JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 23 Mac 2010

MANA LEBIH HEBAT ? ANJING UPAHAN, KATAK ATAU FIRAUN ?

Tuesday, March 23, 2010

Oleh: WFAUZDIN NS

SIANG tadi di Parlimen kita dapat menyaksikan betapa seekor katak mengamuk sakan, siap hentak-hentak meja dan baling kertas lagi. Apakan tidak, hatinya terlalu panas apatah lagi kerana perhimpunan Perkosa yang dianjurkannya tidak seperti yang diharapkan. Mulanya terbayang oleh beliau betapa gah nya dia nanti kalau yang merasmikan perhimpunan Perkosa itu adalah datang dari Istana, malang sekali angan-angannya tidak kecapaian. Maka, terpaksalah beliau kembali kepada `guru kaka'nya iaitu Che Det untuk merasmikan perhimpunan Perkosa.

Sering kita melihat apa jua aktiviti yang dibuat oleh katak (beliau mengaku katak emas) Pasir Mas ini selalu tidak menjadi. Bermacam-macam akal telah digunakan oleh katak ini untuk menarik perhatian di samping cuba memancing Umno untuk kembali menerimanya. Dia cuba tonjolkan dirinya hebat, kalau ada isu Melayu dia akan bertukar kulit menjadi katak Melayu yang lebih Melayu dari Umno. Kalau tiba isu Islam, katak ini akan memakai kopiah dan bertukar kulit pula bercakap pasal Islam mengalahkan PAS pula. Itulah kelebihan Berahim katak dan Umno tahu itu semua sebab itu Umno tidak berselera untuk memelihara katak jenis ini.

Katak mengamuk siang tadi pun mungkin kerana merasa tercabar dengan `kehebatan' Zahrain anjing upahan yang begitu kuat salakannya di dalam Parlimen baru-baru ini. Bimbang juga beliau jika anjing upahan itu mampu menewaskan katak yang lebih senior. Beliau tidak tahu masih ada lagi seekor dua yang bakal menyalak atau mengaum di dalam dewan selepas ini yang bakal mencabar kehebatan beliau. Beliau belum mendengar jeritan Sang Firaun Besar dari Kulim Bandar Baru lagi. Dengar khabarnya firaun besar dari Kulim Bandar Baru akan membuat persembahan lagi hebat sehinggakan beliau memberi amaran agar kesemua MP di dalam Parlimen nanti perlu memakai `pampers' takut terkencing dengan persembahannya.

Sudah masuk minggu kedua Parlimen bersidang dan kita dapat melihat apa yang puak-puak tidak berparti itu perjuangkan. Kununnya akan berjuang masalah rakyat, tetapi apa yang mereka buat? Anjing upahan itu menyalak seperti orang gila talak. Mana masalah rakyat yang dibawa olehnya? Si katak emas ini pula sibuk suruh Saiful pergi berjumpa Syeikh Yusoff Qardhawi. Untuk apa ? Hendak suruh Ulamak tersohor itu memeriksa `eksoz' Saifulkah? Hendak suruh Saiful mengangkat sumpah laknat sekali lagi di hadapan Ulamak tersebut? Apa beliau ingat Ulamak tersebut sama seperti Jamil Khir atau Harusani ke?

Setakat ini kedua-dua ekor puak bebas ini bercakap tidak lari dari menyebut nama DS Anwar. Semua ingin menumpang tuah menyebut nama DS Anwar. Memang tokoh reformasi itu hebat, jika tidak masakan Najib pun bercerita tentang DS Anwar sampai ke kawasan ulu di Lipis. Masakan Rais anak Yatim itu pun bercerita tentang DS Anwar sampai ke kawasan felda di Jelebu. Jika tidak hebat, masakan TV 3 dan Utusan Meloya hari-hari bercerita tentang Ketua Pembangkang ini. Apabila sudah tidak terlawan dengan hujah berdepan, seperti biasa Umno akan gunakan cara jijiknya. Maka, dikerah berpuluh orang Pemuda Umno ke setiap balai Polis untuk menyusahkan pihak Polis mengambil laporan bodoh mereka itu.

Setakat ini, sedikit pun tiada kesan ke atas DS Anwar apatah lagi kepada PKR dan juga PR keseluruhannya. Kita tunggu juga kalau-kalau ada mana-mana pemimpin Umno yang berani mencabar DS Anwar berdebat secara terbuka tentang isu yang mereka anggap `dosa besar' DS Anwar itu. Tetapi kita mesti sedar dari angan-angan kita bahawa bukan Umno namanya jika berani berdebat dengan DS Anwar. Mereka telah mempelajari sejarah bagaimana salah seorang dari Menterinya `berbuih' mulut semasa berdebat dengan DS Anwar di dalam isu minyak suatu ketika dahulu. /wfauzdin.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan