Ganjaran Jika Tangkap Pencuri Pasir, Kerajaan Selangor Enggan Tolak Ansur
Kerajaan Selangor menawarkan ganjaran RM5,000 kepada kakitangan Kerajaan, Ketua Kampung dan Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang membantu melumpuhkan kegiatan mencuri pasir di kampung mereka.
Insentif ini bertujuan menggalakkan golongan akar umbi untuk berganding bahu dengan kerajaan negeri dalam membanteras kegiatan mencuri pasir.
Inisiatif ini diumum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, di Shah Alam.
"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bermesyuarat hari ini bersetuju menawarkan ganjaran kepada mereka sebagai insentif kerana bersama-sama membantu kerajaan negeri membanteras aktiviti mencuri pasir yang membekalkan 75 peratus permintaan pasir di negeri ini.
"Mereka yang berjaya menahan jentera yang digunakan untuk mencuri pasir boleh menuntut ganjaran itu dari kerajaan negeri. Syarak dan peraturan ganjaran akan diumumkan dalam masa terdekat ini," kata Khalid.
Khalid berkata, kes penjualan dan penyelewengan pasir secara haram sudah berleluasa di negeri ini sejak tahun 1970-an lagi.
"Setakat ini, penjualan pasir secara halal hanya menguasai 25 peratus daripada pasaran yang bernilai 25 juta. jika kegiatan mencuri pasir ini berjaya dilumpuhkan, kita akan memperoleh pendapatan 75 juta setahun," katanya.
Khalid juga mengulang pendirian tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan ini.
"Kerajaan negeri mengulang pendirian tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan mencuri pasir dan tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat tidak mengira status atau pangkat termasuklah wakil rakyat, pegawai kerajaan atau keluarga mereka," katanya./TVSelangor

beeeeeetui kaaaaaa.......????? kita tunggu dan lihat nanti, sapa yang kenaaaaa...!!!!!
BalasPadam