JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 18 Jun 2010

RTM SILAP PASANG PERANGKAP

Desak Siasat Pembongkaran Kes, RTM Dicabar Siar Kenyataan Anwar

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak siasatan terhadap kes yang dibongkar Pakatan Rakyat diselesaikan terlebih dulu, sebelum ini mendesak beliau mendedahkan kebenaran Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ditawar RM2 juta untuk melompat parti.

Diasak wartawan radio RTM yang hanya dikenali sebagai Tukimin, Anwar sebaliknya berkata, pelbagai pendedahan sebelum ini dibuat oleh Pakatan Rakyat tapi siasatan hanya separuh jalan.

"Saya hendak tanya balik, saya sudah buktikan VK Lingam. Adakah ada tindakan? Saya telah buktikan video VK Lingam dan dibuktikan sah. Mengapakah tiada tindakan?

"Saya sudah buat kenyataan, saya akan keluarkan pada ketikanya," tegas Anwar mengenai pendedahan berkaitan sogokan RM 2 juta.

Bagai satu perbahasan di luar dewan, wartawan RTM itu cuba mengasak Anwar dengan alasan masyarakat luar mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan Anwar.

"You tanya Menteri You, mengapa tidak ambil tindakan VK Lingam dulu. Kemudian bila dia jawab, You tanya saya pula. Bila saya hendak keluarkan kerana bila saya hendak keluarkan, you kena tanya kepada menteri you, ada atau tidak hendak ambil tindakan?

Tukimin yang masih berdegil akhirnya dicabar oleh Anwar supaya mengeluarkan kenyataan beliau berhubung beberapa skandal rasuah yang masih belum selesai.

"Ya, saya cabar RTM sekarang keluarkan kenyataan saya.. ya berani atau tidak, keluarkan kenyataan saya. Ini wayang mereka... keluarkan PKFZ, apa tindakan? keluarkan PERWAJA, apa tindakan? Keluarkan skandal eurocopter, apa tindakan? Scorpene, apa tindakan? Laporan Audit Negara, apa tindakan?"

Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau akan memberi keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta- juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya./TVSelangor

1 ulasan:

  1. gua caya lu big brother anwar!!sudah manyak polis report haprak pun tarak tindakan.sudah manyak kali bawa parlimen kasi baca haprak niammah pun tarak angkut itu kes kasi baca.kasi baca kalu itu bodoh punya judge cakap tarak relevant.kasi cakap sama lu wartawan lagi kasi celita bohong punya tulis,manyak ganas punya tipu.1malaysia lies can be in many colours.

    BalasPadam