Hisham: Suara Keadilan 'melamar' bahaya | ||
|
Kementerian Dalam Negeri bersedia menyita bangunan pejabat tempat Suara Keadilan beroperasi dan kilang pencetaknya jika akhbar PKR itu terus diterbitkan tanpa permit.
Katanya, kenyataan pemimpin PKR itu sebagai angkuh dan bercanggah dengan peraturan.
"Tidak kira Suara Keadilan, Suara Perkasa atau mana-mana media lain mesti mengikut syarat dan peraturan sedia ada. Dalam konteks dasar, semua liputan termasuk majalah dan akhbar tabloid akan dipantau dengan lebih dekat," katanya.
Dalam kes, Suara Keadilan, Hishamuddin menjelaskan tidak timbul isu menarik semula permit penerbitan kerana yang menjadi isu pada masa ini adalah permit akhbar itu telah tamat tempoh dan permohonan untuk menyambung semula permit belum diluluskan.
"Keangkuhan mereka untuk meneruskan penerbitan jelas mencabar undang-undang. Ini bertentangan dengan undang-undang negara yang jatuh di bawah bidang Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri ,” katanya.
Menurut Hishammuddin kementeriannya tidak mendiskriminasi mana-mana pihak dalam soal penerbitan./Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan