Ramai yang bengap dalam politik berkata, wajib kekalkan TSKI sebagai MB Selangor kerana di dalam PRU 13 yang lalu beliau telah dipilih oleh rakyat selaku MB Selangor. PKR tiada hak mahu desak TSKI berundur kerana rakyat telah memilihnya. Maka, ada pihak buat solat hajat kononnya untuk selamatkan Selangor.
Rakyat mana yang undi TSKI sebagai MB? Rakyat di dalam PRU 13 yang lalu pilih PR sebagai kerajaan di Selangor. Rakyat tidak ambil tahu siapa akan jadi MB mewakili PR. Jika waktu itu PAS jadi MB pun tiada masalah asalkan PR yang menjadi kerajaan di Selangor.
TSKI diamanahkan oleh partinya iaitu PKR sebagai MB. Ertinya TSKI naik jadi MB adalah sokongan partinya sendiri. Beliau hanya dipilih oleh rakyat sebagai Adun saja bukan MB. MB dipilih oleh partinya dan dipersetujui oleh rakan-rakan di dalam PR. Jadi, amat bengaplah jika ada yang kata TSKI ini dipilih oleh rakyat sebagai MB.
Bila parti yang naikkan TSKI, takkan parti tiada hak untuk turunkan beliau? Dan, di mana maruah TSKI jika masih mahu terhegeh-terhegeh di Kerusi MB bila mengetahui partinya sendiri pun tidak restu kepadanya untuk melanjutkan tugas beliau? Sudahlah di Cabang sendiri pun beliau gagal dapat sokongan. Patutnya TSKI sedar diri dan bukannya lupa diri bila disanjung oleh beberapa rakan.
Sebagai ahli, jika diarahkan undur patutlah berundur. Jangan dok kata rakyat masih suka kepada kamu. Itu syok sendiri namanya. Jika anda bersih sekalipun, tetapi parti mahu beri orang lain pula amanah sebagai MB, takkan kamu masih mahu berkeras?
Tolonglah jadi orang yang bermaruah di dalam politik.
Ulasan yang padat dan jelas.Sedangkan penukaran menteri besar Terengganu pun kecoh sekejap. Dah settle. PR tak layan apa apa pun issue itu.BN jangan jadi hero pulak nak campur urusan PR.
BalasPadamMesyuarat memilih isteri sebagai MB adalah perkara yang benar suci dan amat digalakkan. Namun ianya khusus bagi keluarga Anwar di mana Anwar sebagai ketua atau pengerusi mesyuarat. Dalam organisasi biasa jika perkara sedemikian dilakukan ia boleh dikenakan tindakan SALAHGUNA KUASA dan amat memalukan. Ianya bersifat mengutamakan kepentingan diri yakni mengamalkan sikap kronisma. Dalam organisasi lain contoh dalam mesyuarat pemilihan kontraktor, jika terdapat ahli keluarga pengerusi terlibat dalam sesuatu permohonan maka penferusi itu terpaksa tarik diri dari mesyuarat dan tidak boleh umumkan kontraktor yang dipilih, tapi jika Anwar kita kena terima secara terbuka kerana ini adalah mesyuarat KHAS.
BalasPadamBukan atas kapasiti isteri tapi Presiden. Kena reti beza tu
BalasPadamBetul tu atan, Azizah adalah Presiden, Nurul Izaah adalah Naib Presiden dan Anwar pula ketua umum. Kesemua mereka ini sepatutnya tidak boleh berada dalam mesyuarat MPP PKR yang melibatkan keputusan tentang keluarga mereka. Mereka boleh mewakilkan orang lain yang tiada kena mengena dengan keluarga agar keputusan mesyuarat benar-benar kehendak parti dan bukannya kepentingan keluarga tertentu. Lainlah kalau mesyuarat itu melantik orang lain yang tidak menunjukkan kepentingan keluarga....
BalasPadamKamu silap - sebelum berlangsung PRU 13 lepas PR menamakan kesinambungan Khalid Ibrahim sebagai MB jika diberi mandat memerintah.
BalasPadamBukankah kemenangan bergaya PR dalam PRU13 juga disebabkan rakyat mahukan Khalid terus jadi MB?
masih hendak mempertahankan yang tak releven lagi!....ambo nok tanyo demo yang cerdik di sini.....kalu khalid tak mewakili parti PKR atau mana-mana parti dalam PR...adakah rakyat akan mrmilihnya dalam PRU13?
PadamJika tidsk releven elok diadakan beberapa kajang move lagi.... duit rakyat habis tiada hal asalkan mb dilantik dengan bergaya.
BalasPadam