Tok Guru Hj Hadi dikenakan RM2 Juta kerana gagal hadir perbicaraan dalam kes saman isu Pil Kuda. Jangan salah faham, RM2 Juta itu bukan bererti Tok Guru Hj Hadi bersalah menfitnah, tetapi hukuman itu adalah kerana gagal hadir perbicaraan tanpa alasan.
Mengapa Tok Guru jadi mangsa mainan ini? Siapa yang beri maklumat kepada Tok Guru Hj Hadi tentang pil kuda? Mana bukti yang dibawa untuk buat tuduhan itu? Paling penting apa asas tuduhan itu?
Rata-rata bercakap Tok Guru Hj Hadi seorang yang mesra dan terlalu baik sangka dengan orang-orang disekelilingnya. Itu tidak salah Tok Guru kerana takkan lah Tok Guru ini ego pulak. Salahnya orang disekeliling beliau mungkin seorang dua yang mahu menjerat Tok Guru atau mahu mempergunakan Tok Guru untuk mencapai cita-cita mereka.
Kini, rakyat bertanya apa sudah jadi dengan kes ini? Mengapa Tok Guru tak hadir mahkamah sedangkan Tok Guru didakwa mengeluarkan kata-kata berkaitan pil kuda itu? Betul, Tok Guru tak sebut nama sesiapa yang beliau maksudkan dengan pil kuda itu. Tapi semua tahu beliau berucap waktu itu merujuk kepada isu mengapa perlu adanya pertandingan sesama PKR dan PAS di beberapa Kerusi di dalam PRU 13 yang lalu. Ertinya,dakwaan pil kuda itu semestinya ditujukan kepada PKR rakan PAS di dalam PR. Tidak munasabah dakwaan itu ditujukan kepada Umno/Bn mahupun DAP.
Kaedah buat tuduhan mesti ada asas dan bukti. Siapa pengkhianat yang sanggup sampaikan berita karut itu kepada Tok Guru sedangkan mereka tak tampilkan sebarang bukti pun. Jika ada bukti, tentunya Tok Guru tak 'segan' untuk hadir mahkamah dan beliau tentunya boleh pertahankan dakwaannya. Malangnya, Tok Guru menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Apa pun, PAS dikatakan akan failkan kes menolak keputusan mahkamah yang mengenakan hukuman RM2 Juta terhadap Tok Guru Hj Hadi. Jika ini berjaya, ertinya perbicaraan bakal berjalan lagi. Waktu ini, silalah bawa bukti yang ada. Janganlah aniayai Tok Guru untuk kali kedua.
memang kerja ni kerja orang celaka yang tak senang dgn tuan guru.kalau betul terasa pun dgn ucapan tuan guru tempoh hari mengenai pil kuda kenapa tak semuka dulu.memang orang ni jiwa kacau.
BalasPadamAdakah apabila kita difitnah tanpa bukti oleh orang bertaraf tokguru kita yang kena pergi semuka? Apakah tokguru tidak mempunyai tanggungjawab ugama untuk menyemak dan memastikan tuduhannya itu benar dan mempunyai bukti yang kukuh. Siapa yang mengajar kita yang fitnah itu dosa besar dalam Islam. Mat rempit ke atau ilmuan ugama yang bertaraf tokguru?
PadamWala' kpd kepimpinan To Guru
BalasPadamTokguru pun satu hal. Sebagai tokguru dia kena amat berhati-hati apabila dibertahu sesuatu perkara seperti ini. Kena tanya betul-betul dan minta bukti yang jelas. Apatah lgi jika hanya cakap-cakap tanpa bukti.
BalasPadamSetelah diberi bukti yang tidak meragukan tokguru kena siasat sendiri termasuk sembahyang minta petunjuk tentang kebenaran bukti tersebut. Bila sudah berpuashati barulah boleh belasah. Itulah sepatutnya dilakukan oleh tokguru kerana memfitnah itu dosa besaq.
Ade tokguru kita buat gitu? Begitu juga bila dah terlanjur. Sepatutnya tokguru minta maaf kepada orang yg difitnah. Ada dibuat begitu. Tokguru kedudukannya berbeza dengan presiden dan pemimpin UMNO