JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 15 Julai 2010

MENGAPA UMNO TIDAK MAHU BERSATU DENGAN PKR? MENGAPA MESTI PAS ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TPM Muhyiddin Yasin seperti ingin merayu agar PAS kembali bersatu atau bekerjasama dengan Umno. Saya pun tidak tahu semenjak bila PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno? Yang saya faham cuma PAS tidak mahu bekerjasama untuk menubuhkan kerajaan atau Kerajaan Perpaduan dengan Umno (UG) kerana PAS kini komited dengan PR. Dalam aspek lain, saya rasa PAS, bahkan PKR dan DAP juga tidak menolak kerjasama dengan Umno asalkan mendatangkan faedah kepada rakyat.

Bukti PAS telah bekerjasama dengan Umno dalam aspek ini banyak. Tetapi, akhirnya yang menjadi mangsa PAS juga. Contoh, seperti apa yang telah berlaku ke atas Kerajaan Negeri Kelantan di bawah PAS. Berapa kalikah MB Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas telah `dimalukan' oleh mereka? Bayangkan seorang MB `dimalukan' di negeri yang beliau perintah sendiri. Siapa yang mengkhianati kerjasama sebenarnya?

Saya amat tertarik dengan tulisan MSO di sini. Beliau mengajukan persoalan mengapa Umno beriya-iya benar mahu bekerjasama dengan PAS, mengapa tidak dengan PKR? Memang bagus seperti apa yang di utarakan oleh MSO itu. PKR juga mempunyai ramai ahli-ahli dan penyokongnya yang terdiri daripada kaum Melayu dan Islam. Bahkan, ada di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PKR masih terdapat `bau' Umno ditubuhnya. Tetapi mengapa Umno lebih berselera dengan PAS?

Adakah Umno tertarik dengan dasar PAS iaitu untuk menegakkan sebuah Negara Islam berpaksikan Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias itu? Bukankah Umno pernah melarang Kerajaan PAS di Terengganu suatu ketika dan di Kelantan untuk melaksanakan Undang-Undang Islam Hudud dan Qisas? Bukankah pemimpin Umno juga yang menentang kes Qazaf yang dibawa oleh DS Anwar di Mahkamah Syariah berkaitan kes liwatnya? Pemimpin Umno juga berhasrat untuk meluluskan lesen judi sukan di samping masih mengekalkan lesen berbagai jenis judi sekarang? Jadi, apa asasnya Umno ingin bekerjasama dengan PAS dan tidak mahu menghampiri PKR?

Pada saya hanya satu, Umno ingin bekerjasama dengan PAS semata-mata untuk menjatuhkan PKR terutamanya pemimpin tertinggi parti tersebut iaitu DS Anwar. Umno mahu semua orang Melayu menjauhi PKR dan DS Anwar agar mudah bagi Umno untuk memperkudakan PAS seperti yang pernah dilakukannya dahulu. Umno sedar, kekuatan dan perpaduan PR banyak terletak di tangan Ketua Pembangkang itu. Usaha Umno untuk memecahbelahkan PAS dengan DAP selalu gagal kerana adanya DS Anwar di tengah-tengah.

Satu sebab lagi, kebanyakan pimpinan di dalam PKR datangnya dari Umno. Mereka amat mahir dengan strategi politik Umno dan mereka banyak tahu segala jenis penyelewengan pemimpin Umno. DS Anwar pemimpin di dalam PKR yang banyak kali membuatkan pemimpin Umno `sesak nafas'. Berbagai pendedahan telah dibuat oleh DS Anwar terhadap kerajaan dan pemimpin Umno, kebanyakannya gagal dijawab oleh mereka. Berbagai usaha telah mereka lakukan untuk menamatkan karier politik DS Anwar, namun masih tidak berhasil. Maka, mereka mengharapkan PAS membantu mereka.

Adakah PAS akan termakan dengan pujuk rayu pemimpin `lidah bercabang' ini? Lojikkah Umno ikhlas ingin bersatu dengan PAS, sedangkan baru beberapa hari pemimpin kanan Umno sendiri menggelar PAS sebagai `parti ajaran sesat'? Umno ingin bersatu dengan parti yang mereka cop sebagai sesat? Tidak masuk akal langsung./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan