JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 9 November 2010

MEREKA TUDUH, SAIFUDDIN JAWAB....TAK PUAS HATI LAGI?

Zaid letak jawatan sebab pemilihan parti PKR tidak telus.

Persoalannya, benarkah pemilihan tersebut tidak telus?




Dalam tulisan blognya, Haris mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa calon tertentu boleh membeli kertas undi dan seterusnya pengawas pemilihan PKR boleh memanipulasi peratusan keluar mengundi dengan menggunakan kertas undi berkenaan.

Beliau yang juga seorang peguam mendakwa sebanyak 1,000 kertas undi yang tidak digunakan minggu lalu boleh dibeli dan digunakan semula dalam pusingan pengundian berikutnya.

Menjawab dakwaan tersebut Saifuddin berkata setiap cabang akan dibekalkan kertas undi pada jumlah yang terhad dengan nombor siri masing-masing yang tidak boleh digunakan di mana-mana cabang lain.

Malah kata beliau warna pada kertas undi juga berbeza setiap minggu.

"Ini adalah kertas undi untuk minggu pertama, berwarna putih manakala untuk sekarang, kertas undi untuk minggu ini berwarna biru jadi kalau Haris dapat seribu kertas undi berwarna putih, boleh tak dia gunakan untuk minggu ini?

“Parti ingin memaklumkan semua ahli ahli dan calon-calon bertanding bahawa kesemua kertas undi yang sudah digunakan minggu lalu, tidak boleh digunakan lagi minggu ini ataupun pada minggu depan,” kata Saifuddin dalam sidang media tergempar di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana petang semalam. /Tranungkite

http://suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=461:pemilihan-mpp-2010-telus-kertas-undi-punyai-ciri-keselamatan-ketat&catid=2:terkini&Itemid=2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan