JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 11 November 2010

ZAID DISOKONG BLOGGER KERANA ZAID TIADA PUBLISITI? BETUL KE?

Terbaca aku kat blog rakan orang kuat PR mungkin khususnya orang kuat PKR. Setiap postingnya sejak kebelakangan ini sememangnya seperti pro Zaid Ibrahim. Itu tidak menghairankan kerana blog aku ini pun pro Azmin dan Chegu Bard. Biarpun ada yang berkata Chegu Bard bukan `team' Azmin, namun aku yakin dengan kata-kata Chegu Bard bahawa beliau tiada `kem' dan menganggap pertandingan ini adalah pertandingan adik beradik.

Lagi pun blog ini blog aku, maka tentulah aku akan lahirkan siapa yang aku sokong. Kebetulan pula aku adalah penyokong PR samada PKR mahu pun PAS. Aku kurang menulis pasal DAP, tetapi aku gembira bila DAP pun sokong PAS. Mulanya aku berpendirian bahawa aku menyokong Azmin tidak bererti aku tidak suka Zaid jauh sekali Sdr Mustafa Kamil. Andainya Zaid menang juga, aku nekad akan menerima keputusan itu walaupun harapan aku jika Azmin tewas, Sdr Mustafa Kamil akan menang. Itu dulu.

Sekarang aku berubah pendirian kerana Zaid telah tunjukkan siapa dia sebenarnya di dalam PKR. Bukan kerana Zaid kritik parti atau pemimpin, tetapi aku tidak boleh bersekongkol dengan beliau yang tunjuk hebat meminta Anwar dan Azmin keluar dari politik. Lebih aku tidak boleh terima sehingga nak termuntah apabila Zaid mengaku beliau boleh menggantikan tempat Anwar. Itu lah sebabnya Zaid kini aku iktiraf sebagai `musuh' walaupun dia masih menebalkan muka berada di dalam PKR. Aku berdoa agar Zaid tinggalkan PKR dan tubuhkan partinya sendiri untuk menilai sejauh mana beliau boleh bertahan.

Buat Sdr Mustafa, aku rasa terlalu lama masa 48 jam itu untuk beliau `ugut' parti. Patutnya memadai 1 jam atau separuh hari sudah cukup untuk beliau melihat samada parti ini bersedia atau tidak `melutut' dengan kemahuan tokoh lama yang tewas di Cabangnya sendiri itu.

Ada teman menulis di dalam blognya mengatakan beliau `terpaksa' mempertahankan Zaid kerana Zaid tidak diberi ruang di dalam media kepunyaan parti seperti Suara KeADILan. Berapa kerat yang baca akhbar parti ini yang sudah berbulan aku sendiri tidak jumpa di pasaran akibat digantung permit? Melucukan bagi aku alasan beliau itu. Sebenarnya Zaid lah calon yang paling hebat mendapat publisiti dari media perdana seperti Utusan, TV3 dan RTM sejak kebelakangan ini. Semua kata-kata Zaid mendapat `high light' dari media pencacai itu. Berita untuk Azmin? Jangan harap melainkan yang buruk-buruk sahaja. Zaid pada pandangan media pencacai ini sudah sama seperti `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru kalaupun tidak seperti Ezam sesumpah yang amat laku suara mereka. Kalau tak percaya tonton berita hari ini atau baca akhbar pencacai hari ini, mesti ada cerita yang mereka kutip dari mulut Zaid.

Azmin amat ketinggalan dari segi publisiti. Media alternatif tidak banyak membantunya, jauh sekali media pencacai kerana media pencacai ini hanya layak buat si pencacai sahaja. Jadi, hujah teman aku tu hujah yang dangkal semata-mata untuk melindungi dirinya dari diketahui sebagai penyokong tegar Zaid dan anti azmin, Itu saja./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan