Azmin Ali nampaknya masih percaya kepada Pas yang akan menyokong calon-calon PKR di dalam PRU14 nanti. Sebab itu Azmin masih mahu Pas berada di dalam kerajaan Selangor walaupun Pakatan Harapan telah wujud. Pakatan Harapan tiada kaitan di Selangor. Itu kata Azmin.
Aku tak tahu samada tindakan Azmin ini akhirnya akan memakan diri beliau sendiri. Dia tahu rakyat sudah semakin menjauhi Pas kerana kepimpinan Pas sekarang bukan lagi dipandu oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Pas sekarang dikendalikan oleh Hj Hadi, manakala Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din pula banyak membisu tidak seperti Mursyidul Am sebelum ini. Boleh dikatakan Pas 100% ditentukan oleh Hj Hadi.
Jika Azmin betul-betul sayang dan kasihkan Anwar sebagai idolanya, menyimpan orang yang sering memusuhi batang tubuh Anwar adalah satu tindakan pelik. Hj Hadi dikenali sebagai orang yang tidak begitu suka dengan Anwar. Bahkan isteri Anwar pun Hj Hadi boleh kata tidak layak untuk jadi pemimpin. Namun, Azmin masih percaya Pas tidak akan khianat dengan PKR.
Aku cuma mahu berpesan dengan Azmin, jika beliau mencatatkan sejarah sebagai MB yang paling singkat, jangan salahkan sesiapa. Beliau jangan anggap dengan kekayaan Selangor beliau boleh beli segala-galanya. Kini dikhabarkan sudah ada gerakan untuk menyerang Azmin. Apakah berbaloi kerana berkasih sayang dengan Pas maka karier politiknya akan gelap?
a漫卡通
BalasPadamh漫卡通
做愛影片
h漫卡通
裸聊視訊聊天
情色視訊聊天網
免費a片卡通影片
性感白領少婦
h漫卡通a漫卡通