KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'. Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal. (Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.
Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.
Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.
Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama./Harakahdaily |
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, sudah sampai masa baginya membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.
BalasPadamBeliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.
“Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pondoknya di sini, semalam. - sinarharian
Nampaknya kealiman dan sifat warak yang mur SHIT dol am PAS ini tonjolkan selama ini sudah semakin terhakis, rakyat dah mula bersuara, malah alim ulama sudah hilang sabar dengan sikap, perbuatan dan kata-kata N.Ajis.Dikalangan alim ulama dari persatuan pondok negeri beliau sendiri sudah bersuara!
Dikalangan kuda belang PAS pula memang sudah wujud 2 puak besar yang menyokong dan menentang beliau, Desakkan dan cadangan Zahid yang mahu menabalkan N.Ajis sebagai Ketua/Pengerusi PR juga telah menyebabkan penyokong Parti Keadilan mencebik dan mengumpat beliau dengan pelbagai keletah lucu. DAP pula melihat kuda tunggangan mereka ini sudah sampai kepada hukum tembak! Bagi DAP N.Ajis bukan sesiapa, beliau hanya 'penyedap' dan satu lagi watak dalam episod wayang kulit mereka.
Yang lebih malang kewujudan anak menantu hantu telah meretakkan hubungan mesra dengan anak kesayangan nya si husam kusam. Perpecahan PAS Kelantan sudah semakin parah! Ini telah membuka lembaran baru kepada perbualan hangat sekelian rakyat di seluruh pelosok kelantan bahawa N.Ajis bukan satu-satu nya pilihan! N.Ajis bukan maksum dan bukan seperti mana yang mereka kenal dahulu, N.Ajis juga kebulor kepada harta dan kekayaan dunia! N.Ajis juga boleh disuap!