JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 4 Julai 2009

DAP MERAJUK, BENCI TAPI RINDU

Oleh: Mandor

DAP sekarang merajuk kat Pas di Kedah. Biasalah bila ada yang rasa tak kena atau puas hati, merajuk lah sekejap. Sekarang ni ada yang tengah pujuk dari pemimpin DAP juga. Kalau kira tak puas hati, banyak yang kita tak puas hati, maklumlah rumahtangga baru dibina. DS Anwar tu sampai disuruh letak jawatan dari Ketua Pembangkang oleh Karpal Singh, tapi tokoh reformasi tu tenang je pasal beliau tahu asam garam politik ni. Cuma, yang masih mentah dan tak tahu selok belok politik dan taktik lawan je yang cepat sangat nak merajuk.

Aku tabik sangatlah dengan PKR Kedah yang tidak mudah melatah dalam isu ini. Kalau PKR fikir nak kuasa dan jawatan, tentunya PKR Kedah dah terpedaya dengan Umno/Bn agar turut bersama DAP Kedah keluar dari PR di Kedah. Tapi, bukankah khianat namanya tu? Aku pun tabik juga dengan MB Kedah dari Pas yang tidak mudah juga melenting dengan karenah DAP ni. Biarkan je Umno/Bn di Kedah berangan-angan untuk melihat kerajaan PR di Kedah tumbang. Mereka sudah tidak ada kekuatan lagi melainkan boleh bangun sekiranya kita PR jatuh. Itu je.

Aku yakin semua isu di Kedah akan selesai. Umno/Bn pasti akan menggigit jari lagi kali ini. Kalau ditakdirkan juga DAP Kedah keluar dari PR di Kedah, kita sama-sama lihat apakah tindakan mereka itu menguntungkan parti DAP atau tidak. PKR dan Pas tetap berpegang pada janji pimpinan utama masing-masing. Ini yang buat Umno/Bn senak perut. /mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan