JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 4 November 2013

PAS WAJIB MENANG DI SG LIMAU

Peduli apa aku PAS menang dengan majoriti berapa pun.  Peduli apa aku Umporno kalah dengan majoriti berapa pun.  Yang aku mahu ialah Umpono spesis Apco ini kalah dan terus kalah sampai bila-bila.  

Sikit pun aku tak rasa parti keris telanjang tu adalah parti Melayu, jauh sekali nak sebut parti itu parti berjuang untuk Islam.  Lojik akal, kalau sudah bini pemimpin Umporno pun telanjang (tak tutup aurat) bolehkah kita nak harapkan dia jaga Islam?  Nak berjuang apa kalau nak suruh atau perintah bini pun takut?

Ada puak lembu kondo ni kata bab aurat bini tu antara dia dengan Allah.  Ini hujah bodoh.  Patut pun puak tu mentekedarah duit rakyat, rasuah dan sebagainya sebab hujah mereka dosa itu antara mereka dengan Allah.  Sikit pun tak takut dengan hukum Allah.  Orang macam ini kita nak harapkan jaga bangsa kita?  Ugama memang tak boleh jaga dah.  Nak jaga bangsa sendiri pun tak boleh.

Aku pelik masih ada tok imam kampong yang memuja pemimpin macam ini.  Takkan kerana dapat elaun tok imam pun sudah tak tahu menilai pemimpin yang bercirikan Islam.  Tak jalan hukum Islam pun sekurang-kurangnya nampaklah sikit zahirnya Islamik.  Zahir pun tak nampak, jangan nilai Islam di dalam hati mereka.

Pada aku, PAS wajib menang di Dun Sg Limau.  Takde sebab rakyat di sana mahu pilih dacing baghdad.  Allah dan tunjuk depan mata perangai puak munafik penipu besar itu.  Takkan nak pilih lagi? 

1 ulasan:

  1. Ulasan Putrarahman.
    Kalau nak baca lanjut kajian ilham centre di Kuala Besut booleh baca di :SINI. Kalau nak baca kajian lanjut Ilham Centre PRK Sungai Limau baca di :SINI
    Sebagaimana kita sedia maklum bahawa BN telah berjaya memenangi PRK Kuala Besut dengan majoriti yang bertambah berbanding PRU13 dahulu. Kalau di PRK Kuala Besut, Ilham Centre memberikan 71 % kepada PAS tetapi di Sungai Limau mereka hanya memberikan 55% sahaja kepada PAS.
    Dari segi calon pula, di Kuala Besut Ilham Centre memberikan 71% untuk calon PAS dan 14% untuk calon BN.
    Di PRK Sungai Limau Ilham Cenre memberikan 50% untuk calon PAS dan 38% untuk calon BN.
    Kalau dilihat kepada kajian ini di Kuala Besut, jelas bahawa ianya jauh tersasar daripada keputusan yang sebenarnya. Dari kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre di Sungai Limau ini dan dibandingkan dengan kajian mereka di Kuala Besut, adakah di Sungai Limau juga akan memberikan keputusan yang sebaliknya seperti Kuala Besut? Adakah BN bakal menang besar di PRK Sungai Limau? Memang hamPAS pun.

    BalasPadam