JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 9 Ogos 2010

Isteri Pemimpin UMNO Dicadang Tutup Aurat Sempena Ramadhan..




Oleh Ibnu Hasyim

KL OGOS9 10: Semua isteri pemimpin umno dicadangkan agar menutup aurat mereka masing-masing, sempena menyambut Ramadhan ini. Begitulah cadangan Wfauzdin NS seperti yang disiarkan dalam Harakahdaily net hari ini. 'Aku bukan apa, cuba nak tiru sikit kempen oleh sekumpulan anak muda yang baru-baru ini berhimpun meminta Kerajaan Selangor menutup semua Pusat Hiburan dan Rumah Urut di Selangor sepanjang Ramadhan ini nanti." Tulisnya.


Aurat bib! Kamu isteri pemimpin yang disebut negara Islam...

Sebelumnya, Umno mencabar PAS mendesak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menutup pusat hiburan dalam bulan Ramadhan. "Kalau nak tegakkan amar makruf nahi mungkar, ayuh jadilah anak jantan. Saya cabar PAS!" kata timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, lapor Malaysiakini. "Kalau tak mampu, Pemuda Umno bersama-sama dengan Umno negeri bersedia untuk mendesak kerajaan negeri menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan," kata Noh lagi disambut tepukan hadiran ceramah jelajah 'Gelombang Selamatkan Selangor' malam tadi.

Ceramah terakhir setelah tiga minggu berlangsungnya siri jelajah sersebut oleh Noh, ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan bekas ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Noor berkongsi ceramah malam tadi.

Menurut Wfauzdin lagi, logiknya sebelum kesemua itu ditutup lebih baik tutup dulu `kemaluan' atau aurat isteri pemimpin-pemimpin Umno yang mengaku Islam itu. "Tidak malukah kita bangunan atau Pusat Hiburan dan Rumah Urut ditutup, sedangkan `kemaluan' atau aurat isteri kita `telanjang'? Jika sudah isteri sendiri pun tidak dapat kita kawal, apa cerita mahu kawal yang di luar sana? Itu cadangan sahaja."

Katanya lagi, sebenarnya itu kewajipan bukan di Bulan Ramadhan sahaja mahu menutup aurat. Tetapi, sekadar mahu melatih bini-bini mereka yang suka `bertelanjang' ini, eloklah bermula di Bulan Ramadhan.

"Gamaknya, Rosmah dan Shahrizat setuju tak? Dan, apa kata Harussani pula gamaknya" kata tulisan tersebut, walaupun itu hanya pandangan peribadi penulis. (AK)

Sumber Ibnu Hasyim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan