Dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bahawa wujudnya 'badut hingusan' dalam PAS, tidak perlu di layan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Layan buat apa. Biar dia melalak," katanya ketika dihubungiMalaysiakini petang ini,
"Layan buat apa. Biar dia melalak," katanya ketika dihubungiMalaysiakini petang ini,
Menulis dalam blognya semalam, Zulkifli berkata, beliau geli hati dan pelik dengan gelagat pemimpin itu yang melenting dengan perkara tersebut sedangkan beliau tidak pernah memohon bagi menyertai semula parti Islam itu.
Menjelang dan selepas Zulkifli dipecat daripada PKR Sabtu lalu, beberapa pemimpin kanan PAS dilaporkan menolak penyertaan semula ahli parlimen kontroversi itu dengan mengambil kira “setiakawan dalam Pakatan Rakyat”.
Selain Mahfuz, beberapa pemimpin PAS yang turut dilaporkan membantah hasrat beliau itu, antaranya dua lagi naib presiden PAS - Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dua ahli jawatankuasa pusatnya - Mohamed Hanipa Maidin dan Dr Hatta Ramli - turut menentang kemasukan semula Zulkifli dalam PAS.
Manakala setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali pula sebelum ini membayangkan gelapnya masa depan Zulkifli dalam parti itu.
Salahuddin juga enggan memanjangkan lagi perdebatan berhubung penyertaan semula ahli parlimen kontroversi itu.
"Saya tidak mahu komen, biarkan dia," katanya, senada dengan pandangan rakan sejawatannya itu./malaysiakini-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan