JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 25 Ogos 2010

IMEJ NEGARA SUDAH LAMA TERCALAR BUKAN KERANA NURUL IZZAH

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin begitu gusar apabila negara luar semakin memandang serong negara ini. Bagi menyembunyikan kegusarannya, menteri tersebut menuding jari ke arah Pembangkang yang kununnya banya mendedahkan keburukan negara ini ke pihak luar. Tuduhan ke atas YB Nurul Izzah jelas menampakkan kegusaran pemimpin Umno. Artikel ini merujuk kepada laporan Bernama di sini.

Persoalannya, apakah sebelum YB Nurul Izzah mendedahkan beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam negara ini imej negara kita berada di tahap yang terbaik? Sebenarnya sudah berpuluh tahun khususnya selepas berlaku konspirasi terhadap DS Anwar, imej negara ini begitu merudum sekali. Bukan sedikit negara luar yang melahirkan rasa simpati ke atas nasib yang menimpa ke atas DS Anwar tokoh ternama Asia dan dunia itu. Keganjilan yang berlaku di dalam sistem kehakiman negara benar-benar menarik perhatian mereka.

Kes pembunuhan Altantuya juga menarik minat negara luar kerana korbannya adalah rakyat asing yang dibunuh `tanpa ada sebab atau motif''. Mereka mengetahui kisah ini bukan dari mulut YB Nurul Izzah kerana pemimpin dunia luar lebih cerdik dari pemimpin negara kita.

Pemimpin negara kita tidak kurang hebatnya bercerita tentang keburukan Pembangkang di luar negara. DS Anwar sering diperkatakan sebagai `peliwat' oleh pemimpin negara dan kisahnya dijaja ke merata negara. Namun, negara luar bukannya mudah untuk diperbodohkan. Oleh itu, pemimpin Umno mulai merasa tertekan dengan segala bentuk persoalan yang dikemukakan oleh pihak luar.

Imej negara kita kini sememangnya terjejas akibat salah pemimpin kita sendiri. Di dalam dunia tanpa sempadan sekarang, kita tidak lagi boleh menyembunyikan apa jua dari diketahui pihak luar. Apakah kita mahu negara luar memandang tinggi pemimpin negara kita sedangkan rakyat sendiri semakin menolak mereka? /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan