JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 17 Mac 2010

PASAL KPN, PARLIMEN KECOH....

17 March 2010

oleh Dr Mohd Hayati


Apa yang menjadi pertikaian adalah usul yang dibawa Menteri Dalam Negeri yang melibatkan Ketua Polis Negara TS Musa Hassan yang perlu mamstikan segala jalan dan lorong yang hendak dilalui oleh ahli parlimen tidak diganggu. Biasanya setiap usul yang dibawa memerlukan perbahasan , tetapi sudah menjadi satu kelaziman usul macam ini sebelumnya tidak ada perbahasan tetapi minta diluluskan oleh ahli dewan sahaja.

Oleh sebab ada berita yang menyatakan KPN akan bertukar dan disahkan sendiri oleh Menteri maka dipohon daripada speaker untuk membenarkan usul ini dibahaskan kerana mungkin selepas ini bukan beliau lagi yang akan jadi KPN dan orang yag akan mengganti beliau mungkin akan mampunyai karenah yang lain daripada beliau, oleh itu pohon perbahasan untuk membawa perkara yang melibatkan diri beliau.

Pun begitu perbahasan tidak dibenarkan mungkin kerana ada tercatat didalam sesetengah blog yang tersebar luas berhubung apa yang berlaku semasa siasatan SPRM dirumah beliau saperti yang diulas didalam Malaysia Today.

Apakah Menteri sudah memberi arahan supaya tidak dibahas takut lebih banyak rahsia akan terbongkar dan mungkin juga kerana itulah maka kontrak beliau tidak lagi disambung untuk tahun seterusnya.

Pertikaman lidah berlaku antara YB Ipoh Timur dan speaker serta lain ahli YB sehingga akhirnya kami walk out kerana tidak puas hati dengan keputusan./Kedahlanie.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan