JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 1 Ogos 2010

DAP SELANGOR BUKTIKAN KETELUSAN

DAP Pecat Tee Boon Hock

SHAH ALAM, 31 Julai (Bernama) -- DAP memecat Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock berkuatkuasa serta merta dipercayai berhubung isu salah guna kuasa membabitkan surat sokongan untuk mendapatkan kontrak MPK.

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.

"Saya sahkan perkara itu (pemecatan Tee)," katanya.

Selasa lepas, akhbar melaporkan seorang ahli majlis perbandaran didakwa menggunakan kepala surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.

Walaupun, akhbar tidak menyatakan identiti anggota majlis itu, ia menggambarkannya sebagai seorang veteran DAP berusia lingkungan 50-an dan pernah dua kali bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum lepas dan menganggotai lembaga tender Majlis Perbandaran.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan