Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bahawa siasatan terhadap kes Datuk V.K Lingam terpaksa ditutup kerana tidak ada saksi telah dibidas dan disanggah. Bidasan kenyataan itu telah dibuat oleh salah seorang saksi penting, dalam kes video terbabit, Jayanthi L.G Naidu yang hadir ke parlimen hari ini bagi menjelaskan perkara itu.
Menurutnya, beliau sendiri ketika itu membuat tempahan tiket untuk Lingam, Eusoff Chin serta keluarga masing-masing dan menguruskan bayaran untuk perjalanan mereka. Beliau turut mengakui pernah mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM 100, 000 hingga RM300, 000 untuk diberikan kepada hakim yang terlibat. Sementara itu Dr. Dzulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dalam sidang media yang sama menegaskan meskipun Nazri mengatakan Lingam tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim, namun tindakan Lingam jelas merosakkan institusi kehakiman. "Mungkin dari sudut akta dan undang-undang betul tapi dalam suasana negara sangat-sangat berhajatkan untuk membaik pulih institusi kehakiman yang telah reput maka apa jua tindakan yang ditanggapi sebagai merosakkan lagi institusi kehakiman ini adalah salah," tegasnya./Harakahdaily |
Selasa, 10 November 2009
NAZRI AZIZ KATA TIADA SAKSI, TAPI SAKSI MUNCUL DI PARLIMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan