JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 23 Mac 2010

KENAPALAH BEBAL SANGAT MU NI BERAHIM KATAK?

Malu rasanya melihat kerenah Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali Al-Kataki ini sebenarnya. Tergamak beliau menyuruh Saiful Bukhari Azlan (foto) bertemu dengan Dr.Yusof Al-Qardawi untuk melakukan sumpah laknat dihadapan ulamak terulung dunia itu. Beliau langsung tidak boleh menilai kes yang berlaku secara ilmiah berdasarkan kepada fakta dan kebenaran itu sendiri. Sedangkan beliau tahu, di Malaysia sendiri tidak ada ulamak hatta dari UMNO sendiri yang berani mengeluarkan fatwa bahawa Saiful memang diliwat, inikan pula menyuruh anak muda itu bertemu Dr.Yusof Qardawi.

Buta mata dan buta hati agaknya Ibrahim Al Al-Kataki ini. Beliau masih mahu mempertahankan kekaburan kes ini sedangkan beliau tahu laporan perubatan terbaru yang dikeluarkan itu adalah laporan "sulit" dari Hospital Kuala Lumpur. Ini bermakna, secara logiknya kini sudah ada empat laporan yang dkeluarkan mengatakan Saiful tidak ada kesan klinikal diliwat oleh sesiapa pun. Malah, Ibrahim lupa dua hari sebelum membuat laporan polis dia diliwat Anwar, Saiful telah mengadap Najib Razak kononnya mahu memohon biasiswa. Rasanya, jika anak Ibrahim Ali sendiri mahu minta biasiswa maka dia sendiri pun tidak akan berani ke rumah Najib "malam-malam buta".

Maka, apakah istimewanya Saiful disisi Najib dan Ibrahim Ali ini agaknya. Orang macam Ibrahim elok dihumbankan saja ke Laut Cina Selatan biar dimakan dek jerung-jerung yang amat suka makan "Al-Kataki" itu. Sudahlah bangang, tapi bodoh pula !! Manusia macam beliau ini tidak layak jadi wakil rakyat sebenarnya. Kasihan benar orang Pasir Mas kerana terpaksa terus melihat "si katak ini terus memanggil hujan" ini terus dipelihara oleh puak-puak UMNO Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selamanya./Ulasan dari Pahang Daily Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan