JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 22 Julai 2010

KETUA PEMUDA PAS, SILA TARIK BALIK KENYATAAN ANDA

Oleh: WFAUZDIN NS

SEBELUM saya menulis di sini, anda perlu membaca kenyataan Ketua Pemuda PAS yang disiarkan di dalam dua akhbar perdana, dan kenyataan beliau itu dipetik dari blog Ketua Pemuda PAS itu sendiri.

UMNO, Pas perlu pelan damai

Pemuda PAS sokong perpaduan

Jika ianya benar dari tulisan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Tantawi, amat malang sekali PAS memiliki Ketua Pemuda sedemikian rupa. Apa yang beliau mahu capai dari `Pelan Damai' dengan Umno itu? Tidak cukup puas hatikah Ketua Pemuda ini dengan kerjasama yang semakin erat bersama Pakatan Rakyat? Apa yang tidak kena dengan Pakatan Rakyat sehingga beliau mahu adakan `Pelan Damai' dengan Umno?

Wahai Us Nasruddin, tahukah kamu bahawa Umno tergila-gilakan PAS hanya kerana Pilihanraya Umum semakin hampir? Susah sangatkah kamu untuk membaca rentak tari Umno, sedangkan MCA , MIC dan Gerakan sudah lama tahu rentak tari Umno ini. Mereka sedang merasai apa yang Umno lakukan pada mereka walaupun sesama Komponen BN. Masakan Us Nasruddin begitu mudah termakan dengan muslihat bodoh Umno tersebut? Sedarkah kamu pada tahun 2004, ketika Umno dan Bn begitu gagah, pernah Umno menjeling pada PAS selain dari jelingan harimau yang ingin menerkam mangsanya? Lupakah kamu, wahai Us Nasruddin?

Malang sungguh, Ketua Pemuda PAS ini menyebut sanggup melupakan Peristiwa Memali yang mengorbankan As Syahid Us Ibrahim Libya dan rakan-rakan seperjuangannya hanya kerana seruan perpaduan Umno? Pernahkah Umno mohon maaf atau mengaku salah di atas tragedi Memali? Us Nasruddin tahu atau tidak betapa waris mangsa kezaliman Memali menghadapi hidupnya sekarang? Beliau juga sanggup untuk melupakan mangsa kezaliman Akta zalim ISA demi seruan perpaduan Umno? Saya tidak pasti samada Us Nasruddin pernah atau tidak ditahan di bawah akta zalim tersebut.

Us Nasruddin cuba untuk bandingkan Umno dengan DS Anwar dan Ku Li di mana katanya PAS boleh terima mereka. Mengapa dangkal pemikiran kamu sehingga menyamakan kedua tokoh tersebut? Jauh beza Umno dengan individu berkenaan. Benar, DS Anwar dahulu ahli Umno tetapi beliau diterima sebagai sekutu PAS adalah kerana DS Anwar meninggalkan Umno dan tidak menentang perjuangan PAS malah banyak membantu kejayaan PAS. Begitu juga Ku Li, yang sanggup dipinggirkan di dalam Umno demi menegakkan hak royalti Kelantan.

Apa yang samanya dengan Umno? Mungkin boleh diterima sekiranya Umno dibubarkan dan kesemua ahlinya menyertai PAS atau menyokong perjuangan PAS. Tetapi ini tidak berlaku, Umno tetap Umno dengan dasarnya itu. Bahkan, Umno masih kekal dengan perangai mereka seperti dahulu yang menyusahkan rakyat. Jadi, apa lojiknya Us Nasruddin mahu samakan penerimaan PAS terhadap DS Anwar dan Ku Li?

Jika kesemua peristiwa seperti Memali, Akta zalim ISA, rampasan kuasa di Perak, hak royalti Terengganu dan Kelantan dirampas, fitnah PAS parti ajaran sesat dan banyak lagi yang menghiris jiwa kita ingin dilupakan oleh Ketua Pemuda PAS ini semata-mata mendengar dendangan lagu `perpaduan Melayu Islam' oleh Umno dan Mufti Perak itu, saya tidak tahu samada PAS masih ada atau tidak lagi pemuda yang berani berjuang.

Saya berharap Ketua Pemuda PAS menarik kembalik kenyataannya itu. Sekiranya beliau masih tetap dengan pendiriannya untuk melupakan segala tragedi yang menimpa PAS demi Umno, saya secara peribadi tidak lagi akan menghormatinya sebagai Ketua Pemuda PAS dan juga sebagai Ulamak Muda./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan