JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 6 Ogos 2010

MENTERI 5 X 2, 2 X 5 - KEDUANYA UMNO

TPM: Hishammuddin yang keluar arahan
Ogos 6, 10

Kementerian pelajaran hari ini menjelaskan bahawa menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertanggungjawab terhadap pekeliling yang menyenaraikan 57 ahli politik yang dibenarkan hadir pada majlis yang dianjurkan di sekolah-sekolah di Selangor.

"Pada masa tersebut, menteri pelajaran adalah Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bukannya Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata setiausaha akhbar Muhyiddin, Hafiz Abdul Halim dalam satu kenyataan faks hari ini.

Hafiz merujuk kepada laporan Malaysiakini bertarikh 4 Ogos lalu yang merujuk Muhyiddin sebagai menteri pelajaran yang bertanggungjawab terhadap pekeliling itu.

Pekeliling itu bertarikh 16 Februari 2009 manakala Muhyiddin hanya mengambil alih daripada Hishammuddin pada 10 April, tahun yang sama.

Menurut pekeliling itu, menteri pelajaran telah meluluskan senarai 57 pemimpin dari Umno, MCA, MIC dan Gerakan di Selangor yang boleh mewakili menteri pelajaran pada majlis di sekolah-sekolah di negeri itu.

Tindakan itu secara berkesannya berjaya menghalang pemimpin dan perwakilan Pakatan Rakayat daripada menghadiri majlis di sekolah yang dibidas mereka sebagai contoh sifat 'talam dua muka' pemimpin kerajaan persekutuan.

Malah ada wakil rakyat Pakatan yang mendakwa terpaksa menyampaikan sumbangan kewangan atau bantuan di luar perkarangan sekolah.

ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh berkata walaupun Pakatan adalah kerajaan negeri yang sah di Selangor, namun dia tidak dibenarkan melawat sekolah lamanya, SMK Subang Utama, sehingga campurtangan Persatuan Ibu-bapa dan Guru-guru. Alasan yang diberikan adalah hanya kerana dia dari DAP.

Surat daripada pejabat menteri pelajaran itu bagaimanapun langsung tidak menyentuh atau mengulas mengenai larangan pemimpin Pakatan Rakyat daripada menghadiri majlis di sekolah./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan