JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 22 Mac 2010

CERAMAH SAIFUDDIN DI KUANTAN, SAMBUTAN TERHADAP PKR LUAR BIASA

KUANTAN, 22 Mac [11.02 am] - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution (foto) menegaskan bahawa parti itu tidak gusar dengan senario "lompat parti" yang berlaku mutakhir ini. Ia berikutan, semakin ramai pemimpin PKR keluar, maka semakin ramai juga ahli baru yang menyertai parti itu. "Dulu hanya sekitar 10 ribu sahaja ahli baru menyertai PKR, kini angka mencecah 40 hingga 45 ribu orang memohon untuk menyertai parti", katanya ketika berucap dalam satu ceramah umum PAS dekat Taman Tas, disini malam tadi. Saifuddin turut menegaskan, begitu juga dengan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Semakin pemimpin itu ditekan dengan berbagai-baga dakwaan maka semakin kuat sokongan yang diterima daripada rakyat. Malah, masyarakat antarabangsa turut melihat Anwar bukanlah seperti yang digambarkan oleh Saiful. "Kita juga sedang mengedarkan risalah khas mengenai bukti terbaru tentang laporan perubatan yang telah dikeluarkan oleh tiga orang doktor pakar Hospital Kuala Lumpur terhadap Saiful Bukhari Azlan. Bukti kukuh yang menunjukkan bahawa beliau tidak diliwat oleh sesiapa pun kini diedarkan ke seluruh negara", katanya lagi.

Kerajaan Najib Gusar Dengan Sokongan Rakyat

Dalam pada itu, Saifuddin turut menegaskan kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak kini semakin gusar melihat gelombang kebangkitan rakyat. Maka, bagi menafikan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat terkini menerusi ceramah yang diadakan di seluruh negara maka berbagai sekatan mahu diadakan. "Mereka tidak mahu kita berceramah politik, sebaliknya hanya membicarakan soal kesihatan, undang-undang jalanraya dan sebagainya. Sedangkan mereka tahu bahawa kita adalah parti berdaftar yang sah menurut perlembagaan dan kita ada hak untuk menarik sokongan rakyat. Mereka melarang kita berbicara soal Altantunya, kapal selam tak boleh menyelam, enjin jet dan termasuk juga kes fitnah liwat. Mereka takut rakyat tahu cerita sebenar. Mereka halang kita menyampai maklumat dalam masa yang sama mereka hentam kita dari pelbagai arah termasuk menggunakan sepenuhnya media arus perdana yang ada", kata Saifuddin. Beliau turut menegaskan, Anwar sendiri dipanggil polis dan disiasat atas ucapan politiknya di Pulau Pinang. Alasan yang diberikan kerana menghasut dan sebagainya. "Sudahlah Anwar disiasat dan dihalang menyatakan pandangan beliau di ceramah-ceramah, kini di parlimen pula mereka mahu mengambil tindakan menggantung Anwar gara-gara mempertikaikan penglibatan syarikat Yahudi dalam hal ehwal negara. Apakah rakyat mahu berdiam diri melihat semua ini?", tambah beliau lagi.

[Turut berceramah dalam malam penutup program "Orang Muda Geng Kita" anjuran PAS itu ialah Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota) dan Datuk Zaid Ibrahim (Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri). Berbagai program telah diadakan sepanjang program itu dan ceramah umum malam tadi adalah aktiviti malam penutupnya. Kenyataan Saifuddin semalam jelas sekali membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN kini semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat yang kian hilang. Mereka melakukan berbagai taktik untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat termasuk membawa pengkhianat rakyat iaitu bekas pemimpin PKR sendiri untuk memburukkan parti itu. Apapun, jelas dapat dilihat sokongan rakyat terhadap pakatan rakyat semakin meningkat mutakhir ini. BN bakal dibenamkan dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah yang amat ditakuti dan menjadi igauan buruk buat mereka sekarang ini].

Sumber: Pahang Daily Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan