yang dilihat rapat dengannya," katanya yang juga ADUN Kelaboran.

"Datuk Husam ni kalau kita lihat macam perisai (kepada Nik Aziz dan PAS Kelantan)," tambahnya.

Bagaimanapun, Mohamad Zaki menolak terdapat sabotaj dalaman yang mahu menghancurkan karier politik Husam./Malaysiakini

Nasharuddin dikejarkan ke IJN selepas mengadu sakit dada

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa, 47, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini selepas mengadu sakit dada ketika persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung hari ini.

Timbalan Presiden Pas itu dikejarkan ke IJN selepas menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan di bangunan Parlimen setelah mengadu kepada Ahli Parlimen Tumpat, daripada Pas Datuk Kamaruddin Jaffar.

Beliau kemudiannya dilihat dibawa dengan kerusi roda ditemani Kamaruddin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada pukul 11.40 pagi k IJN.

Mahfuz ketika ditemui pemberita berkata, Nasharuddin pada mulanya mengadu sakit otot di bahagian dada dan selepas pemeriksaan di klinik tadi, beliau dinasihatkan untuk ke IJN bagi pemeriksaan selanjutnya.

Beliau bagaimana pun enggan mengulas lebih lanjut mengenai keadaan Nasharuddin./Sinar

Isnin, 23 November 2009

MANA PERJUANGAN SAYA ? - YB HUSAM

Sunday, November 22, 2009


Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.

Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.

Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.

Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.

“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.

“Beratus SMS, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan telefon sejak awal pagi adalah bukti ‘berita’ yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit,” kata Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan dalam blognya hari ini.

Husam juga menambah, beliau lega dengan penjelasan Nik Aziz yang menafikan laporan media hari ini.

“Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya — Tok Guru Nik Aziz,” ujar Husam.

Dalam tulisannya, Husam juga menjelaskan bahawa beliau kini mengalami sakit belakang dan doktor menasihatkannya agar kurangkan aktiviti.

“Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.

“Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

“Saya maklumkan pada bos saya (Nik Aziz). Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain,” katanya.

Husam mengakui telah mengadakan pertemuan Nik Aziz pada Khamis lalu, yang meminta agar beliau tidak menangguhkan rawatan.

“Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena-mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

“Letak semua pulak tu?” soal beliau.

Bagi memperkukuhkan hujahnya, Husam yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Jun lalu menjelaskan: “Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama?”

“Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?” tambah Husam dalam tulisannya.

(TheMalaysianInsider)

Ahad, 22 November 2009

Exco P.Pinang Nafi Letak Jawatan

22 November, 2009 12:48 PM

PULAU PINANG, 22 Nov (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar Dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang Phee Boon Poh pada Ahad menafikan khabar angin yang beliau meletak jawatan sebagai Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Phee, yang juga ADUN Sungai Puyu, berkata sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disebarkan sejak beberapa hari lepas menyatakan beliau telah meletak jawatan termasuk dalam parti DAP.

"Saya tidak pernah melepaskan apa-apa jawatan dipegang terutama sebagai ADUN dan Exco kerajaan negeri dan penyebaran SMS berkenaan berniat jahat serta cuba menjatuhkan saya," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Menyifatkan penyebaran itu cuba melemahkan parti pakatan yang memerintah beberapa negeri termasuk di Pulau Pinang, beliau berkata: "Ini semua spekulasi dan saya tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh musuh politik yang mahu memecahbelahkan jalinan persefahaman dalam pakatan."

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata tidak timbul isu peletakan jawatan Phee, yang sebelum ini dikatakan berselisih faham dengan beliau.

"Isu perselisihan faham antara saya dan Phee telah lama selesai. Tidak timbul lagi masalah itu sekarang. Ini semua permainan pihak yang cemburu dengan kesepakatan kami," katanya tanpa menyatakan perselisihan faham yang timbul sebelum ini.

-- BERNAMA

CARTA MINGGUAN BLOG-BLOG PRO PR OLEH PERAKEXPRESS

Rating Blog Pro Pakatan Rakyat ini disediakan oleh Perakexpress

tptp2 tp3 tp4

Tags:

Sabtu, 21 November 2009

NIK AZIZ DAN ANWAR ANTARA BERPENGARUH DI DUNIA

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.


Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)


Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama./Harakahdaily

Khamis, 19 November 2009

ROYALTI MINYAK, DEBAT NAZRI-SALAHUDDIN DI KELANTAN ?

Oleh: Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 19 Ogos: Dewan pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) bersedia menjadi penganjur majlis debat mengenai pembayaran royalti minyak kepada negeri Kelantan sekaligus memuji sikap berani Datuk Seri Nazri Aziz yang sanggup untuk menyertainya.

Naib Ketua DPPNK Hisham Fauzi dalam kenyataan medianya berkata sikap Nazri itu sewajarnya menjadi contoh kepada ahli Umno khususnya Pergerakan Pemuda Umno Kelantan.

“DPPNK akan menganjurkan satu Debat Terbuka Isu Royalti Minyak antara Dato’ Seri Nazri Aziz dengan YB Salahuddin Ayub dalam tempoh sebulan ini,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Tanah Merah.

Menurutnya, debat terbuka itu dicadang diadakan di Auditorium Pusat Dagangan Kelantan (Auditorium Kelantan Trade Centre), Kota Bharu.

“Surat jemputan kepada kedua-dua pihak akan dihantar dalam masa terdekat.

“Amatlah diharapkan agar kedua-dua pihak dapat mengotakan janji kesediaan mereka untuk berdebat sebagaimana yang diucapkan di Parlimen semalam dan seterusnya menjelaskan kepada rakyat Kelantan siapakah yang benar,” katanya sambil meluahkan kekesalan DPPNK di atas penafian yang berterusan oleh Kerajaan Pusat terhadap hak rakyat dan Kerajaan Kelantan terhadap pembayaran royalti minyak tersebut.

“Walau pun jelas tidak ada keperluan bahawa minyak itu dicarigali dalam tiga batu nautika dari pantai Kelantan untuk menjadikan Kelantan layak terhadap royalti di dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Petronas atau di dalam Akta Pembangunan Petroleum.

“Kerajaan Pusat terus cuba menafikan dan mengabaikan fakta sebenarnya. Sikap penafian dan pengabaian ini jelas ditunjukkan semasa sidang Parlimen semalam oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang secara berterusan menegaskan bahawa negeri Kelantan tidak berhak terhadap bayaran royalti dan hanya berhak terhadap wang ihsan saja.

“Datuk Nazri menyatakan kesediaan beliau untuk berdebat dengan YB Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang telah bertegas dengan Datuk Seri Nazri mengatakan Kelantan berhak terhadap bayaran tunai royalti minyak, sebagaimana termaktub dalam perjanjian dan akta berkaitan,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Perlindungan Pengguna Kelantan bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri menuntut bayaran royalti minyak daripada Kerajaan Pusat sejak 2004.

Pengerusinya, Haji Ahmad Othman berkata tindakan yang dilakukan Kerajaan Negeri itu betul demi pembangunan dan kepentingan rakyat negeri ini.

“Tuntutan itu mesti dilakukan oleh kerana kita berhak. Kita mesti tuntut, bahkan Kerajaan Pusat sepatutnya tidak membiarkan perkara itu berlaku sejak 2004 lagi,” katanya ketika dihubungi media di sini baru-baru ini.

Mengenai peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dibelanjakan kepada Kelantan yang menjadi hujah pemimpin Umno-BN untuk tidak membayar royalty tersebut, beliau berkata peruntukan yang dibelanjakan dalam RMK9 semata-mata kerana Kelantan termasuk dalam negeri di Malaysia yang berhak mendapat peruntukan itu.

“Tetapi yang kita tuntut ini hak Kerajaan Negeri, bahkan hujah yang dibuat Pengerusi BN Kelantan yang baru itu tidak berapa cerdek.

“Kita minta sama seperti yang diperolehi Terengganu, bahkan Kerajaan Pusat tidak menyekat permohonan negeri itu, bahkan minyak itu berada di laut kita, kita berkehendakkan royaltinya demi kepentingan rakyat negeri ini.

“Dan minyak itu sendiri tidak terdapat pada negeri yang rakyatnya bukan Islam,” katanya.

Sementara itu mantan Ahli Parlimen Bachok Wan Nik Wan Yusof berkata dalam konteks memajukan sumber petroleium (gas) di dasar laut atau bumi, hak ekselusif itu menjadi tanggungjawab Petronas yang mencari gali minyak dan membuat penyelidikan di mana-mana negeri berdasarkan Akta Petroleium yang diluluskan Parlimen.

“Atas sifat budi bicara dan juga komitmen Kerajaan Pusat yang meraih untung melalui Petronas ini, sepatutnya di mana ada telaga minyak atau pun gas itu, negeri yang memilik telaga tersebut seharusnya diberi ganjaran,” katanya yang juga Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan kepda media di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, proses itu berlaku melalui satu perjanjian di antara Petronas dengan negeri-negeri yang mana adanya telaga tersebut.

“Petronas sepatutnya mengadakan perjanjian dengan bidang kuasa yang diberikan oleh Kerajaan Pusat.

“Jadi Kelantan ini tidak termasuk negeri yang mendapat kemudahan hasil dan royalty itu kerana Petronas tidak pun membuat rundingan bagi mengadakan perjanjian dengan Kelantan.

“Kenapa berlaku begitu, sedangkan Sarawak, Sabah dan Terengganu tidak berlaku sedemikian.

“Dalam kes Kelantan ini, persoalan yang berbangkit ialah kerana telaga minyak itu berada dalam ‘kawasan bertindih’ di atas tiga kepentingan negara – Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA),” katanya.

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran gas asli, terletak di bahagian bawah teluk Thailand (Siam).

Dan diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA) dengan setiap negara menguasai 50 peratus dari sumber hydrocarbon yang ditemui di kawasan JDA itu.

Sumber gas asli di kawasan tersebut dianggarkan 9.5 trillion cubit feet.

“JDA menangani pembangunan bersama tiga negara – Thailand, Malaysia dan Kemboja.

“Jadi persoalannya di sini, apabila ada hak JDA – hak penerokaan bersama di kawasan bertindih itu, maka pada bahagian bertindih itu ialah pantai yang menjadi milik Kelantan.

“Oleh itu atas sifat perkiraan negeri yang memiliki bumi bertindih itu, keadilan seharusnya dipertimbangkan.

“Petronas sepatutnya ada persetujuan melalui satu perjanjian untuk memberi bayaran royalty walau pun dikatakan bertindih, oleh kerana yang bertindih itu ialah bumi, dan bumi itu bukannya bumi hak ekselusif antarabangsa tetapi hak ekslusif sebahagian daripada Malaysia, Thailand an Kemboja.

“Jadi hak Malaysia itu sepatutnya diberi kepada Kelantan dan itu adalah nilai keadilan yang sepatut diambilkira,” katanya sambil membidas Menteri Kerajaan Pusat atau pun Perdana Menteri yang sepatutnya tidak bercakap dengan bahasa yang bercanggah dengan prinsip “1 Malaysia”.

Beliau berkata, di mana-mana bumi pun, hakikatnya Malaysia hak belaka tetapi Malaysia itu sendiri terbentuk hasil daripada sokongan padu negeri-negeri yang dinaunginya.

“Dan Kelantan sendiri adalah penyumbang hasil Malaysia, contoh minyak itu sendiri.

“Oleh itu dari jumlah RM25 bilion perolehan hasil minyak itu sepatutnya ada sebahagian dari keuntungan diagihkan kepada negeri ini yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat menerusi Petronas, dan ketika itu barulah wujud nilai keadilan yang bersifat terbuka itu,” katanya.

Mengulas isu itu dalam aspek agama, beliau berkata apabila hendak mengharmonikan konsep “1 Malaysia” ke atas komitmen beragama, sepatutnya perkiraan itu berlaku secara anak beranak di mana Kerajaan Pusat adalah bapa dan Kerajaan Negeri adalah anak.

“Jadi perkiraan bapa hendak mengambil harta dalam lengkongan sempadan yang dimiliki oleh anak, sepatutnya penyelesaian, persetujuan, imbal dan imboh balik itu terjadi, namun demikian terjadi, dan ini amat mendukacitakan.

“Paling harmoni lagi, kalau negeri-negeri lain yang ada sumber gas ini boleh dibuat perjanjian atas alasan tidak bertindih, hak mutlak negeri berkenaan dan hak mutlak negara berkenaan, apakah di kawasan bertindih ini menafikan terus hak membuat perjanjian dengan Petronas yang bertanggungjawab ke atas negeri yang memiliki tanah yang bertindih itu.

“Jadi persoalan dari sudut undang-undang itu perlu diperjelaskan, janganlah (pihak bertanggungjawab itu) hendak menafikan dengan semborono begitu saja,” katanya.

Mengulas penegasan Pengerusi Umno-BN Kelantan yang menyatakan Kerajaan Pusat tidak akan membayar royalty yang dibangkit oleh Kerajaan Negeri itu kerana telah Kerajaan Pusat telah membiayai Kelantan seperti yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia seperti dibelanjakan RM7 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Wan Nik berkata adakah negeri-negeri lain tidak mendapat kemudahan di bawah peruntukan RMK9 atas alasan negeri itu tidak memiliki sumber petroleum (gas).

“Bagaimana pula negeri lain seperti Kedah, Perak, Perlis atau negeri yang didominasi Umno-BN termasuk Pahang yang tidak ada pun sumber minyak tetapi peruntukan di bawah RMK9 berjumlah berbilion telah diberi, itu satu persoalan.

“Adakah hasil daripada negeri Kelantan ini dibawa terus kepada Kerajaan Pusat itu semata-mata daripada hasil minyak tersebut, jawapannya tidak. Ini kerana rakyat Kelantan juga membayar cukai seperti negeri lain juga.

“Oleh itu sangat tidak adil dakwaaan bahawa peruntukan yang telah diberi di bawah Rancangan Malaysia itu dianggap telah memadai.

“Bahkan itu suatu suatu jawapan yang cuba membodohkan rakyat Kelantan dengan isu sebenar yang berbangkit,” tegasnya.

Beliau berkata pihak Kerajaan Negeri, menerusi peruntukan undang-undang yang ada hendaklah melihat melihat ruang supaya Kerajaan Negeri boleh mendesak Petronas mengadakan perjanjian dengan penerokaan di kawasan JDA itu bagi mendapat hak royalti.

“Tindakan itu penting supaya Petronas mengadakan perjanjian, penerokaan di kawasan JDA kerana JDA itu tidak dinafikan bahawa bertindih itu adalah di dalam kawasan negeri Kelantan, bukan di kawasan “free zon”, bukan di kawasan bebas, di kawasan negeri kita, Kelantan.


“Sangat perlu kepada perjanjian dengan Petronas. Kerajaan Negeri perlu mencari pendekatan termsuk pendekatan undang-undang dengan Petronas untuk mendesak supaya diadakan satu perjanjian penerokaan di kawasan JDA yang membabitkan bumi yang berada di hadapan pantai Kelantan,” katanya.


Dalam konteks royalti minyak itu, beliau menyifatkan tindakan pihak berkenaan sebagai tidak amanah dan tidak berasaskan nilai tawadhuk seorang pemimpin negara yang mendakwa rakyat didahulukan.

Selain dari itu, beliau mengulas keyakinan Mursyidul Am PAS Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendesak pimpinan Umno supaya mengadakan mujadalah (debat).

“Tok Guru mempunyai satu hujah yang kukuh bahawa dasar Umno yang sebenar itu adalah nasionalisme dan tidak pun mengambil kira dasar Islam. Tok Guru amat ayakin.

“Namun oleh kerana ada orang tua Umno dua orang (Mahathir-Pak Lah) sudah pun memikirkan bahawa Umno sebenar-benarnya tidak berasaskan kepada dasar Islam.

“Oleh itu jika diteruskan juga debat, akan mendedahkan pekung Umno sendiri yang menggunakan Islam sebagai kaedah untuk mencapai kuasa, bukannya meletakkan Islam sebagai dasar untuk diperjuangkan bagi meletakkan Islam sebagai kedudukan yang berkuasa.

“Jadi persimpangan itulah yang menyebabkan Umno sendiri tidak boleh untuk mengikut apa kehendak atau cabaran Tuk Guru itu,” katanya.

Sementara Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Wan Azimin Wan Adnan ketika dihubungi media berkata royalti minyak itu adalah hak rakyat Kelantan yang seharusnya semua pihak terutamanya Barisan Nasional patut memperjuangkan hak rakyat selaras dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” itu.

“Itulah sepatutnya diperjuangkan terutamanya Kerajaan BN adalah dalam tempoh Kerajaan Najib yang baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, maka inilah gagasan yang sepatutnya ditonjolkan olehnya. Dibuktikan supaya rakyat Kelantan tidak lagi dipinggirkan oleh BN,” katanya.

Beliau berkata, perkara asas yang patut dilihat ialah perbezaan di antara Pantai Barat dan Pantai Timur.

“Pantai Timur seharusnya dilihat sebagai satu tempat pembangunan yang baru maka tidak dapat tidak industri petroleium seharusnya didaratkan di kawasan Pantai Timur. Selain di Kerteh, maka tapak baru kita ialah dibangunkan di Kelantan.

“Ini amat wajar kerana Kerajaan Negeri ini sudah pun menyediakan tapak pendaratan petroleium (gas) di Pantai Senok lama sebelum ini.

“Seharusnya inilah perkara asas, kalau sekiranya (Kerajaan Pusat yang diterajui BN) ingin membantu rakyat, maka kawasan pertumbuhan industri baru Pantai Senok ini perlu dibangunkan.

“Kita tidak perlu banyak berpolitik dalam hal-hal sedemikian, tertapi seharusnya ia dilihat sebagai satu keadaan di mana “rakyat didahulukan” dan ianya perlu dibuktikan dengan aspek praktikal.

“Sekiranya tidak ditunaikan bererti Kerajaan Pusat berhutang dengan rakyat Kelantan. Royalti itu hak rakyat Kelantan dan tidak perlu bercakap tentang tidak patut dibayar dan sebagainya oleh kerana itu satu eskapisme semata-mata.

“Jika tidak maka slogan “Satu Malaysia” adalah retorik semata-mata, yang tidak berpijak kepada reality.


"Jika pembayaran royalti dan tunggakannya tidak ditunaikan, rakyat Kelantan menganggap mereka yang menerajui Kerajaan diterajui Umno-BN yang ada hari ini menjuarai aspek kezaliman dan rasuah.

“Title Umno-BN tidak akan bersih pada pandangan rakyat terutama oleh rakyat negeri ini umumnya, bahkan dengan itu Umno-BN mudah ditolak rakyat.


“Saya yakin rakyat akan memberi satu keputusan bahawa mereka menghantar satu referendum yang kedua selepas daripada keputusan Pilihan Raya, bahkan mereka menolak kepimpinan yang tidak meletakkan rakyat sebagai keutamaan,” katanya yang juga Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri.

Kartonis terkenal Haji Rosidi Ismail (Pak Rossem) ketika dihubungi media baru-baru ini berkata, perjanjian di antara Petronas dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri di Malaysia, berdasarkan perjanjian bahawa jika sekiranya didapati ada minyak di negeri itu sama ada Perlis, Kedah, Sabah atau Sarawak, sekiranya terdapat minyak di negeri itu, mereka mesti menyerahkan pengurusannya kepada Petronas dan Petronas akan memberi lima peratus kepada negeri berkenaan.

“Justeru Kelantan berhak untuk mendapatkan lima peratus itu kerana kewujudan minyak itu dalam perairan Kelantan.

“Kini di perairan Kelantan itu sudah ada minyak, sudah ada saluran minyak dan paip minyak, namun kebanyakan orang tidak tahu tentang pelantar minyak, dan perkara itu didiamkan saja oleh pihak.

“Jadi sebenarnya Kerajaan Pusat sudah melakukan satu tindakan yang membelakangi janji-janji tersebut khususnya perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Petronas itu dalam perkara pembahagian peratus itu,” katanya yang juga Penolong Pengarah Penerbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Beliau turut mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa ketika berceramah di Manek Urai baru-baru ini bahawa apa yang pihak Kerajaan Negeri memperjuangkan kini insya Allah akan berhasil.

"Ini kerana Kerajaan Pusat tidak ada alasan lagi untuk menidakkan apa yang kita mahu.

“Jadi insya Allah apa yang kita mintak berhubung dengan royalti dan bayaran terkebelakang itu, insya Allah akan berjaya kerana perkara ini perkara jelas dan berasas.

"Kerajaan Pusat berhutang dengan rakyat Kelantan dalam kes ini, maka hutang itu wajib dibayar dan pemimpin itu akan dituntut, kalau tidak di dunia maka di akhirat.

“Pemimpin Kerajaan Pusat itu bertanggungjawab khususnya pemimpin utamanya,” katanya./Harakahdaily

TOK GURU NIK AZIZ DILIHAT TIDAK BERSALAH - NAZRI AZIZ

Nik Aziz dilihat tidak bersalah: Nazri


KOTA BHARU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat tidak bersalah dalam isu tajaaan menunaikan tajaan haji di Makkah oleh individu tertentu.

Beliau secara peribadi berkata, isu tersebut sudah selesai dan berdasarkan laporan akhbar, Mursyidul Am Pas itu menjawab soalan wartawan dengan ‘jujur’ menunjukkan beliau tidak bersalah sekiranya menerima tajaan tersebut.

“Secara peribadinya saya rasa dia tidak bersalah. Lagipun dia (Nik Aziz) tidak pergi ke Makkah bagi haji yang ditaja. Mungkin kerana jawatannya sebagai Menteri Besar menyebabkan isu tersebut menjadi kontroversi. /Sinar

Rabu, 18 November 2009

SAHAM 2 JUTA, KENAPA DIA SIMPAN? BUKANKAH ITU SAHAM SAYA? - ANWAR

Anwar: Saya Pun Hendak Saham Itu
Posted on Tuesday, November 17 @ 18:59:28 PST by tokdalang

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bekas setiusaha sulitnya Anuar Shaari bahawa beliau memiliki saham jutaan ringgit ketika menjadi Menteri Kewangan.

Sehubungan itu, Anwar meminta bekas setiusaha sulitnya itu mendedahkan dokumen pemilikan saham bernilai RM2 juta yang kononnya dimilikinya seperti yang didakwa.

“ Saya kata, saya minta kalau betul, saya pun hendak saham itu. Saya kata kalau betul ada, kenapa dia simpan? Kalau saham saya, bagi kepada saya lah. Kalau tidak kita ambil tindakan undang-undang”.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan bekas setiausahanya membuat laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian Online, Anuar membuat laporan polis tersebut berhubung pemilikan saham berjuta ringgit membabitkan bekas ketuanya itu.

Laporan berkenaan menyebut, Anuar mempunyai dokumen pemilikan saham bernilai RM2juta membabitkan Anwar; isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Sehubungan itu Anwar berkata, toleransi yang diberikan oleh beliau kepada setiap pertuduhan yang dilemparkan membuatkan ramai pihak mengambil kesempatan mengada-adakan cerita terhadapnya.

“ Hendak saman pun tak sampai hati tapi kalau tidak saman terus begitu. Kalau betul ada, mengapa saham itu tidak ada di tangan saya?”.

Menurutnya lagi, beliau percaya terdapat media-media tertentu di negara ini yang bekerjasama dengan UMNO-Barisan Nasional demi terus mencalarkan imejnya.

“ Sebenarnya beberapa orang ini memang diupah untuk Berita Harian, The Star dia memang bekerjasama dengan UMNO untuk buat kenyataan bergilir. Oleh itu orang ini yang dia yakin dia boleh boleh menang dalam mempengaruh sistem pendakwa, polis, hakim, maka dia rasa dia boleh bebas” ujarnya lagi. -TVS/Detikdaily

MENGAPA YB KHALID SAMAD SUKAR MENDAPATKAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA?

650 bantah Jais tidak beri tauliah
Jimadie Shah Othman
Nov 18, 09
12:01pm

kemaskini 6.35pm Lebih 650 ahli kariah di Shah Alam membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang tidak memberikan tauliah mengajar agama kepada ahli parlimen kawasan tersebut Khalid Samad.

Bantahan tersebut disuarakan melalui kempen kutipan tandatangan yang digerakkan seorang pegawai khas Khalid sejak seminggu lalu.

Mohd Jamil Abd Rahim, yang juga ahli kariah di Bukit Subang dekat Shah Alam berkata, tandatangan tersebut dijangka diserahkan kepada Jais dalam masa terdekat bersama satu memorandum bantahan.

"Sekarang kita tidak serahkan lagi sebab masih ada (tandatangan) yang masih belum dikutip," katanya hari ini.

Beliau, dengan beberapa anak kariah yang mewakili lebih 20 masjid dan surau di kawasan parlimen itu, mengadakan sidang akhbar di Shah Alam petang ini bagi mendesak Jais mengeluarkan tauliah kepada Khalid.

Anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Izham Hashim, sebagai ahli kariah di situ, mengetuai sidang media.

Kempen kutipan tandatangan itu akan dilanjutkan lagi selama seminggu sebelum tindakan lanjut, katanya.

Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Mohd Jamil berkata beliau mengambil inisiatif menganjurkan kempen tersebut bagi mendengar pandangan awam berhubung isu tauliah – yang kini menjadi kontroversi susulan pendakwaan terhadap bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

"Sebagai orang yang dipimpin, kami juga mahu memberikan pandangan. Kami turun dan lihat sendiri. Kami tanya ahli-ahli agama.

"Cara Khalid mengajar agama itu mudah difahami. Apabila mengajar ibadat, misalnya, beliau memberikan contoh-contoh yang senang," jelas Mohd Jamil.

"Kita bukan hendak bermusuh dengan pihak Jais. Tetapi persoalannya kenapa tidak diberikan tauliah kepada Khalid? Adakah beliau betul-betul tidak layak?

"Berikanlah hitam putih, jangan beri bermacam-macam alasan seperti tapisan keselamatan."

Dalam surat Jais bertarikh 10 Julai 2008 (foto atas), pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori-kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardhu ain atau berkitab).

Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan oleh jabatan itu dalam suratnya 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor mendapati Khalid, adik kandung ahli parlimen BN Datuk Shahrir Samad, mempunyai "rekod jenayah."

Setelah Khalid meminta penjelasan dalam suratnya hujung September lalu, polis Selangor berkata semakan polis Bukit Aman mendapati beliau mempunyai "rekod jenayah".

Jenis jenayah yang didakwa dilakukan oleh bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu tidak pula dinyatakan dalam surat ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Selangor bertarikh 27 Oktober 2009 kepada beliau - yang diterima semalam (foto kanan)./Malaysiakini

ANUAR SHAARI CARI MAKAN, PENGEMIS POLITIK

Anuar Shaari ‘ cari makan’ – kata Anwar

Walaupun bekas Setiausaha Sulitnya,Anuar Shaari tampil dengan dokumen salinan asal mengenai pemilikan saham dan penyata akaun bank Naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya,Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap kata, “ kalau betul buktikanlah”. Malah beliau anggap tindakan itu sebagai ‘ cari makan’.

Anwar menyatakan demikian menjawab soalan dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen petang Selasa tentang langkah Anuar menyerahkan dokumen salinan asal kepada polis untuk membuktikan dakwaan tentang pemilikan saham dan wang yang banyak semasa Azmin berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan beliau ketika dalam kerajaan dulu.

“Yelah, semasa saya diberhentikan (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan) , mereka pun berhenti. Maka mereka terpaksa cari makan. Kalau betul, buktikanlah. Kalau tidak, kita ambil tindakan undang-undang. Saya difahamkan Azmin akan menyaman beliau,” katanya.

Sementara itu Azmin yang ditemui wartawan di lobi parlimen berkata beliau telahpun mengemukakan bukti dan memberi kerjasama penuh kepada polis semasa soalsiasat mengenai dakwaan kekayaannya pada tahun 1998 dulu .

Katanya jumlah pemilikan sahamnya juga berubah-ubah dari RM 8 juta sebelumnya dan kini RM 2 juta manakala pada tahun 1998 sebanyak RM 400 juta.

Azmin juga cop Anuar sebagai ‘ pengemis politik './Agenda daily

Selasa, 17 November 2009

Apabila Mahathir Dengki Dengan Jawatan Anwar Ibrahim

17 November 2009

Akhirnya telahan Problem Dunia menunjukkan kebenarannya.

Mahathir sebenarnya dengkikan Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Berbeza dengan Anwar Ibrahim yang ikhlas berjasa pada rakyat dengan elaun tetap RM1.00, Mahathir juga inginkan jawatan kerana kantungnya sudah kosong dan perlukan isian baru. Isiannya sudah pastilah wang rakyat yang banyak bertaburan, projek2 kosong, balak dan hutan belukau.
Dengan mengarahkan askarnya, Pengerusi Risda yang banyak terhutang budi kepada Mahathir, Rahim Tamby Chik hari ini menyarankan Najib Razak untuk melantik Mahathir sebagai Menteri Kanan persekutuan.
Sudah pastilah saranan ini berbau arahan terus dari Mahathir demi mengembalikan cengkamannya setelah didiamkan oleh Abdullah Badawi, Perdana Menteri sebelum Najib Razak.
Mahathir terkenal sebagai negarawan yang menyumbang kepada pertubuhan pesat negara memerintah Malaysia dengan kuku besi, kronisme, rasuah dan amalan diktator. Di bawah pemerintahannya, 4 orang Timbalan Perdana berkhidmat dengan 3 daripadanya ditendang.

SERANGAN TERHADAP NIK AZIZ, APA NAK JADI PADA NEGARA INI ? - ANWAR

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pemuda Umno dan pihak tertentu yang menggesa Menteri Besar Kelantan disiasat kerana terlibat dengan rasuah berhubung isu penajaan haji.

Bercakap di dewan rakyat hari ini, Anwar memberitahu banyak lagi kes-kes rasuah membabitkan pemimpin Umno Barisan Nasional dengan nilai yang lebih besar tetapi sayap Umno itu hanya berdiam sahaja.

Namun apabila membabitkan pemimpin pembangkang ujarnya, pemuda Umno terus lantang bersuara seolah olah merekalah yang konsisten menjuarai isu rasuah.

"Untuk pemuda-pemuda Umno, dengan kekayaan sedemikian, cara angkuh dan takabur, menyerang tok guru (Nik Abdul Aziz) itu sebagai perasuah, patut letak jawatan.

"Tan Sri Yang Dipertua...kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu....bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin," katanya di dewan rakyat hari ini.

Beliau yang turut mendedahkan beberapa bukti kes rasuah berprofil tinggi dalam kerajaan siang tadi juga berpendapat adalah sangat tidak tepat untuk mana-mana pihak menyerang individu seperti Nik Abdul Aziz sebagai perasuah sedangkan perasuah besar lain dipencilkan.

"Saya belum tahu, sejak saya terlibat dalam politik (tahun) 1982 atau sebelumnya, seorang tokoh politik yang ada jawatan besar yang hidupnya sederhana seperti Tuan Guru Nik Aziz.

"Kalau orang macam itu pun diserbu, diaibkan dan diserang sebagai perasuah, mengapa lepaskan semua perasuah-perasuah besar lain.

Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai menteri besar.

Selain pemuda Umno, Anwar turut membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat bertindak atas arahan politik dan memfokuskan tokoh tertentu khususnya pimpinan pembangkang.

Perkara itu katanya kini menjadi pengetahuan umum dengan beberpa tindakan SPRM yang dilihat sangat obses terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

"SPRM ambil tindakan atas arahan politik, kerana menuju kepada tokoh-tokoh tertentu untuk pertikai kredibiliti masing-masing.

"Kalau tokoh melayu muslim begini pun diserang, ini apa nak jadi pada negara," tegasnya./Harakahdaily

Isnin, 16 November 2009

MEREKA YANG MELOMPAT PARTI TIADA DAYA TAHAN - ANWAR

M Faqih

KOTA BHARU, 15 Nov: Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan setiap ruang yang ada pada media dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencari kesalahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Terbaru mereka cuba mengenakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan isu tajaan untuk menunaikan ibadat haji.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin Umno menggunakan setiap peluang untuk memperhodohkan wajah pemimpin Pakatan Rakyat.

“Sampai Tok Guru Nik Abdul Aziz hendak menunaikan haji pun cuba disekat dengan menggunakan media dan SPRM.

“Kerja khianat pemimpin Umno juga berterusan dilakukan dengan menggunakan sepenuhnya media massa yang mereka kuasai,” katanya pada perasmian penutup konvensyen KeADIlan Kelantan di KTC di sini, petang ini.

Hadir sama Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim, Ketua PKR Kelantan, Saifuddin Nasution Ismail, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Jumaat lalu Nik Abdul Aziz mengumumkan membatalkan hasrat menunaikan haji tahun ini disebabkan media sengaja membesarkan isu penajaan untuk ke Mekah.

Malah SPRM dilaporkan membuka fail siasatan berhubung isu terbabit.

Anwar berkata, biar pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menguar-uarkan konsep 1Malaysia, namun sebenarnya undang-undang yang dipakai ada dua di negara ini.

“Pemimpin Pakatan Rakyat cuba dianiayai dengan pelbagai tindakan melalui undang-undang, sedangkan pemimpin Umno dan BN terselamat.

“Tidakkah ini dinamakan sebagai dua undang-undang dan bukan 1Malaysia yang disibukkan perdana menteri,” ujarnya.

Beliau yang juga ketua pembangkang di parlimen berkata, sebab itulah pemimpin KeADILan yang tidak ada daya tahan mudah mengambil langkah mengkhianati parti sendiri.

Katanya apa yang berlaku kepada dua bekas Adun KeADIlan di Perak, seorang di Selangor dan seorang lagi di Kedah kerana tidak mempunyai daya tahan yang tinggi dalam perjuangan.

“Kalau beri RM5,000 mereka masih lagi tahan, kalau diberi RM50,000 mereka mulai goyah dan kalau diumpan ratusan ribu mereka sanggup meninggalkan perjuangan.

“Seperti juga berlaku kepada Adun Pelabuhan Klang yang sudah tujuh bulan didapati bermasalah. Ketika saya panggil dia datang dan memberitahu jangan ganggu dia,” katanya.

Lebih 1,000 perwakilan dari Cabang KeADILan di Kelantan hadir pada program separuh hari itu. Dua kertas kerja dibentang termasuk oleh Saifuddin dan Setiausaha Badan Perhubungan Terengganu, Rosli Abdullah.

Pada majlis itu juga Saifuddin menyerah 1,685 borang menyertai KeADIlan kepada Anwar./Harakahdaily

Sabtu, 14 November 2009

AZMIN PULA JADI SASARAN FITNAH


S Pathmawathy
Nov 14, 09


Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dan keluarganya menjadi sasaran tuduhan pelbagai pihak sejak tahun 1998, katanya yang juga naib presiden PKR hari ini, merujuk kepada dakwaan terbaru bahawa beliau dan isterinya memiliki saham bernilai jutaan ringgit.

Tuduhan terbaru itu dibuat oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia (MIYDF) SA Vigneswaran yang mendakwa Azmin dan isterinya, Shamshida Taharin memiliki saham berjumlah lebih RM9 juta pada awal 1990-an.

Azmin berkata, dakwaan terhadap dirinya dan isterinya itu adalah tidak benar.

Vigneswaran, dalam satu sidang akhbar semalam, menggesa Azmin menjelaskan sama ada beliau telah membeli saham tersebut pada awal 1990-an ketika menjadi setiausaha sulit kepada menteri kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas ketua pemuda MIC itu turut mendedahkan satu set dokumen yang mendakwa Azmin telah membeli saham bernilai lebih RM800,000 manakala isterinya pula didakwa membeli saham bernilai sekurang-kurangnya RM8.5 juta.

"Saya belum melihat dokumen yang didakwa oleh Vigneswaran tetapi saya percaya dokumen itu dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan dengan saya dan isteri saya.

"Semenjak tahun 1998, saya dan keluarga sering menjadi sasaran fitnah bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga.

"Saya diburu oleh pihak berkuasa seperti polis, Badan Pencegah Rasuah dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menjalankan siasatan mengenai perolehan harta saya," katanya.

Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata, malahan, alasan yang sama digunakan untuk menangkap dan menahannya pada 16 September 1998 sehingga 22 September 1998.

"Saya telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk butiran lengkap aset kami," katanya.

Vigneswaran memberitahu pemberita semalam, bahawa sebuah sampul surat mengandungi dokumen-dokumen serta dakwaan resit pembelian saham oleh pasangan tersebut,telah dihantar ke rumahnya di Klang pada jam 3 pagi Khamis lalu.

Katanya, orang yang meletakkan dokumen tersebut di pondok pengawal tetapi tidak meninggalkan nama atau maklumat untuk dihubungi.

Satu daripada dokumen tersebut mengandungi butiran terperinci mengenai wang yang didepositkan ke dalam apa yang dipercayai akaun Azmin di Bank Islam dan akaun Shamsida di Malaysia French Bank Berhad.

Terdapat juga apendik yang menyenaraikan butiran saham yang didakwa milik Shamsida dalam pelbagai syarikat.

Menurut salah satu dokumen tersebut, Azmin telah membeli melalui Bank Islam saham bernilai RM812,925 manakala saham isterinya Shamshida berjumlah RM8,496,492 melalui Malaysia French Bank Berhad.

Vigneswaran berkata selepas meneliti dokumen-dokumen tersebut, beliau mendapati sejumlah besar wang telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun mereka dan pada masa itu Azmin bertugas sebagai setiausaha sulit Anwar.

Katanya, memandangkan Azmin kini merupakan seorang personaliti awam, naib presiden PKR dan seorang ahli Parlimen, maka Azmin perlu menjelaskan pembelian dan transaksi tersebut.

Walaupun Vigneswaran mengakui bahawa dokumen-dokumen tersebut mungkin palsu, tetapi beliau menggesa Azmin untuk menyatakan secara terbuka sama ada ianya tulen atau palsu.

Menurutnya, belaiu telah menulis kepada Azmin untuk mendapatkan penjelasan mengenai pemilikan saham dan wang yang dipindahkan ke dalam akaun mereka.

Katanya, beliau hanya mahu Azmin menjelaskan sama ada dokumen-dokumen tersebut betul atau palsu.

"Kemudian saya akan memutuskan tindakan selanjutnya," kata Vigneswaran.

Sambil menyuarakan kekesalannya terhadap apa yang disifatkannya sebagai 'serangan fitnah itu', Azmin berkata:

"Saya merasa kesal kerana apa yang berlaku hari ini menunjukkan Barisan Nasional tidak akan berhenti dari melancarkan serangan fitnah yang jahat untuk mengganggu keamanan dan ketenteraman saya dan keluarga. Saya melihat tindakan jijik yang terancang ini adalah untuk mengaibkan dan mencemarkan nama saya dan isteri."

Azmin menambah bahawa kenyataan berunsurkan fitnah dan berniat jahat itu jelas mempunyai motif politik bertujuan merosakkan reputasinya sebagai ahl parlimen Gombak serta naib presiden PKR.

"Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Vigneswaran. Saya telahpun mengarahkan peguam saya untuk bertindak segera prosiding perundangan yang sewajarnya terhadap pihak yang membuat kenyataan dan melaporkan kenyataan fitnah tersebut," katanya./Malaysiakini

RAIS UMPAMA BOTOL LAMA BERKARAT YANG PECAH DI GAM SEMULA

ALANGKAH sakitnya hati anak Yatim Menteri Penerangan apabila mengetahui DS Anwar telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai Penasihat Ekonomi dengan elaun RM 1 sebulan. Si Rais anak Jolobu ini pun mengulas dengan katanya, "Tapi sebenarnya ini ibarat menjual air lama dalam botol yang lama," Kata-kata beliau ini menunjukkan beliau mengiktiraf betapa berharganya DS Anwar Ibrahim. Jika dilihat ketokohan dan keupayaan DS Anwar jika dibandingkan dengan anak Jolobu ni, teramat jauhnya umpama langit dan bumi. Rais masih hidup dalam politik sehingga kini pun akibat belas ehsan sahaja bukan kerana ketokohannya.

Orang yang pernah `membakar jambatan' dengan Umno sewaktu menyalak di dalam Parti Melayu Semangat 46 ini telah disedekahkan kerusi Ketua Bahagian Umno Jelebu oleh Yunus Rahmat penyandang kerusi tersebut sewaktu Rais melompat katak ke Parti S46. Apabila beliau rujuk dan menjilat kahaknya kembali bersama Umno, atas toleransi dan ehsan kerusi Ketua Umno Bahagian Jelebu diserahkan kepada beliau oleh Yunus Rahmat. Kita masih ingat Rais merayu untuk dicalonkan semula sebagai MP Jelebu pada pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Itulah Rais yang kononnya merasa hebat sedangkan tewas di dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno yang lalu. Tewas pula kepada Hishamuddin dan Zahid yang dikira budak hingusan jika dibandingkan dengan tua bangkanya Rais di dalam politik. Budaya ampu dan bodek memang kerja anak Jolobu ini.

"Tapi sebenarnya ini ibarat menjual air lama dalam botol yang lama," Kata-kata Rais itu kononnya untuk merendahkan kredibiliti DS Anwar tetapi beliau tidak secerdik seperti yang orang Jolobu mungkin fikirkan. Fikir dengan hati yang waras, jika sesuatu air atau botol yang lama masing ingin diguna atau dijual, apa ertinya? Bodohlah sekiranya sipengguna atau sipenjual ingin menjual air atau botol yang lama tambahan pula di era moden ini. Ini bermakna, air itu amat berharga mungkin air jampi yang boleh mengubati berbagai jenis penyakit seperti penyakit rasuah dan sebagainya. Botol lama itu juga mungkin amat bernilai dan keramat sehingga boleh mengurung hatu raya yang melesapkan duit rakyat atau pun sipemakan komisyen RM 500 juta kapal selam. Justeru itu, mengapa Rais risau dengan perlantikan DS Anwar ? Iri hatikah bila DS Anwar dapat elaun bulanan sebanyak RM 1 dari Kerajaan Negeri terkaya di negara ini?

Ini berlainan dengan Rais, beliau umpama botol karat yang telah retak digam semula dan air di dalamnya bukan sahaja lama bahkan telah basi. Maka, terpaksa memohon dan merayu untuk diberi peluang bertanding di dalam pilihanraya yang lalu. Lihat, siapa lebih berwibawa? Rais atau DS Anwar? Rais sentiasa dikalahkan oleh orang-orang bawahannya atau juniornya. Semasa DS Anwar ditabalkan sebagai Timbalan Presiden Umno dan TPM, Rais masih terkulat-kulat di bawah. Kini, Rais terkulat-kulat lagi bila juniornya Hishamuddin dan Zahid berada di atasnya. Inikah kehebatan orang Jolobu ini? Patut pun di Jolobu semasa saya datang dulu hendak mencari bas pun susah. Tidak tahulah sekarang sudah selesai ke belum masalah bas di Jolobu. Diharapkan jika ada pembaca artikel ini yang tahu samada masalah bas di Jolobu ini sila maklumkan untuk pengetahuan ramai. Jika ingin selesaikan masalah bas pun terhegeh-hegeh macam mana hendak menjadi seorang Penasihat Ekonomi seperti DS Anwar?
Mungkin sekadar boleh jadi Penasihat 20 persen seperti dalam filem `Tiga Abdul'.

Tahniah buat DS Anwar kerana beliau tidak memandang kepada upahan untuk berkhidmat kepada rakyat. Elaun RM 1 sebulan selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor mungkin boleh dicatatkan di dalam `World Guiness Book Record'. Agaknya ada tak mana-mana tokoh Umno yang ingin pegang jawatan itu dengan elaun sebanyak itu? Cuba tanya Tun Mahathir yang menjadi Penasihat Petronas tu berapa elaunnya?/Kembali ke laman asal.

Khamis, 12 November 2009

HARGA MORAL CUEPACS HANYA 1 JUTA?

Terang dan nyata Najib menuduh CUEPACS tidak bermoral bila memohon bonus 2 bulan gaji. Mulanya melompat marah Presiden CUEPACS dengan kata-kata Najib itu kerana sememangnya permintaan 2 bulan bonus untuk kakitangan awam itu adalah keputusan majlis CUEPACS bukan permintaan Presiden CUEPACS. Berikutan itu, CUEPACS memohon untuk bertemu Najib untuk mendapatkan penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan tidak bermoral itu.

Apa hasil pertemuan tersebut. Mudah saja. Najib tambah peruntukan geran kepada CUEPACS mulai tahun depan sebanyak RM 1 Juta. Najib janji hendak kasi RM 500 kepada kakitangan awam jika ekonomi baik. Akan datang pula, Najib janji hendak kasi 2 bulan bonus jika ekonomi bertambah baik. Tentang tuduhan CUEPACS tidak bermoral tu bagaimana? Najib minta maaf kah? Tidak. Lebih malang lagi Presiden CUEPACS yang awalnya seperti naik angin, tiba-tiba berkata isu tersebut selesai. Tanpa permohonan maaf dari Najib kepada CUEPACS.
Justify Full
Masakan harga moral CUEPACS RM 1 juta sahaja? Dapat RM 1 Juta, clear semua. Sewajarnya CUEPACS minta Najib mohon maaf dan tarik balik tuduhan mengatakan CUEPACS tidak bermoral. Pada saya minta 2 bulan bonus tidak salah jauh lebih bermoral daripada dapat RM 500 juta komisyen kapal selam. Malang sungguh kakitangan awam. Apapun selesailah semuanya, biarlah dikatakan tidak bermoral asalkan dapat RM 500. Itu pun belum tahu dapat ke tak. /Kembali ke laman asal.

Rabu, 11 November 2009

BALASUNDRAM AKAN SERANG NAJIB SEMULA?

Wednesday, November 11, 2009


Blogger dalam pelarian yang diburu RPK mendakwa bahawa tidak lama lagi Balasundramaniam akan menyerang semula najib dengan mengemukan kenyataan bersumpah berhubng dengan kes altantunya.menurut RPK Lagi dalam blognya.


Cakap-cakap sejak beberapa minggu lalu enjelaskan bahawa penyiasat persendirian tersebut akan

muncul kembali selepas beberapa bulan menghilangkan diri.


Ada juga beberapa dakwaan menjelaskan bahawa Balasundramaniam akan mengemukakan akuan bersumpah sejak megemukakannya kali pertama dahulu mengenai kematian rakyat momglia tersebut.

Dalam posting beliau ,RPK mendakwa bahawa Balasundramaniam kini berda dan tinggal di India sejak menghilangkan diri dan di dakwa dibayar agar berdiam diri..

"Tidak ramai yang tahu Bala hanya merehatkan dirinya buat sementara waktu,menunggu masa yang sesuai untuk menyerang balas"


"Dan sekarang beliau akan menyerang kembali dan akan mengemukakan kenyataan apa yang sebenanya berlaku semasa beliau melakukan akuan sumpah yang pertamanya,dan keduanya pada 16 bulan yang lalu"tulis RPK lagi.

Untuk pihak pembangkang situasi ini ,jika benar akan meletakkan PM Najib dalam tekanan dan meletakkan isu yang panas ini di atas meja kembali.


Sementara RPK mengemukakan hanya sedikit bukti dalam kenyataan bersumpah beliau,namun setiap serangan dan dakwaan beliau tetap memberikan kesan yang akan kekal.


Dalam serangan beliau yang terkini beliau menjelaskan dan menunjukkan bukti bahawa cek yang di keluarkan kepada Balasundramaniam


Beliau juga akan mengemukakan beberapa lagi isu pada bulan bulan yang berikutnya.. /
Terjemahan dari Malaysian insider oleh WRLR.

Pengakuan Dalam Blog Berbeza dengan Sidang Akhbar..

Wednesday, November 11, 2009

Salam Sejahtera...
Tengahari tadi dalam tengak dok syok zzzzz, h/phone berbunyi, potong stim betui... rupanya sang sahabat call aku, bagi tau press conference blogger Kickdefelle dah selesai, mengikut dari ceritanya kenyataan KF lebih kurang sama isi dalam blognya DI SINI.

Jadi terpaksalah aku tunggu dekat dua jam sebelum keluar kenyataan akhbar seperti DI SINI. Setelah aku perhatikan isi kandungan di blognya lain bunyi isi kandungan ceritanya, siap ucap terima kasih kepada TGNA dengan rasa tanpa terkilan sedikit pun.

Kemudian berjanji akan berdiri dibelakang TGNA mempertahankan walau apa pun yang terjadi..., TETAPI bila di kenyataan akhbar yang pertama sekali aku keliru, KF kata surat pemecatannya ditandatangan oleh CEO PMBK menantu TGNA, ini seolah-olah menantu TOK Guru dah menyalahkan kuasa jugalah tu, sedangkan ia dah cerita semalam dia pi jumpa TGNA dalam blognya, dan kita kena sedia maklum, pemecatannya adalah diatas persetujuan dan kehendak TGNA sendiri selaku Pengerusi PMBK.

Dan yang aku nak ketawa sikit, dalam blognya dia cerita dia minta TGNA ajar cara nak bersumpah, tetapi tak pula dia lafaz sumpah untuk membersihkan namanya, malah dia berjanji nak dedahkan lagi segala kepincangangan dalam PMBK.

Itulah, pi ambik lagi manusia yang mengaku Islam, tetapi dahinya tak pernah jejak sejadah... inilah jadinya... cakap tak serupa bikin, berbelit-belit.....aku malas nak lebel apa-apa kepada manusia sebegini, moga-moga ini jadi satu peringatan buat pimpinan PAS pada masa yang akan datang.

Cuma aku nak ingatkan Kickdefella, kalau nak suruh CEO letak jawatan, buktikan dulu yang ia bersalah, silalah buat laporan resmi pada SPRM, lepas tu lawan kat mahkamah, lepas tu mari kita lihat siapa yang kenaaaa......Dan aku dapat tahu sebentar tadi PMBK telah mengarahkan peguamnya meneliti balik kenyataan akhbar Kickdefella samada boleh diambil tindakan mahkamah./Manjungmari.blogspot

TEMBELANG KERAJAAN SELANGOR TERDAHULU TERBONGKAR

S'gor dedah info rahsia pertama
Salhan K Ahmad
Nov 11, 09
5:39pm

kemaskini 6.38pm Kerajaan Selangor mendedahkan dokumen satu daripada tiga projek - dikategorikan rahsia oleh kerajaan BN sebelum ini - yang memperincikan perpindahan hak milik tanah rakyat di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada pemaju menyebabkan lebih 700 penduduk miskin kehilangan tanah mereka.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahaan maklumat berkenaan berkaitan projek Bandar Alam Perdana, yang sebelum ini dikawal bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), bertujuan untuk memberi gambaran sebenar projek berkenaan.

Beliau mendedahkan maklumat itu hari ini berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) OSA.

Tambahnya, pendedahan melalui risalah yang akan diedarkan kepada masyarakat umum itu juga akan membolehkan petani dan pemilik tanah seluas 17,000 ekar itu mengambil tindakan ke atas pemaju terlibat.

"Sebelum ini mereka tidak boleh ambil tindakan sebab tidak tahu kedudukan sebenar," katanya dalam sidang media selepas persidangan DUN.

Abdul Khalid menjelaskan, pemilik tanah berkenaan, yang merupakan penduduk miskin, pada asalnya telah diberikan sebanyak tiga ekar tanah pertanian setiap seorang untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit.

Katanya lagi, pemilik tanah menyerahkan tanah mereka kepada seorang pemaju yang menukarkan status tanah menjadi tanah komersil untuk dimajukan menjadi projek perumahan Bandar Alam Perdana.

Tambahnya, petani-petani tersebut telah dijanjikan untuk dibayar RM360,000 bagi tanah berkenaan

"Akhirnya pemilik tanah hilang tanah sebab pemaju cagarkan kepada bank, dan 30,000 pembeli rumah tidak mendapat rumah yang dijanjikan," katanya.

"Siapa menteri besar terlibat, siapa usahawan terlibat, semua kita masukkan dalam risalah ini, ada disertakan gambar juga takut salah orang."

Ketika ditanya, Abdul Khalid bagaimanapun gagal mengesahkan sama ada berlaku penyelewengan atau salah guna kuasa oleh mana-mana pihak dalam projek tersebut.

"Tujuan (pendedahan) untuk memberi maklumat. Terpulang kepada kita untuk tahu, dulu tanah pertanian, sekarang kalau kita pergi ke tempat situ, projek terbengkalai," katanya.

Katanya lagi, pendedahan ini salah satu daripada usaha untuk membincangkan enakmen baru mengenai kebebasan maklumat di DUN itu nanti.

Jelasnya lagi, risalah itu bertajuk 'Rancangan Revolusi Hijau dan Bandar Alam Perdana: Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat' akan mula diedarkan kepada orang ramai pada Isnin depan.

Ia juga akan mula dimuatkan di laman web rasmi kerajaan negeri itu esok.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor akan mendedahkan tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.

Dua risalah rahsia dijadual didedahkan masing-masing pada 13 dan 16 November ini./Malaysiakini

Selasa, 10 November 2009

SIVARASA TAK PERLU JUAL NAMA DS ANWAR

Pertikaman lidah dan cabar mencabar di antara YB Zulkifli Noordin dan Naib Presiden PKR Sivarasa sebenarnya memalukan parti. Seperti budak-budak perangai walaupun kedua-duanya pemimpin terpelajar dan juga pemimpin penting di dalam PKR. Masalah yang berlaku di dalam PKR nampaknya banyak ditimbulkan oleh pemimpin atasan, bukan oleh ahli-ahli bawahan. Ini semua perlu diperhatikan oleh pucuk pimpinan PKR.Justify Full
Saya amat dukacita kerana Sivarasa mengeluarkan kenyataan dengan menuding jari kepada YB Zulkifli Noordin secara menjual nama DS Anwar. Amaran oleh DS Anwar kepada pemimpin PKR yang tidak komited terhadap perjuangan PKR adalah merupakan amaran kepada semua pimpinan termasuk Sivarasa sendiri. Oleh yang demikian, tiada hak Sivarasa mentafsirkan sendiri amaran tersebut dengan menjadikan YB Zulkifli Noordin sebagai mangsa. Saya bukan hendak menyokong YB Zulkifli Noordin malahan saya sendiri pernah mengkritik beliau di dalam blog saya, tetapi cara Sivarasa menuding jari kepada YB Zulkifli amat keterlaluan dan bersifat jahat sangka.

Memang benar, YB Zulkifli kadangkala menyuarakan kritikan dan pendapat yang sering menimbulkan kontroversi. Tetapi sebagaimana yang dinyatakan oleh DS Anwar, PKR bukan Umno yang tidak boleh ditegur dan dikritik. Cuma, kaedah mungkin boleh dipertikaikan kerana pemimpin yang sering menggunakan media untuk menyatakan pandangan dan kritikan itu adalah pemimpin yang tidak bijak. Parti mempunyai saluran dan saluran itu hendaklah digunakan sebaik-baiknya.

Untuk YB Zulkifli pula, beliau perlulah lebih bijaksana dalam pendekatannya. Kritikan beliau terhadap PAS baru-baru ini tentang isu Bai'ah menampakkan YB Zulkifli tidak bijak. Beliau bukan tidak tahu bahawa PAS mempunyai Majlis Syura dan beliau sewajarnya menyiasat terlebih dahulu adakah Bai'ah dengan menjadikan isteri sebagai tebusan itu merupakan dasar PAS. Beliau tidak harus terus membuat ulasan di depan media sebegitu.

Akhirnya, saya mengharapkan pimpinan PR akan terus memantau mana pemimpin di dalam parti masing-masing yang masih tidak mahu berubah untuk menjadi lebih bijak. Jika benar PAS melakukan Bai'ah dengan menjadikan isteri sebagai tebusan, bagaimana dengan isteri bekas Presiden PAS Almarhum Ustaz Asri yang keluar dari PAS dan menubuhkan HAMIM? Berceraikah mereka ketika itu? Ada otak, sila berfikir dengan baik./kembali ke laman asal.

NAZRI AZIZ KATA TIADA SAKSI, TAPI SAKSI MUNCUL DI PARLIMEN

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bahawa siasatan terhadap kes Datuk V.K Lingam terpaksa ditutup kerana tidak ada saksi telah dibidas dan disanggah.

Bidasan kenyataan itu telah dibuat oleh salah seorang saksi penting, dalam kes video terbabit, Jayanthi L.G Naidu yang hadir ke parlimen hari ini bagi menjelaskan perkara itu.


Beliau juga merupakan bekas setiausaha Lingam dan pernah terbabit dalam menguruskan perbelanjaan percutian VK Lingam dan mengagihkan sejumlah wang kepada hakim tertentu.

R. Sivarasa (PKR-Subang) dalam satu sidang media bersama Jayanthi di lobi parlimen tengahari tadi berkata, jawapan Nazri itu langsung tidak munasabah malah beliau sendiri mempunyai bukti yang kukuh berhubung percutian Lingam, dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin pada tahun 1994.

Menurutnya, beliau sendiri ketika itu membuat tempahan tiket untuk Lingam, Eusoff Chin serta keluarga masing-masing dan menguruskan bayaran untuk perjalanan mereka.

Beliau turut mengakui pernah mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM 100, 000 hingga RM300, 000 untuk diberikan kepada hakim yang terlibat.

Sementara itu Dr. Dzulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dalam sidang media yang sama menegaskan meskipun Nazri mengatakan Lingam tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim, namun tindakan Lingam jelas merosakkan institusi kehakiman.

"Mungkin dari sudut akta dan undang-undang betul tapi dalam suasana negara sangat-sangat berhajatkan untuk membaik pulih institusi kehakiman yang telah reput maka apa jua tindakan yang ditanggapi sebagai merosakkan lagi institusi kehakiman ini adalah salah," tegasnya./Harakahdaily

NAK MUNTAH TENGOK ABU BAKAR CHIK

Dalam seminar PAS baru-baru ini ada seorang tua yang bersikap ego dan sombong. Dia ni berasal dari Terengganu negeri yang PAS cuma dapat bertahan sepenggal. Dalam seminar tu, betapa egonya orang tua ini menyatakan tidak ingin melihat muka Dr Aziz Bari semata-mata Dr Aziz Bari kritik pemimpin PAS. Jika beliau tidak mahu melihat muka Dr Aziz Bari, saya pula nak muntah bila lihat wajah orang tua sombong yang tidak boleh ditegur ini.

Jika inilah jenis pemimpin yang PAS masih nak simpan, usah harap lah PAS boleh maju. Kita semua sayangkan Presiden, Mursyidul Am dan semua Ulamak dalam PAS, itu sebab kita sepatutnya terima dan dengar dulu teguran dari sesiapa pun. Jika orang tua dari Terengganu ni tak boleh nak dengar teguran, isi borang Umno lebih baik. Patut pun selera sangat nak kepada UG orang tua ni.

Isnin, 9 November 2009

Seminar PAS diibarat 'gulai yang pernah dimakan'


Nov 9, 09 12:57pm
Exco Dewan Ulama PAS, Zolkharnain Abidin al-Hafiz mengibaratkan seminar politik PAS sabtu lalu seperti "gulai yang pernah dimakan sebelum ini".

"Kalau tiada (Prof) Dr Abdul Aziz Bari dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, tiada yang baru kepada seminar itu, kecuali mengulangi komitmen lama yang memang telah diketahui umum," tulis bekas exco Pemuda PAS itu dalam blognya semalam.

Menurutnya, sebahagian pembahas dikuasai emosi termasuk seorang pembahas dari kalangan ahli jawatankuasa PAS Pusat.

"Istilah 'tidak mahu tengok muka', rasanya kurang manis diungkapkan di hadapan tetamu seperti Aziz Bari. Kita menjemputnya, kemudian kita 'tidak mahu tengok muka'nya," tulis beliau yang juga bekas ADUN Santan, Perlis.

"Benar, presiden perlu dibela apabila ada usaha mencemarkan wibawanya, tetapi rasanya bukan begitu. Bela dengan hujah dan fakta, bukan dengan serangan melulu.

"Kalau Aziz pernah menyerang presiden dengan serangan yang 'kita sukar menerimanya', itu terpulang kepadanya. Dibimbangi, bukan serangan itu yang menjejaskan Presiden, tetapi pembelaan sembrono yang akan menjatuhkan reputasinya.

"Kata orang Melayu, 'sokong yang membawa rebah'," tulis Zolkharnain yang juga ketua penerangan PAS Padang Besar, dalam blognya itu.

Tiada penegasan menyakinkan

Di samping itu, katanya, beliau dan rakan-rakannya menyertai seminar itu dengan harapan yang menggunung, tetapi sebaliknya penegasan baru yang lebih menyakinkan - bukan ahli PAS sahaja tetapi juga penyokong PAS.

"Penegasan melalui ucapan dan resolusi sahaja dalam menangani isu yang selama ini menghantui PAS tidak memadai. Itu sudah berulang kali dibuat.

"Apa yang saya maksudkan dengan penegasan meyakinkan ialah penegasan dalam bentuk tindakan seperti pecat, gugur, amaran dan sempamanya.

"Penegasan yang boleh menimbulkan kewaspadaan dan kegerunan kepada mana-mana pemimpin atau ahli yang 'menyiram, membaja atau mengairi' kembali isu yang menjadi agenda seminar itu.

"Saya ingin mendengar penegasan itu dalam ucapan penutup presiden, tetapi saya pulang dengan hampa," tulis Zolkharnain.

Beliau juga berpendapat tidak perlu bagi pengerusi jawatankuasa disiplin PAS turut serta dalam forum bersama Abdul Aziz dan Dr Hassan bagi mengimbangi pandangan mereka yang agak kritikal terhadap PAS.

"Bagi saya itu tidak perlu kerana banyak pembahas yang bakal mengimbangi pandangan kedua-dua penalis itu.

"Tuan Ibrahim adalah pengerusi jawatankuasa disiplin. Keberadaannya di situ boleh mengganggu tugasnya. Bayangkan kalau ada ketika itu pembahas yang mempersoalkan orang yang bakal disiasat, apa sikapnya?

"Samada dia mengulasnya atau tidak, persepsi sebahagian audiens terhadapnya bakal serong," katanya yang juga bekas exco Dewan Pemuda PAS pusat./Malaysiakini

Khalid Samad Mesti Dibuang ?

Oleh kerana isu pemecatan Khalid Samad telah dinaikkan semula oleh PJ Selangor dalam "review" beliau seluruh Malaya (mcm Kassim Selamat) maka saya pun bawa pendedahan saya berkaitan pemecatan Khalid Samad sekali lagi. Artikel ni saya telah publish pada 10 Disember 2008. Orang akan kata, saya mana ada bukti buat dakwaan sebegini. Macamlah si Khairuddin Osman dgn PJ Selangor ada bawak bukti masa buat tuduhan2 jahat terhadap Khalid Samad dan Saari Sungip (untuk melihat tuduhan2 tersebut, sila baca di sini).

Sudahlah terkantoi, semua tuduhan tersebut berdasarkan insiden2 yang berlaku TAHUN INI, sedangkan Khalid Samad dan Saari Sungip dipecat dari Dewan Harian TAHUN LEPAS, bulan November. Jadi, macam mana Khalid boleh dipecat atas insiden-insiden yang berlaku SELEPAS beliau dipecat. Saya rasa orang2 kat Perhubungan Negeri ni sedang kena bala dari Allah SWT hasil dari doa Tok Guru Nik Aziz. Sebab tu diorang dah mula bercakap macam orang mereng.


Kalau tuan/puan sedar, semua artikel saya sebelum ini tidak memberi apa-apa komen berkenaan dengan pemecatan Khalid Samad. Saya cuma mempersoalkan perlantikan seorang Ketua Penerangan yang mempunyai track record menjalankan aktiviti2 subversif dalam PAS, yakni perlantikan Roslan SMS.

Ini kerana pada waktu itu saya tidak berkemampuan untuk memgesahkan beb erapa maklumat yang saya dapat. Namun, pada hari ini, beberapa ketidakpastian itu telah terjawab. Saya tidak akan menamakan nama dalam pendedahan saya ini, tapi saudara/ri mampu untuk memahami siapakah karater-karakter yang saya sebut ini.

Masalah sebenar timbul sewaktu “retreat” PAS Pusat di Langkawi. PAda masa itu, Wakil PAS Selangor (WPS) telah membentangkan laporan di bawah tajuk hubunan Pakatan Rakyat di Selangor. WPS itu telah membentangkan satu laporan yang 100% negatif. Dengan kata lain laporan WPS itu telah member gambaran bahawa hubungan PAS dengan rakan2 Pakatan Rakyat yang lain adalah tersangat keruh dan seperti retak menanti belah.

Walaubagaimanapun, laporan WPS itu telah mendapat kritikan yang tersangat hebat di dalam retreat tesebut. WPS telah dibantai kiri dan kanan. Seumpama Ustaz Solihin Mukhyi dibidas semasa Muktamar PAS di Ipoh tempohari kerana mengatakan bahawa PAS dianaktirikan di Selangor. WPS telah mendapat kemaluan yang tersangat besar kerana hampir keseluruhan peserta retreat Langkawi tersebut tidak dapat menerima laporan WPS itu. Selang 2 minggu selepas retreat, Dewan Harian PAS Selangor telah dipanggil oleh PAS Pusat kerana PAS Pusat gusar terhadap laporan WPS dan mahu perbincangan yang lebih mendalam. Di dalam pertemuan itu, sekali lagi WPS membentangkan laporan yang sama. Namun, kali ini laporan WPS telah disanggah oleh Tn Haji Khalid Samad sendiri justeru menampakkan lagi kelemahan laporan WPS itu.

Malahan WPS gagal meyakinkan Presiden PAS Pusat kerana Tuan Guru Presiden menyatakan bahwa tidak mungkin Pakatan Rakyat di Selangor ini terlalu buruk. Tuan Guru meminta PAS Selangor mencari jalan menyelesaikan apa-apa masaalah kerana kedudukan PAS di Selangor jauh lebih baik berbanding Selangor di bawah BN dulu. Ertinya perancangan WPS telah gagal. Percubaan beliau untuk memberikan gambaran buruk kepada pimpinan PAS berkaitan dengan Pakatan Rakyat telah memakan tuan. Imej WPS jatuh merudum dan imej Pakatan Rakyat berjaya dipertahankan di kalangan pimpinan PAS.

Khalid Samad Mesti Dibuang

Selepas itu telah berlaku mesyuarat PASKAD yang telah membincangkan banyak isu2 semasa. CUmanya, isu pembentangan WPS yang 100% negative itu telah dibincangkan. Oleh kerana Khalid Samad adalah Pengerusi PASKAD, maka Khalid telah dipersalahkan secara 100%. Padahal pada masa itu telah diperbincangkan berbelas isu-isu lain dan isu WPS itu hanya sebahagian sahaja. Dan bukannya Khalid Samad yang menaikkan isu tersebut.

Kita dapat baca dalam laman Fraksi UMNO, Tranung Kite, sebuah surat dimana Khalid Samad dituduh cuba memburukan WPS itu di dalam mesyuarat PASKAD. Sebenarnya cerita ini fitnah tetapi memandangkan Tranung Kite adalah laman Fraksi UMNO yang pro kepada laman AntiHusam, maka surat fitnah ini telah disiarkan tanpa tapis. Memang pun Tranung Kite amat berdendam dengan Khalid Samad sebab Khalid telah mengagalkan usaha mereka mempengaruhi perwakilan PAS menyokong usaha membawa PAS masuk UMNO.

HAsilnya, Khalid Samad dan Saaari Sungib telah ditendang keluar dari Harian Negeri Selangor atas alasan memburukkan WPS di dalam mesyuarat PASKAD. Hakikat sebenarnya, Khalid dipecat kerana pengaruh dan fungsi beliau mengagalkan usaha WPS dan Fraksi UMNO untuk memburuk dan memfitnah Pakatan Rakyat di Selangor. Yang hairannya, dalam mesyuarat Dewan Harian Negeri sebelum pemecatan, tidak dibincangkan langsung akan pemecatan Khalid Samad ini.

Keputusan memecat Khalid Samad ini dibuat secara “impromptu” tanpa merujuk kepada Dewan Harian Negeri. Ahli-ahli Perhubungan Negeri seperti terkejut dan tiada siapa yang bersuara kerana mereka berada dalam keadaan yang sangat terkejut. Beliau juga melantik Roslan SMS kerana Roslan SMS adalah tokoh fraksi UMNO yang mahu membersih PAS dari segala anasir pro Pakatan Rakyat. Ertinya WPS adalah sebahagian dari Fraksi UMNO yang mahu “mengumnokan” PAS.

Segala Cerita Buruk Pakatan Rakyat Mesti Datang Dari Selangor

Kalau saudara/ri nak tahu, segala cerita negatif dan fitnah berkenaan Pakatan Rakyat di kalangan PAS adalah datangnya dari Selangor. Misalnya:

a. DAP cuba untuk menghapuskan amalan Islam di Selangor
b. Cerita Teresa Kok menghalang azan mula2 didengari dikalangan PAS Selangor lama sebelum Khir Toyo mengutip fitnah tersebut
c. Kononnya Ahli-Ahli Majlis di Selangor hanya mempunyai 30% melayu sahaja mula-mula ditimbulkan oleh wakil Selangor di Mesyuarat Exco Pemuda PAS Pusat oleh Wakil Selangor.
d. DAP mengkhianati PAS telah diungkapkan oleh suara Fraksi UMNO, Songkok Putih kepada saya sendiri.

Gerakan Anti Pakatan Rakyat Semakin Galak

Setelah memecat Khalid Samad, WPS itu sudah semakin galak. Baru-baru ini beliau membuat kenyataan yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia kononnya ada masaalah dalam Pakatan Rakyat negeri (walaupun dinafikan tapi kalau betul pun saya tak terkejut). Sehingga kenyataan tersebut disanggah oleh MB Kedah sendiri, Ustaz Azizan Abdul Razak.

Beliau juga cuba menjadi champion mengharam arak di Selangor, sedangkan arak sudah sememangnya haram kepada orang Islam di Selangor. Apa yang perlu adalah penguatkuasaan dan “spot check”. Seharusnya diwujudkan pasukan-pasukan “spot-check” kepada 7-11 dan sebagainya untuk memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang islam. Semua ini bertujuan untuk mencipta suasana tidak senang dan tidak harmoni dalam Pakatan Rakyat Selangor. Itu sahaja.

PAS Selangor Sudah Semakin Menjadi Assabiyyah Persis UMNO?

Saya nampak PAS Selangor sudah semakin lama semakin UMNO. Tidak hairanlah kepimpinannya sekarang ini terdiri dari bekas Special Branch, penceramah Biro Tatanegara, Roslan SMS (yang bangga dengan backround UMNO beliau) dsbnya. Mungkin mereka ini baru dalam PAS kerana tarbiyyah PAS yang saya ikuti semenjak 1980an lagi mengajar saya bahawa PAS bukan parti kebangsaan Melayu dan Kebangsaan Melayu itu diharamkan oleh Islam.

Islam tidak mengajar ketuanan Melayu dan islam tidak menyokong penindasan sesuatu kaum atas alasan ras dan kabilah serta warna kulit. Itu semua adalah amalan jahiliyyah arab pada masa dahulu.

S

aya nampak seolah-olah kepimpinan PAS Selangor mahu membawa PAS Selangor kembali semula kepada amalan Jahiliyyah Arab, yakni Assabiyyah. Ingatlah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dawud:

“Bukan dari golongan aku orang yang memperjuangkan kebangsaan, bukan dari golongan aku orang yang berperang kerana kebangsaan dan bukan dari golongan aku orang yang mati kerana kebangsaan”

Adakah PAS Selangor hendak membawa ahli-ahli mereka ke arah melawan hadeeth Nabi SAW ini? Tapi iyelah, bawah kerajaan Pakatan Rakyat ni mana boleh buat duit. Bawah UMNO kan senang buat duit?

Kalau tak Suka Pakatan Rakyat, Berenti Kerja

Kalau dah tak suka kepada Pakatan Rakyat, dinasihatkan supaya letak semua jawatan dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Janganlah jadi macam Roslan SMS, buat konspirasi anti Pakatan Rakyat, tapi masih muka tak malu terus pegang jawatan dalam kerajaan tempatan Pakatan Rakyat. Jadilah insan yang berprinsip dan berhemah serta bermaruah. Sikap tidak bermaruah ini hanya sikap UMNO./malaysiawaves

Terdapat ralat dalam alat ini