JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 10 Julai 2010

ORANG-ORANG UMNO BAWAHAN KENA FAHAM INI

Kenapa PAS tidak mahu bersama UMNO......senang jer jawabnya

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,..

Satu ketika dulu, Persatuan kristian begitu berleluasa memurtadkan orang melayu Islam dan pada ketika itu juga UMNO leka menyamun harta rakyat dan leka dengan anjuran hiburan yang melalaikan.Hampir kesemua peringatan diabaikan mereka malah dengan angkuh sombong menyebarkan propaganda yang menyebut PAS sebagai extremis dan pengganas ugama.

UMNO juga menyebarkan fahaman bahawa agama mesti diasingkan dengan politik serta pentabdiran dunia sehingga sebahagian besar orang melayu yang dikenali sebagai pengundi atas pagar percaya dan masih ramai yang percaya sebegitu.Oleh itu kita boleh melihat di masjid masjid hari ini, bagaimana adanya jemaah yang rajin mengimarahkan masjid tetapi mengambil sikap tidak peduli dengan apa yang dilakukan oleh wakil rakyat UMNO di tempat mereka serta tindak tanduk kerajaan selama ini.

Kembali kepada aktiviti memurtadkan orang melayu Islam yang pernah ditentang mati matian oleh Zul Nordin si katak puru, pendedahan yang pernah dibuat oleh ustaz Farhan Abdullah seharusnya dimengertikan oleh orang orang Islam. Ustaz Farhan Abdullah adalah anak seorang paderi dari Sabah yang menerima cahaya hidayat ALLAH menerusi ustaz yang mengajar di sekolahnya dan pernah mengaku bagaimana beliau berjaya memurtadkan sekumpulan remaja melayu Islam menerusi wang peruntukan yang disediakan oleh gereja ayahnya. Tetapi setelah menerima hidayat dan berhijrah ke semenanjung, beliau berjaya menjadi hafiz dan mula mempersoalkan kenapa orang Islam di Malaysia sering mencari alasan untuk mengelakkan perlaksanaan hudud? Soal ustaz Farhan lagi, kenapa tidak orang Islam mencari jalan untuk melaksanakan hudud?

Inilah soalan yang mengandungi erti yang tersirat kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO walaupun UMNO juga terdiri dari orang Islam. Sejak lebih 50 tahun, UMNO enggan melaksanakan hudud dan enggan mencari jalan untuk melaksanakannya walaupun seribu satu alasan diberikan mereka untuk mengelak. Jadi soalan kenapa orang Islam mencari alasan mengelakkan hudud oleh ustaz Farhan itu ditujukan kepada orang orang UMNO sementara PAS dalam keadaan serba tertekan berusaha untuk melaksanakannya walaupun pernah dituduh oleh mahadir sebagai hudud PAS.

Ini bermakna orang orang PAS sudah menjawab soalan ustaz Farhan mengenai kenapa tidak orang Islam cari jalan untuk menegakkan hudud. Sekaligus pernyataan ini turut merungkai persoalan kenapa PAS tidak boleh menerima UMNO selagi mereka enggan menuruti perintah ALLAH bukan sahaja dalam bab hudud tetapi dalam segenap perlakuan kehidupan. Pengalaman ustaz Farhan juga membuktikan bahawa hidayat ALLAH itu boleh dimiliki oleh sesiapa jua. Malah bekas paderi besar Sabah juga turut menerima hidayat bersama berdozen lagi paderi lain. Dan kesemua mereka menyokong usaha menjadikan Islam sebagai carahidup.

Bayangkan kalau paderi yang sebelumnya aktif memurtadkan orang melayu Islam boleh menukar akidahnya, apalah sangat ahli ahli DAP dan PKR yang bukan Islam? Tetapi sehingga kini, UMNO masih enggan menerima carahidup Islam dan kerana itu tidak sepatutnya mereka dijadikan pemimpin umat Islam. Apa yang berlaku di masa depan masih dalam ilmu ALLAH dan apa yang mampu kita usahakan ialah ikhtiar dalam lingkaran panduan ALLAH menuju jalan ALLAH, tanpa perlu menjadikan kejadian hari ini sebagai kesimpulan kepada apa yang bakal terjadi di masa depan atau dengan pemikiran muktazilah./Tranungkite

Tiada ulasan:

Catat Ulasan