JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 26 April 2016

PRN Sarawak: Pengerusi DAP S’wak gesa terus sokong calon KEADILAN

KUCHING 26 APRIL: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mahu penyokong parti itu menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) khasnya di kawasan DAP tidak meletakkan calonnya.

 
 
Jelasnya ini kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini mempunyai misi untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbandinguntuk kepentingan parti semata-mata tetapi

“Ini (PRN) adalah pertarungan proksi untuk Najib. Ini kerana kerjaya dan masa depan politik beliau amat bergantung kepada keputusan pilihan raya Sarawak, tambahan ini adalah pilihan raya pertama selepas pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan),” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau mengemukakan borang penamaan calon untuk kerusi Kota Sentosa di pusat penamaan calon, Perpustakaan Awam Kota Sentosa dekat sini, semalam.

Chong, 45, bakal bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN) Wilfred Yap daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak PRN Ke-9 (2006).

Sementara itu, dalam perkembangan serupa, Pengerusi KEADILAN negeri, Baru Bian turut mahu rakyat negeri itu bersatu dalam usaha menyerang dan menumbangkan BN dengan terus meraih sokongan rakyat.

“Kami nyatakan sekali lagi bahawa musuh kita yang utama ialah Barisan Nasional.

“Kami gesa warga Sarawak untuk mengundi dengan bijak dan memilih calon yang telah bekerja keras selama ini dan mempunyai peluang lebih cerah untuk menang,” katanya dalam satu kenyataan media.
 
Sumber:  Keadilan Daily 

1 ulasan:

  1. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    BalasPadam