Apa kata PAS lepas ini calonkan Dr Zuhdi bertanding lawan Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS? Bukan main hebat lagi dia ni bercakap membelasah Mat Sabu sejak kebalakangan ini.
Dr Zuhdi sebelum ini 'kantoi' apabila kononnya analisis beliau yang menyebut soal 'jentik' gereja jika PAS bersama Umno di dalam Wassup nya tersebar. Jelas dan terserlah rupanya bukan golongan Ulamak saja yang segelintir mencintai Umno atau UG, tetapi orang profesional seperti Dr Zuhdi juga amat kemaruk dengan Umno.
Punca dia marah pada Mat Sabu adalah kerana Mat Sabu mewakili Presiden PAS di dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR baru-baru ini bagi menyelesaikan kemelut MB Selangor. Mat Sabu adalah di antara pimpinan PR yang menandatangani akuan menerima DS Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk dipersembahkan kepada Tuanku, sedangkan PAS menamakan Azmin Ali juga. Ini semua telah dijelaskan oleh Mat Sabu mengapa nama Azizah saja dipersetujui untuk dipertimbangkan oleh Tuanku. Tetapi Dr Zuhdi ini terlebih bijak menjadi semakin tolol pula.
Nasib baik Mat Sabu tidak layan karenah orang seperti Dr Zuhdi. Presiden PAS pun tidak bising. Mursyidul Am pun tidak komen apa-apa atas keputusan PR yang diakui sendiri oleh Mat Sabu itu. Siapa Dr Zuhdi mahu pertikaikan? Hebat sangatkah beliau berbanding Mat Sabu? Bagi aku, taraf Dr Zuhdi ini di dalam perjuangan PAS berbanding Mat Sabu ibarat "taik kuku" jari kaki Mat Sabu je.
Jika PAS mahu lebih cepat join Umno, elok rasanya calonkan Dr Zuhdi ini melawan Mat Sabu. Itu pun selagi Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz masih hidup, gila meroyanlah Dr Zuhdi.
"Ayam
sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim
Guan Eng," tulis Zuhdi melalui akaun Facebooknya hari ini. - See more
at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ayam-sabung-pas-sudah-jadi-ayam-daging-anwar-dan-guan-eng-kata-zuhdi#sthash.dxU1BqBt.dpuf
"Ayam
sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim
Guan Eng," tulis Zuhdi melalui akaun Facebooknya hari ini. - See more
at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ayam-sabung-pas-sudah-jadi-ayam-daging-anwar-dan-guan-eng-kata-zuhdi#sthash.dxU1BqBt.dpuf
Aku nak tuka nma Zuhud boleh x atau ade.makna yg x baik sila komen
BalasPadam