JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 28 April 2014

JANGAN ADA 'KARPET BURUK" LAGI DI TROPICANA

Sekarang masih hangat dengan pemilihan Parti PKR.  Kempen semakin hangat, berbagai aduan telah diterima dan tentunya bagi YB Johari Abdul selaku Pengerusi JPP teramat sibuk dan tertekan dengan berbagai aduan yang telah dibuat beserta dengan bukti-bukti yang telah dikemukakan.

Apakah Johari Abdul berani mengambil tindakan sekiranya memang benar dan terbukti salah laku wujud sepanjang pemilihan kali ini?  Apakah Johari Abdul mampu mengambil tindakan jika Azmin Ali, TS Khalid mahu pun Saifuddin terbukti melanggar peraturan pertandingan?  Hanya beliau yang boleh beri jawapan, dan semua ahli berharap JPP memang benar-benar boleh diharap bukan hanya sekadar 'lakonan' semata-mata.  Johari Abdul mesti berani atau dilihat berani.  Jika dilihat takut, tentunya memang beliau penakut.

YB Johari Abdul - Pengerusi JPP
Bukan masalah kita menantang Azmin, Khalid mahupun Saifuddin maka kita mahu JPP bertindak ke atas aduan terhadap mereka.  Kita mahu lihat parti ini bersih setidak-tidaknya dilihat bersih.  Kita mahu, hatta Presiden sekalipun jika bersalah beliau mesti dihukum.  Ini kehendak ahli akar umbi dan sebab itulah mereka menyokong dan menjadi ahli PKR bukannya Umno.  Umno memang kita maklum amat sinonim dengan semua yang negatif itu.

Kita bukan mahu wujudkan parti "Malaikat" yang seratus peratus suci.  Kita hanya mahu lihat PKR wujud sebagai parti yang tidak boleh diragui akan ketelusannya.  Kesilapan atau kelemahan memang ada dan ianya mesti diperbaiki, tetapi jika melibatkan salah laku atau penyelewengan di dalam soal pengundian, itu bukan kelemahan tetapi ianya merupakan jenayah besar dalam parti politik.  Jenayah ini bukan cukup sekadar diperbetulkan malah si pelakunya mesti dikenakan tindakan tegas.  Ada beza kelemahan dan salah laku.

JPP mesti peka dengan permasalahan ini.  Memang benar, tidak semua aduan itu boleh dianggap betul.  JPP perlu berani menyiasat dengan adil berpandukan bukti-bukti atau fakta yang dikemukakan.  Kita berharap di Tropicana tiada lagi 'karpet buruk' untuk menyimpan aduan di bawahnya.  Ini ujian terbesar kepada JPP yang diketuai oleh Johari Abdul.  Kita percaya dan yakin Johari Abdul ada keberanian itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan