Enggan tarik diri, Anwar dakwa hakim tersilap | ||
|
Hakim Mahkamah Tinggi tersilap ketika memutuskan bahawa tidak terdapat berat sebelah yang serius sekirannya beliau meneruskan untuk mendengar perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petisyen rayuan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan menerusi firma guaman Tetuan SN Nair dan rakan-rakan semalam.
Mahkamah Rayuan telah menetapkan 19 Mac untuk mendengar rayuan itu.
Mahkamah Rayuan telah menetapkan 19 Mac untuk mendengar rayuan itu.
Ketua pembangkang itu sedang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Anwar, 63, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Alasan lain yang terkandung dalam petisyennya itu termasuk bahawa Hakim Mohamad Zabidin tersilap dari segi undang-undang ketika memutuskan bahawa tidak ada sebab untuknya menarik diri untuk terus mendengar kes itu dan menyatakan bahawa sekirannya beliau menarik diri, ia bermakna beliau lari dari tanggungjawabnya sebagai seorang hakim.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan