JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 30 Julai 2010

PERTEMBUNGAN KJ DENGAN RAJA KATAK ?

Beranikah KJ berdepan Ibrahim Ali?
Jul 30, 10

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mungkin serba salah untuk berdepan dengan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali dalam sebuah forum yang berkemungkinan besar bertukar menjadi debat.

Sehingga malam tadi, Khairy (kanan) masih belum membuat keputusan untuk menyertai forum dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar ke-4 yang akan berlangsung Ahad ini.

"Ada apa Ahad ini, saya dijemput berdepan dengan... Ibrahim Ali. Patutkah saya pergi?" soalnya dalam nada serba salah.

Kedua-dua pemimpin popular tersebut dijadual berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam set minda rakyat Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 di ibu negara.

Bagaimanapun, forum tersebut dijangka panas ekoran Khalid dan Ibrahim sering bertembung secara terbuka dalam pelbagai isu, antaranya isu biasiswa Mara baru-baru ini, apabila mereka dilihat saling memperlecehkan antara satu sama lain.

Seorang lagi ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kelantangannya Khalid Samad turut ditampilkan sebagai ahli panel dalam sidang yang turut melibatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyampai ucaptama.

Menulis dalam laman Twitter malam tadi, Khairy juga bersuara, disebabkan beberapa pemimpin dan timbalannya yang tidak gemar berkongsi pentas dengan pelajar atau pemimpin pembangkang, beliaulah yang terpaksa menggantikannya.

"Jadi saya selalu dapat jemputan daripada pihak ketiga," katanya ketika mengemaskini status di laman blog mikronya itu.

"Jadi inilah jemputan di saat-saat akhir yang saya perlu putuskan. Nampaknya dua menteri menolaknya, jadi tiada sesiapa lagi (untuk mewakili Umno)"

Dalam masa yang sama, Khairy berkata, sesetengah media asing, terutamanya saluran televisyen sukar mendapatkan menteri bagi menyertai program mereka.

"Sayalah yang terpaksa wakili Umno. Tetapi, selepas (Datuk Seri) Zainuddin Maidin di (stesen televisyen) Al Jazeera...," tulisnya lagi tampa menghabiskan ayat tersebut.

Dalam reaksi terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada November tahun lalu, Zainuddin - menteri penerangan pada masa itu - menjadi bahan gelak ketawa banyak pihak, ekoran ulasannya berhubung 'perhimpunan haram' itu kepada Al Jazeera yang dilihat 'berterabur'./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan