JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 27 April 2012

BERSIH 3.0 - MEMANG BANGSAT !!



Memang sahih bangsat punya Datuk Bandar Kuala Lumpur.  Baru berkuasa pegang jawatan Datuk Bandar, beliau sudah merasakan Kuala Lumpur milik mak bapak beliau. 

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup selama 48 jam Dataran Merdeka - yang mahu digunakan oleh BERSIH untuk mengadakan perhimpunan bantah duduk Sabtu ini - berkuatkuasa jam 6 pagi esok. Arahan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan petang ini" (Malaysiakini).

Rakyat mahu DUDUK DAN BANTAH di Dataran Merdeka, apa masalahnya buat DBKL?  Kalau kamu tutup Dataran Merdeka sewaktu puak-puak kaki maksiat lepak sewaktu menyambut Tahun Baru atau apa jua pesta dan hiburan, aku orang pertama akan cium tangan Datuk Bandar.  Tetapi, maksiat bermaharajalela di Dataran Merdeka setiap hari dan malam.  Apabila tiba musim Hari Raya, disaat warga kota balik ke kampong dan Ibu Kota lenggang, puak-puak pendatang asing dari Indon, Bangla, Nepal dan yang lain akan berkampong di Dataran Merdeka dengan mabuk-mabuk mereka.  Pada waktu itu apakah Datuk Bandar tidak teringin untuk menutup Dataran Merdeka?

Sebab itu aku kata Datuk Bandar ini memang bangsat, pencacai yang tidak mahu kalah dengan SPR sebagai pencacai nombor Wahid kepada parti lembu kondo itu.  Adakah rakyat peduli dengan amaran dari si bangsat tersebut?  Jawabnya kirim salam, malahan rakyat telah bersedia untuk merempuh Dataran Merdeka milik rakyat semua.  Tunggulah masanya, si bangsat ini akan kita campakkan jauh-jauh dari menerajui Kuala Lumpur.


Jumaat, 20 April 2012

TERKINI!! Anwar Lawat Mahasiswa Di Dataran Merdeka!

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi hadir ke Dataran Merdeka bagi memberi sokongan kepada mahasiswa yang berkhemah menuntut supaya PTPTN dimansuhkan.

Anwar yang tiba jam 10:25 malam ini berkesempatan mendengar taklimat Sidang Rakyat yang membincangkan agenda bagaimana perkhemahan mereka dapat dipertahankan selain memberi kata-kata semangat kepada mereka yang sudah enam hari berada di sini.

Ketibaan Anwar disambut Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Anwar dalam amanatnya kepada mahasiswa mengatakan jika pendidikan percuma dilaksanakan maka PTPTN dengan sendirinya terhapus.

Anwar sempat menurunkan tandatangan di salah satu kain rentang dengan disaksikan ratusan rakyat yang mengikutinya ke mana sahaja beliau pergi, walaupun polis dilihat cuba membuat sesuatu terhadap kelompok besar yang berada di sini.

Anwar menambah, beliau memuji semangat dan ketabahan anak muda yang sanggup berpanas dan berhujan semata-mata agar tuntutan supaya PTPTN dimansuhkan didengar rejim Umno-APCO.

Anwar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka kira-kira 11 malam.

Unit Amal PAS yang diketuai Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan tiba dari ibu pejabat agung parti itu di Jalan Raja Laut, kira-kira 1.3 kilometer dari sini.

30 orang ahli pergerakan itu akan bertugas menjaga keselamatan mahasiswa susulan insiden serangan awal pagi tadi oleh samseng dipercayai didalangi Ezam Mohd Noor./jalanpulang
Terdapat ralat dalam alat ini