TINDAKAN KDN di dalam memperlambatkan proses kelulusan menyambung semula permit akhbar Suara Keadilan di samping memberi berbagai ingatan kepada akhbar Harakah menunjukkan peranan akhbar pembangkang ini telah berjaya menurunkan sokongan kepada pihak kerajaan memerintah. Jika tidak, mengapa begitu sekali tindakan yang telah mereka lakukan terhadap kedua-dua akhbar ini?
Sebelum ini majalah kartun berupa humor (satira politik) yang dikendaikan oleh Zunar juga mendapat tindakan yang lebih buruk. Mengapa terlalu takut kepada sindiran kartun? Takut kepada kartun itu adalah sikap `kartun' sebenarnya. Majalah tersebut bukan melakarkan gambar yang lucah atau melanggar akidah. Apa sebab dilarang penerbitannya?
Di negara kita ini, tidak terkira kita dengan lambakan majalah yang berunsur lucah yang mempamirkan gambar-gambar wakita atau lelaki seksi. Mengapa tidak diambil tindakan? Buku-buku pun masih melambak dijual yang mana tidak sesuai untuk masyarakat kita.
Jelas, ketakutan mereka semakin meningkat ketika ini. Satu demi satu kejelekan mereka terdedah. Isu felda umpamanya amat menakutkan mereka kerana felda adalah merupakan satu-satunya harapan mereka di dalam PRU akan datang.
Kepimpinan di dalam PR tidak harus berdiam diri dengan tindakan tidak bertamadun oleh mereka ini. Semakin mereka menekan, kita akan lawan dan hadapi mereka. /mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan