JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 19 November 2010

BEKAS PEGAWAI TENTERA BIDAS ZAHID HAMIDI

Kurang patriotik: Bekas tentera bidas Zahid Hamidi

Joseph Sipalan
Nov 18, 10

Apabila Laksamana (B) K Thanabalasingam bersetuju menjadi panglima tentera laut negara yang pertama, tidak terlintas di fikirannya bahawa kesetiaannya kepada negara akan dipersoalkan.

NONEBeliau yang mengetuai operasi tentera laut dan dipertanggungjawab melindung keselamatan Malaysia daripada pelbagai ancaman antara tahun 1960-an hingga 1970-an terguris dan tergaman apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang berkata masyarakat bukan Melayu kurang semangat patriotik kerana tidak berminat menyertai angkatan tentera.

“Saya tak faham, bagaimana kenyataan itu boleh dibuat... saya telah melalui banyak perkara dan saya tidak peduli siapa yang berkata demikian, ia menguris perasaan saya. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia dan saya bercadang untuk mati di sini,” kata Thanabalasingam.

Veteran tentera berusia 75 tahun itu memegang jawatan tertinggi tentera laut selama sembilan tahun satu bulan sebelum bersara pada Januari 1977 berkata tidak pernah timbul kurang patriotik di kalanagn bukan Melayu dalam mempertahankan negara.

Beliau mengimbas zaman mudanya ketika bersama rakan-rakannya berbangsa Melayu berjuang bersama tanpa mengira mereka dalam tentera laut, darat, udara ataupun pasukan polis - menghalau kebangkitan komunis selama tiga dekad daripada 1950-an hingga ia berakhir pada 1989, perjuangan semasa mempertahankan Malaysia semasa Konfrontasi dengan Indonesia daripada 1963 hingga 1966.

Konfrontasi

“Malah semasa konfrontasi, banyak pertempuran di Selat Singapura dan Selat Melaka. Ketika itu, dua pegawai saya dianugerahkan pingat PGB (Panglima Gagah Berani), iaitu anugerah paling tinggi untuk keberanian kerana meletupkan Operasi Komando Kor Indonesia (KKO) semasa kami diserang.

“Seorang pegawai berbangsa India yang kemudiannya bersara sebagai laksamana pertama, manakala seorang lagi berbangsa Serani juga bersara sebagai laksamana pertama. Mengapa mereka diberi PGB? Kerana keberanian ketika bertugas,” katanya dengan nada marah bercampur kesal.

Bagi Brig Jen (B) Datuk Goh Seng Toh pula, beliau lebih lantang dalam bidasannya dan menyifatkan kenyataan Zahid itu sebagai “tidak adil, bodoh dan rasis”.


NONEGoh, 65, berkata sebelum sesiapa menuduh bukan Melayu tidak rela berkhidmat dengan angkatan tentera, mereka, khususnya pemimpin negara perlu menunjukkan teladan tentang apa yang mereka perkatakan itu.

“Dia (Zahid) menyalak pada pokok yang salah... jika awak bercakap mengenai patriotisme, saya ada satu soalan; adakah anak-anak menteri kita menganggotai angkatan tentera? Jika tidak, hujah yang sama terpakai untuk mereka, kenapa hanya mensasarkan orang Cina?

"Saya ditembak dua kali oleh pengganas komunis di Betong di sempadan Thai-Malaysia. Saya nyaris terbunuh lebih dari satu kali tetapi tidak pernah kecut. Jika siapa-siapa yang persoalkan semangat patriotik saya, saya marah,” kata veteran tentera yang telah berkhidmat 35 tahun untuk negara itu.

Kedua-dua pegawai tentera kanan itu setuju bahawa isu kurang anggota bukan Melayu dalam angkatan tentera bukan kerana kesetiaan mereka tetapi lebih menjurus kepada cabaran di dunia moden ini.

Thanabalasingam berkata golongan buka Melayu lebih mengambil berat berhubung prospek kerjaya mereka. Ini kerana persepsinya ialah golong bukan Melayu seringkali diketepikan apabila peluang kenaikkan pangkat dalam pasukan tentera itu.
Naik pangkat

“Hari ini, orang ramai lebih berminat dengan kerjaya. Sekarang ini, mereka sertai tentera dan bukan hanya ikut arahan sahaja. Mereka mahu lihat apa peluang mereka, bolehkah gaji mencukupi bagi sara keluarga, beri pendidikan kepada anak-anak.. besarkan mereka dengan selesa.


military tentera askar soldier malaysia 260307 wataniah“Jika keadaannya betul, mereka akan sertai. Angkatan tentera mesti membuktikan mereka menjanjikan masa depan dan prospek yang baik kepada anggotanya serta tiada diskriminasi dalam kenaikkan pangkat atau mengikuti kursus khas di luar negara,” katanya.

Goh berkata angkatan tentera juga gagal menangani persepi bahawa bangsa seseorang anggota diambil kira semasa proses kenaikkan pangkat.

"Terdapat elemen kebenaran dalam kenyataan itu, kecuali awak berkata semua orang Cina yang menyertai angkata tentera tak bagus. Ini tidak benar kerana kebanyakan mereka bagus dan cekap tetapi mereka tinggalkan angkatan tentera kerana peluang naik pangkat tidak cerah.”

Goh, yang dinaikkan pangkat ke Brig Jen pada 1997 – tiga tahun sebelum beliau bersara - berkata antara sebab lain kurangnya askar bukan Melayu dalam ketenteraan negara adalah kerana sebahagian besar Angkatan Tentera Malaysia diwakili oleh Rejimen Askar Melayu Diraja.

military malaysia army tentera 131106 dress uniform"Tiada seorang pun bukan Melayu boleh menganggotainya. Tiada Cina, India, Iban atau mana-mana bangsa boleh sertai rejimen ini. Awak mesti jadi Melayu (untuk menyertai RAMD).

“Saya tidak tahu banyak mana rejimen seumpama itu, tetapi andaikan ia mewakilinya 50 peratus daripada tentera negara, cuma ada peluang 50 peratus lagi kepada bangsa-bangsa lain dan ini pula kebanyakannya dalam bahagian perkhidmatan dan sokongan tentera,” katanya.

Namun menurut, Thanabalasingam beliau yakin rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama akan bersatu dan menawarkan diri mempertahankan negara jika keselamatan Malaysia terancam.

“Jika kita berperang hari ini, saya akan tawar diri melakukan apa yang terdaya, walaupun saya kini berjalan menggunakan tongkat, ramai juga akan buat demikian untuk mempertahnkan negara,” katanya./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan