JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 9 November 2010

ZAID MASIH PUNYAI PELUANG, BLOGGER JANGAN MERACAU TIDAK TENTU PASAL

ADA Blogger marah-marah bila Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussin menyebut terdapatnya Blogger dan media yang menjalankan tugas Umno untuk menghancurkan parti. Seperti makan cili terasa pedas lagaknya Blogger yang marah-marah itu. Blogger ini sentiasa mencari jalan untuk menyalahkan JPP dan juga Setiausaha Agung PKR, bahkan termasuk menyalahkan DS Anwar kununnya tidak berlaku adil menjalankan pemilihan di dalam parti sekarang.

Di sebalik kecaman terhadap JPP termasuk kecaman terhadap DS Anwar, lebih-lebih lagi fitnah berbagai bentuk terhadap YB Azmin, Alhamdulillah, ahli-ahli masih lagi waras untuk mengenali siapa di belakang Blogger ini. Sehingga ke satu tahap Blogger yang terlalu fanatik terhadap Zaid Ibrahim ini menyarankan jika perlu gugurkan DS Anwar dari memimpin PKR, maka lakukan sahaja kerana DS Anwar bukan `maksum' katanya. Kita juga mahu tahu siapa pula yang mereka mahu untuk menggantikan tempat DS Anwar ini ? Siapa orangnya yang `maksum' itu? Zaid Ibrahim kah?

Semua orang bersetuju agar pemilihan kali ini berjalan dengan telus dan adil. Tidak ada gunanya YB Azmin menang jika kemenangannya berunsurkan rasuah atau sikap berat sebelah oleh parti. Begitu juga tidak guna Zaid Ibrahim menang kerana berita fitnah yang dijaja untuk menjatuhkan YB Azmin. Blogger ini memberi amaran agar parti tidak memperlekehkan Blogger sepertinya kerana orang seperti beliaulah yang banyak membantu parti sejak awal lagi katanya. Adakah Dr Syed Hussin memperingatkan kita agar tidak mempercayai Blogger `tukang karut' ini maka bererti Dr Syed Hussin memperlekehkan kesemua Blogger? Jangan terasa kawan, Dr Syed Hussin hanya mengingatkan agar ahli menjauhi Blogger atau media perosak parti yang menulis cerita tahyul. Itu saja, jangan terasa jika tidak melakukannya.

Saya amat gembira jika pemilihan parti dilakukan semula sekiranya terbukti ada berlaku salah laku sepanjang pemilihan ini. Tetapi jika semata-mata untuk memenuhi hasrat mereka yang terang-terang tidak berpuas hati kerana calon yang disokongnya tidak mendapat undi yang mencukupi, lebih baik parti tidak melayaninya. Jika kita terus melayan puak seperti ini, akan ada lagi tuduhan dari puak yang satu lagi kerana tidak berpuas hati. Sampai bila pemilihan ini harus dibuat berulangkali?

Setiausaha Agung Parti telah pun menjawab apa jua yang ditimbulkan, namun ada yang tidak berpuas hati. Mereka tidak puas hati kerana Setiausaha Agung tidak menjawab isu yang tidak wujud, lebih tepat lagi sebagai fitnah atau persepsi semata-mata. Oleh yang demikian, biarkan saja mereka merapu dengan tuduhan dan hayalan mereka.

Apa yang penting, parti mesti fokus dengan pemilihan ini secara telus dan adil. Jika ada aduan beserta bukti yang kukuh, maka siasatlah dengan adil. Sekiranya keadilan telah dilaksanakan, terimalah apa jua keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli kerana mustahil kita akan mempunyai tokoh yang `maksum' untuk memimpin parti ini menuju ke Putrajaya./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan