JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 9 Mac 2010

KES QAZAF DS ANWAR TERHADAP SAIFUL ESOK

KUALA LUMPUR, 9 Mac [11.00 am] - Selepas menanti lebih setahun terhadap permohonan Qazafnya dalam kes fitnah liwat Saiful Bukhari Azlan, maka akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (foto) jam 9.00 pagi esok bagi mendengar permohonannya itu. Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Shamsuddin Hussain, selaku Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, supaya mendakwa bekas Mohd. Saiful dengan tuduhan qazaf.

Dalam permohonan itu juga Anwar turut menamakan Shamsuddin, Jamil Khir Baharom (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) dan Che Mat (Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) sebagai responden. Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Februari lalu Menteri Jamil Khir Baharom, Shamsuddin dan Che Mat telah memfailkan permohonan bantahan permohonan Qazaf di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah. Orang ramai diseru hadir memberi sokongan kepada Anwar esok./Pahang Daily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan