APA kata Mufti Perak tentang perpaduan Melayu di antara PAS dan Umno. Saya petik salah satu ayat yang diperkatakan oleh beliau di dalam Malaysian Insider seperti berikut:
“Cuma saya ingin tegaskan supaya Umno dan PAS fikirkan tentang bangsa dan Islam kerana jatuh Melayu jatuhlah Islam. Jangan fikirkan tentang kepentingan parti sahaja, fikir sikit orang Melayu yang di bawah,” katanya.
Seorang Mufti berkata, "Jatuh Melayu, jatuhlah Islam". Wah !! Baru kita tahu selama ini Islam hanya bergantung kepada Melayu rupanya. Selama ini aku ingatkan Melayu yang kena bergantung dengan Islam jika ingin maju dan kuat. Tak tahu pula aku zaman kegemilangan Islam dulu, di zaman para sahabat, rupa-rupanya mereka yang memperjuangkan Islam sehingga ditakuti oleh dunia barat ketika itu adalah Melayu rupanya. Bangganya aku jadi Melayu!!
Selepas ini, mana-mana bangsa yang mahu memeluk Islam kenalah `masuk Melayu' dulu untuk memperkuatkan Islam. Kalau aku tak silap, lebih 50 tahun yang memerintah negara ini adalah parti yang kuat `Kemelayuannya' iaitu Umno. Tetapi, mungkin juga aku silap kerana sepanjang tempoh itu aku tak nampak pula kegemilangan atau kedaulatan Islam itu tertegak di negara ini. Mungkin Umno bukan parti Melayu kot. /mandor.blogspot.com

aku tak caya ungkapan tersebut keluar dari mulut seorang mufti....... tapi kalau dah makan duit haram amno,jangankan mufti, raja pon kena ikut skrip amno!!!!!!
BalasPadam