JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 14 Ogos 2010

NAJIB, JENAYAH, POLIS, SPRM......

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat adakah beliau tidak terlibat sama sekali dalam menyembunyi dan melindungi jenayah, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Hari ini, bertebaran pelbagai dokumen yang boleh menyebabkan Najib dituduh terlibat menyembunyi dan melindungi perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang yang dilakukan oleh seseorang yang disebut sebagai antara most notorious crony capitalists.

"Dokumen-dokumen itu juga boleh menyebabkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituduh tidak menjalankan tugas mereka dan mereka mestilah meletakkan jawatan," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Menurut Salahuddin, apa yang didedahkan dalam dokumen-dokumen itu bertentangan dengan cakap-cakap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed yang berkata akan meletakkan jawatan jika mana-mana aduan kepada suruhanjaya itu termasuk terhadap menteri kabinet tidak disiasat.

“Jika tidak ada siasatan dijalankan mengenai mana-mana laporan, walaupun terhadap menteri kabinet, saya sedia meletak jawatan,” katanya baru-baru ini.

Salahuddin mempersoalkan, adakah kenyataan Abu Kassim itu bermakna SPRM hanya menyiasat sahaja dan selepas itu tidak ada tindakan selanjutnya.

Ketika ditanya lebih lanjut mengenai pendedahan yang akan dibuatnya, Salahuddin hanya sekadar menyatakan bahawa beliau pernah menulis surat kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Parlimen Malaysia (PAC) tetapi tidak pernah mendengar sebarang tindakan yang sewajarnya telah diambil.

Sambil menyatakan bahawa dokumen-dokumen akan berada di tangannya Isnin ini, Salahuddin memberi jaminan bahawa beliau akan mendedahkan dokumen-dokumen itu kepada umum pada hari yang sama.

"Jika pendedahan dibuat pada Isnin ini, kerajaan perlu diingatkan bahawa rakyat tidak mahu lagi melihat satu lagi suruhanjaya siasatan seperti Suruhanjaya Diraja klip video VK Lingam di mana kita melihat semua pihak yang disebutkan kesalahan mereka dalam siasatan itu terlepas begitu sahaja tanpa sebarang hukuman," katanya.

Beliau bimbang perkara itu berlaku kerana pada masa ini sudah pun berlaku apa yang beliau lihat sebagai tindakan tolak-menolak antara SPRM dan polis./Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan