AKHBAR Sinar Harian sememangnya telah jauh mengatasi populariti akhbar pencacai yang lain seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan. Ini adalah kerana akhbar tersebut dilihat lebih seimbang di dalam penyampaian berita dan maklumat semasa khususnya berkaitan isu-isu politik. Rakyat mula yakin dengan akhbar ini dan ini merupakan satu perkembangan baik buat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.
Namun, semenjak syarikat dan pejabat Karangkraf Sdn Bhd ini dilawati oleh Najib, kita mulai merasakan sedikit perubahan ke atas berita akhbar berkenaan. Bukannya perubahan yang semakin positif, tetapi dilihat setapak mundur ke belakang. Walaupun dilihat kurang ketara, tetapi bagi mereka yang setiap hari menatap akhbar ini mulai merasakannya. Adakah ini menandakan sesuatu arahan atau tekanan telah diberikan kepada akhbar tersebut?
Perkara ini juga turut disentuh oleh portal Pahang Daily. Kita harap akhbar yang semakin meningkat ini tidak terlalu merasa tinggi diri dan lupa diri. Kita masih memerhatikan akhbar ini dari masa ke semasa. Sekiranya akhbar ini ingin menjadikan Utusan Meloya atau Berita Hairan sebagai `idola' nya, kita akan menggerakkan usaha untuk memboikot akhbar berkenaan sepertimana yang telah kita lakukan terhadap beberapa akhbar dan media pencacai sebelum ini.
Saya menyeru kepada semua agar kita terus memerhatikan tingkah laku akhbar ini. Kita akan beri sokongan penuh sekiranya akhbar ini terus berlaku adil dan telus seperti dahulu. Sebaliknya, jika akhbar ini mahu cepat gulung tikar mereka boleh lakukan apa yang mereka mahukan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan