TIDAK semena-mena MB Selangor dikatakan mempunyai isteri No.2. Tergelak besar Tan Sri Khalid mendengar cerita yang dihebohkan oleh beberapa blog Pro Umno itu. Komen Tan Sri Khalid mudah sahaja, "Itu bloggers bodoh" katanya.
Mungkin kerana teruja dengan `kelebihan' Bung Mokhtar, maka Bloggers `bodoh' tersebut ingin menyamakan Tan Sri Khalid dengan Bung Mokhtar. Bukan Tan Sri Khalid tidak mampu dari segi zahir yang kita lihat untuk `memasang dua' bahkan jika beliau mahu dari dahulu lagi beliau boleh berbuat demikian kerana Tan Sri Khalid seorang jutawan sebelum menjadi MB Selangor. Tetapi Tan Sri Khalid bukan mahu memikirkan soal memasang bini dua, tiga atau empat. Beliau lebih suka melihat rakyat Selangor selesa dan senang di bawah pemerintahannya. Jika ada yang sudah senang nanti, mereka juga boleh menjadi seperti Bung Mukhtar, tapi bukan Tan Sri Khalid.
Nampaknya Bloggers Pro Umno juga hilang tumpuan dan arah untuk menyerang MB Selangor. Berbagai cara telah dilakukan untuk menjejaskan imej Tan Sri Khalid namun dengan bijak serta selamba saja segala serangan itu dipatahkan oleh Tan Sri Khalid. Sehebat Khir Toyo dan Noh Omar termasuk raja sesumpah Ezam tidak mampu untuk berdepan dengan MB Selangor, usahlah Bloggers yang menulis pun lintang pukang untuk mencuba. /mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan