JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 1 Ogos 2009

TANGKAPAN DEMO DAN PRK DUN PERMATANG PASIR

Oleh: Mandor.blogspot.com

SEHINGGA artikel ini ditulis, difahamkan seramai 67 orang peserta demontrasi anti Akta ISA telah ditahan di sekitar KL. Jumlah ini dijangka meningkat dan mungkin akan menambahkan rekod tangkapan oleh pihak berkuasa. Biar pun negara ini tidak boleh meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyatnya, tapi kita boleh berbangga dengan peningkatan jumlah tangkapan kepada rakyat sendiri Ini lah kelebihan negara SATU MALAYSIA yang diimpikan oleh Najib. Syabas Najib, jasamu dikenang.

PRK Dun Permatang Pasir akan diadakan akibat kematian Allahyarham YB HJ Hamdan. Apa yang pasti, wakil dari PAS akan bertanding di kerusi tersebut dan lawannya tidak lain tidak bukan adalah parti yang hampir lapok yang sentiasa menyokong kezaliman akta ISA iaitu Umno. Umno baru-baru ini telah selamat disemadikan di Manek Urai. Luka mereka di Manek Urai mungkin kurang parahnya tidak seperti di Bukit Gantang atau di Kuala Terengganu. Tetapi, apakah di Permatang Pasir Umno masih mampu mengelakkan dari mengalami luka yang parah sebelum sekali lagi ditalkinkan? Kita menanti keputusan di sana nanti.

Hakikatnya, Umno akan berdepan dengan isu yang sekarang ini berlaku di sekitar KL. Kezaliman ke atas peserta-peserta demo Anti ISA yang semakin rancak sekarang ini akan menjadi `pembunuh kejam' kepada Umno di Permatang Pasir. Silap besar jika Umno ingin bertanding di Permatang Pasir. Umno dilihat bertambah cerdik jika mengambil keputusan menarik diri dari bertanding di Permatang Pasir nanti. Bukan sukar untuk mencari alasan untuk Umno tidak bertanding. Gunakanlah alasan yang sama seperti Umno lakukan sewaktu menarik diri dari PRK Penanti sebelum ini.

Semangat PR semakin tinggi. Terlalu banyak isu akan dijaja di Permatang Pasir. Mampukah Umno menjawab isu tentang kematian Mendianf Beng Hock? Apakah Umno bersedia untuk berhujah betapa keganasan tidak dilakukan di dalam perhimpunan Anti ISA yang sedang berlangsung sekarang? Dan, masih banyak lagi isu yang pastinya membuatkan Umno sekali lagi terpaksa menggunakan media mereka di samping segala jentera kerajaan termasuk kewangan untuk menghadapi PR nanti. Jambatan emas apakah yang bakal diumumkan di Penanti nanti? Apakah bertambah lagi `anak emas' atau `anak angkat' Umno selepas Manek Urai? Atau, berapakah jumlah jentera Umno yang akan menjadi penoreh getah, nelayan mahu pun pencuci pinggan `sukarela' di Permatang Pasir nanti? Ini akan kita lihat nanti./Kembali ke Laman Utama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan