PAS pelawa Umno sertai Pakatan Rakyat
Harakahdaily PETALING JAYA, 20 Julai: PAS mempelawa Umno menyertai Pakatan Rakyat dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan Melayu dan mempertahankan Islam di negara ini.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin Umno seharusnya bersedia untuk bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat bagi menyatukan orang Melayu dan memupuk perpaduan kaum.
Baginya, Umno tidak perlu lagi berada dalam Barisan Nasional (BN) kerana beberapa parti gabungan itu sudah retak dan porak-peranda sebagaimana yang berlaku kepada MCA dan MIC.
“Tidak ada guna lagi bagi Umno terus berada dalam BN bersama MCA dan MIC yang sudah retak dan berkecamuk jika mereka mahu kepada perpaduan,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Makan Malam Amal anjuran Sekretariat Ahli Parlimen Padang Terap bersama Masjid Kota Damansara dan Tabung Kebajikan al-Masakin Padang Terap di pekarangan masjid itu, malam tadi. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, Umno juga perlu membuang dasar perjuangan sempit kononnya untuk membela orang Melayu sedangkan banyak kepentingan bangsa sendiri tergadai sejak mereka menerajui negara lebih 50 tahun lalu.
“Jika benar dan ikhlas pemimpin Umno mahu membela Melayu dan Islam serta mewujudkan perpaduan kaum dan membela rakyat, maka adalah wajar mereka menyertai Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Menurutnya, agenda perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk mengembalikan hak rakyat yang telah dinafikan oleh BN selama ini tanpa mengira kaum, agama dan anutan politik.
Mengenai tindakan Umno menggunakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai orang tengah untuk menyatukan PAS dan parti perkauman Melayu itu, beliau menegaskan bahawa kemungkinan ada ‘jerangkap samar’ di sebaliknya.
PAS, katanya, sentiasa berwaspada dengan apa jua tindakan Umno itu kononnya bagi memastikan Melayu tidak hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.
Tegasnya, sebarang perundingan atau perbincangan berhubung kerjasama dan penyatuan antara PAS dengan Umno tidak perlu dibangkitkan kerana PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat.
Semasa berucap pada majlis itu, beliau berkata, Umno dan PAS perlu bersaing untuk membantu rakyat.
“Jika PAS mengadakan majlis mengutip derma bagi membantu rakyat, Umno boleh buat supaya rakyat yang dapat,” ujarnya.
Beliau mengambil contoh di Kelantan, bagaimana Umno berusaha untuk memerintah negeri itu dengan mengadakan berbagai projek pembangunan untuk rakyat.
“Lebih 20 tahun PAS perintah, Umno juga nak perintah, mereka beri projek kepada rakyat, rakyat yang dapat,” katanya.
Baginya, persaingan yang sihat itu perlu dilakukan oleh Umno untuk memastikan rakyat mendapat hak mereka.
“Umno dan PAS perlu bersaing untuk menolong rakyat, tak payah bergabunglah,” ujarnya.
Beliau juga menyeru golongan berada supaya memberikan sumbangan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik terutama bagi menghadapi bulan Ramadan dan menyambut hari raya nanti.
Menurutnya, sumbangan yang dihulurkan itu bukan sahaja dapat meringankan bebanan hidup mereka yang kurang berada sebaliknya mendapat keberkatan daripada Allah di samping rezeki sentiasa bertambah.
“Ada rakan saya yang beri sumbangan, hartanya tak susut, makin bertambah, bahkan ada yang tambah bini,” ujarnya berseloroh sambil disambut senyuman para hadirin./Harakahdaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan