JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 9 Jun 2010

BENARKAH NAJIB HEBAT SEKARANG ?

MAKA, malam tadi gegak gempita TV3 dan juga semua media elektronik pengampu Najib membuat ulasan dan berita tentang hebatnya Najib. Kehebatan Najib hanya berdalilkan kajian yang dilakukan seperti yang dilaporkan di sini. Kaum yang tertinggi mengakui kehebatan Najib adalah kaum India, kemudian Melayu dan China.

Adakah dengan keputusan kajian ini menjadikan Najib berani untuk berdepan lagi dengan Justify Fullmana-mana pilihanraya? Kita pernah mendengar kajian seperti ini dibuat sewaktu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor dan juga di Sibu baru-baru ini di mana mereka membuat kajian yang menunjukkan keputusan kajian yang jauh berlainan dengan hakikat sebenar. Justeru itu, tidak menghairankan kajian terhadap Najib ini tidak memberi apa-apa erti.

Malahan, tiada apa satu pun yang boleh rakyat nilai tentang prestasi Najib selaku PM. Bahkan, Najib dilihat gagal sepenuhnya menguruskan negara dengan berbagai skandal serta isu yang tidak mampu Najib jawab secara telus. Banyak keputusan dan dasar kerajaan sekarang tidak lagi konsisten dan sering berubah-ubah. Najib terlalu banyak membohongi rakyat dengan dasar yang selalunya tidak muktamad. Contohnya seperti MEB yang dicanangkan sebagai pengganti DEB juga dikatakan belum muktamad setelah ditentang hebat oleh orang-orang Melayu. Isu lesen judi bola sepak juga dikatakan oleh Najib belum muktamad, sedangkan kita telah pun dimaklumkan oleh Tokeh Judi yang terlibat bahawa lesen tersebut telah pun diluluskan.

Bagaimana mungkin sebuah kerajaan yang melantik Menterinya yang banyak dikalangan Senator boleh dianggap baik? Senator bukan mewakili rakyat, sedangkan Najib melaung-laungkan rakyat didahulukan. Begitulah tunggang langgang pentadbiran Najib seolah-olah beliau kini hilang idea dan arah lagi untuk memimpin negara ke arah yang lebih baik. /mandor.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Melayu bukan lagi kaum majoriti di Malaysia, tak sedar-sedar lagi ke?
    Cuba ikut macam Chua Tee Yong anak Chua Soi Lek.
    Di atas keberanian dia meliwat semua Ahli Parlimen Melayu dalam persidangan Parlimen pada 16 Mac lalu, MCA hadiahkan dia jawatan Timbalan Menteri!
    Bacalah kisah kehebatan dia di www.merdeka-online.net.
    Orang Melayu sekarang dah lumpuh ke… tidur ke?
    Jangan asyik nak jadi mandor saja...kerja lah sikit!

    BalasPadam