JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 13 November 2010

SEKRETERIAT JPP DI `KAMBING HITAMKAN'?

Pemilihan 2010 Tetap Diteruskan, Jangan Jadikan Sekreteriat, JPP Kambing Hitam

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan tetap meneruskan proses Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 yang kini memasuki pusingan terakhir walaupun timbul aduan berhubung dakwaan berlaku penyalahgunaan kertas undi.

Justeru itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan calon-calon yang bertanding supaya tidak mengkambinghitamkan Sekretariat dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sekiranya mereka mempunyai sebarang rasa tidak puas hati terhadap proses pemilihan.Sebaliknya mereka digesa membuat aduan secara rasmi kepada JPP supaya tindakan susulan boleh diambil dengan segera.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang menafikan dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pemilihan jawatan Timbalan Presiden yang turut membabitkan pengawas JPP.Ini kerana pihak JPP telah menggunapakai enam daripada tujuh cadangan calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim bagi memastikan ketelusan proses pemilihan.

"Surat Datuk Zaid bertarikh 5 Oktober menyarankan tujuh cadangan antaranya membenarkan calon melantik wakil calon dan agen pengundian (Paca) di setiap pusat mengundi, kertas undi bernombor siri bagi mengelak digunapakai berulang kali, peti undi mesti lutsinar, hanya senarai ahli sah diguna, ruang membuang undi berasingan, masa undi dipatuhi serta, ahli yang membayar yuran semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang berhak mengundi." Daripada tujuh cadangan Datuk Zaid kita telah laksanakan enam kecuali peti undi lutsinar sebab harganya mahal. "

Saifuddin merujuk kepada kekalahan beberapa tokoh dan pemimpin parti tetapi mereka tetap setia dan bekerja keras untuk KEADILAN. "Datuk Kamarul Baharin Abas, bekas Setiausaha Agung, bekas Bendahari Agung, Ketua KEADILAN Negeri Sembilan kalah kepada YB Ravi tapi beliau terima keputusan dan terus bersama parti. "Elizabeth Wong kalah di PJU, dia buat aduan tapi bertenang sementara aduan disiasat. Lim Soo Nee kalah di Kulim Bandar Baru tapi masih jalankan tugas parti dengan baik. "Rodziah kalah di Shah Alam tapi bergelumang membantu parti semasa pilihan raya, tidak seperti sesetengah calon yang batang hidung pun tak nampak," kata Saifuddin lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan