JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 11 Mac 2010

CERAMAH SEMPENA DUA TAHUN PR PERINTAH PULAU PINANG MERIAH

Wednesday, March 10, 2010

Malam tadi saya dijemput menyampaikan ceramah di Bukit Mertajam bersama dengan pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. YAB Lim Guan Eng juga hadir menyampaikan ceramahnya. Majlis yang bermula kira-kira jam 8.00 malam cukup meriah. Kehadiran yang terlalu ramai cukup membingungkan UMNO BN.

Bandar Bukit Mertajam majoritinya adalah kaum Cina, namun kehadiran ramai orang Melayu malam tadi membuktikan fitnah dan tohmahan jahat UMNO BN terhadap Lim Guang Eng dan kerajaan PR tidak menjejaskan sokongan Melayu terhadap kerajaan pimpinan Lim Guan Eng. Keluarnya dua orang Ahli Parlimen dari PKR sedikitpun tidak memberi kesan terhadap kekukuhan hubungan PR.
Justify Full
Program yang dianjurkan malam tadi adalah sempena sambutan dua tahun pemerintahan PR di Pulau Pinang. Sepatutnya YB Hj Nizar yang menyampaikan ucapan bagi mewakili Perak, oleh kerana beliau berada di luar negara, saya diminta menggantikannya.

Saya penceramah kedua akhir sebelum YB dari Jelutong, saya jangka bila tiba giliran saya sudah tentu orang ramai yang membanjirinya sejak awal tadi akan susut, lebih-lebih lagi setelah YAB Lim Guan Eng berucap. Jangkaan saya meleset, orang ramai tetap tidak berganjak, mereka menunggu sehingga ke penceramah yang akhir.

Sambutan yang begitu meriah dan menggalakkan itu cukup menyakinkan bahawa sokongan rakyat kepada PR tidak merosot di Pulau Pinang, orang Melayu walaupun setiap hari disajikan dengan isu-isu yang sengaja direka oleh UMNO BN melalui media semakin cerdik dan terbuka pemikiran untuk menilai ketepatan berita yang sampai kepada mereka.

Ucapan Lim Guan Eng cukup bertenaga dan menyakinkan, beliau banyak menerangkan dasar-dasar kerajaan PR dan menangkis tohmahan jahat UMNO BN yang cuba membangkitkan isu perkauman di Pulau Pinang, begitu ucapan-ucapan dari pimpinan PR yang lain. Setiap ucapan diberi tepukan gemuruh oleh orang ramai. YB Dr. Mujahid juga turut berucap mewakili PAS Pusat malam tadi.

Sumber: Misbahul Munir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan