JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 14 Julai 2009

UMNO, MENANG PUN TAK BERMARUAH, KALAH LAGI TAK BERMARUAH

Oleh: Mandor.blogspot.com

PAGI ini maka bermulanya perang di antara Umno dan Pas di Manek Urai. Sepanjang kempen berjalan jelas kelihatan jentera Pas lebih bersemangat dengan dibantu oleh rakan-rakan di dalam PR. Semua pimpinan PR hadir menunjukkan komitmen untuk membela rakyat di Manek Urai, berbanding dengan Umno yang saban hari menunjukkan muka yang sama dengan modal yang sama serta pendengar ceramah yang sama juga. Di mana Presiden Umno atau PMR (Perdana Menteri Rakyat) di Manek Urai? Itu cukup menunjukkan betapa Umno tidak memandang serius pilihanraya kecil ini dan bukti nyata bahawa Umno tidak serius untuk membantu rakyat di Manek Urai.

Najib punya alasan besar jika kalah di Manek Urai. Sudah tentu Timbalan beliau yang sepanjang berada di Manek Urai yang merepek tidak tentu hala itu akan dipersalahkan jika Umno kecundang. Najib ingin mengikut contoh bagaimana Pak Lah melakukannya sewaktu di dalam PRK Parlimen Permatang Pauh dan K.Terengganu dulu. Beliau dilihat gagal di dalam tugasnya memimpin jentera Umno ketika itu. Tetapi, sekurang-kurangnya Pak Lah berani juga turun berdepan dengan rakyat di Permatang Pauh dan di K.Terengganu. Di Manek Urai, dengan slogan `rakyat diutamakan', Najib tidak mahu bertemu rakyat. Apakah ada sesuatu yang menyebabkan Najib takut ke Manek Urai? Masakan baru digertak oleh Tuan Guru Nik Aziz pasal debat pun Najib sudah tidak berani ke Kelantan? Atau, mungkin Najib tidak sanggup melihat poster Altantuya di Manek Urai? Setahu aku tiada poster tersebut di sana kerana rakyat di Manek Urai hormati Najib dan mereka tahu apakah `kepantangan' Najib ni.

Apa pun keputusan menjelang malam nanti sudah terpahat bahawa Umno tidak lagi bermaruah bertanding di dalam pilihanraya. Ugutan pembangunan dan sogokan sebuah jambatan jika Umno menang terang-terang berunsur rasuah. Maknanya, jika Umno menang sekalipun walau dengan satu undi, kemenangannya jelas tidak bermoral dan bukan kemenangan sebagai 1anak jantan'. InsyaAllah, jika Umno kalah walau satu undi pun, kekalahannya lebih tidak bermoral kerana dengan kekalahan tersebut sudah pasti jambatan yang sepatutnya menjadi hak rakyat itu akan dibatalkan. Itulah situasinya.

Sebuah blog pro Umno telah mengesyorkan agar penyokong-penyokong Umno hendaklah bersedia menyimpan sedikit rasa kecewa mereka. Tuan empunya blog berkenaan mengakui beliau terlalu rindu untuk mengibarkan bendera Umno di dalam keretanya yang telah sekian lama tersimpan semenjak pilihanraya di Permatang Pauh dan di K.Terengganu. Kali ini beliau terlalu ingin mengibarkan bendera keris telanjang itu dari Manek Urai ke KL selepas keputusan diumumkan nanti. Apakah impian dan cita-cita beliau termakbul? Jika tidak berjaya kali ini, aku harap agar beliau menukarkan segera bendera keris telanjang itu dengan yang baru kerana mungkin bendera yang beliau simpan itu sudah terlalu reput, usang ataupun sudah berkarat akibat terlalu lama disimpan di dalam bonet keretanya.

Masa dan waktu masih ada buat pengundi-pengundi di Manek Urai untuk berfikir dengan waras. Selepas Solat Subuh nanti, Zohor dan sedikit waktu selepas Asar nanti, mohon lah kepada Allah untuk menunjukkan jalan yang benar. Mereka telah berusaha dengan wang ringgit, propaganda melalui jentera kerajaan yang mereka miliki dan akhirnya dengan sogokan sebuah jambatan buat pengundi di Manek Urai. Terpulang kepada pengundi di Manek Urai samada mereka mampu bertahan dengan maruah dan harga diri yang mereka ada. Jangan sampai kita ditertawakan oleh rakyat kebanyakan di luar sana yang sudah lama berubah untuk tidak lagi mempercayai Umno/Bn. SELAMAT MENGUNDI!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan