JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 27 November 2013

MAT SABU MENANG, NIK AMAR TIDAK MALU TETAPI HASAN JATI YANG TEBAL MUKA

Lega bila Mat Sabu menang.  Lega juga bila Suhaizan Kayat menang, dan teruja bila Us Tuan Ibrahim kembali ke Kerusi Naib Presiden PAS.  Sebelum ini aku ada tulis betapa sokong Nik Amar, ertinya setuju untuk kemasukan Hasan Jati.  Baca di SINI.

Silap besar Hasan Jati adalah terlalu cepat berkempen untuk masuk semula PAS setelah dipecat, dan kempen beliau dengan menumpang nama golongan Ulamak ternyata menyusahkan golongan ini.  Mangsanya Nik Amar tewas kepada Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS.  

Aku dapat rasakan betapa meluap marahnya para penyokong Nik Amar terhadap Hasan Jati.  Angkara kempen Hasan Jati yang menyebut jika golongan Ulamak menguasai kepimpinan PAS beliau akan masuk semula ke dalam PAS, kempen bodoh seperti itulah salah satu faktor tumbangnya Nik Amar kepada Mat Sabu.  Di dalam PAS, bukan aktivis atau profesional sahaja yang meluat dengan Hasan Jati, golongan Ulamak pun bukan semua suka dengan 'seluruhhhhnyaaa' perangai Hasan Jati ini.

Andainya Hasan Jati duduk diam-diam jangan gatal mulut nak ulas pemilihan parti yang telah memecatnya itu, mungkin kedudukan Nik Amar tidak sesukar yang dialaminya baru-baru ini.  Lagipun undi yang diperolehi oleh Nik Amar tidak jauh sangat berbanding dengan undi yang diperolehi oleh Mat Sabu, tetapi angkara gatal mulut Hasan Jati maka Nik Amar terpaksa terima padah.

Menangnya Mat Sabu, maka Hasan Jati kena tunggu dua tahun lagi untuk berkempen menyertai PAS semula.  Itu pun jika pemimpin-pemimpin PAS yang tidak mahu tewas angkara Hasan Jati benarkan beliau bersuara.  Hakikatnya, kemenangan Mat Sabu satu tamparan hebat dan memalukan terhadap Hasan Jati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan