JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 3 Julai 2009

BAGAIMANA DENGAN KES RASUAH TERDAHULU?

PR desak dedah status rasuah 18 tokoh politik

SHAH ALAM - Pemuda Pakatan Rakyat (PR) semalam mendesak kerajaan mengumumkan status 18 tokoh politik yang pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti diumumkan semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, status siasatan 18 tokoh politik terbabit terus menjadi tanda tanya dan timbul persoalan adakah berlaku cubaan untuk menyembunyikan kesudahan siasatan tersebut daripada pengetahuan rakyat.

Menurutnya, beliau tidak mahu SPRM hanya mengeluarkan kenyataan bersifat retorik untuk menyedapkan hati rakyat tanpa memberi kesan positif kepada aktiviti membanteras gejala rasuah di negara ini.

“Daripada satu sudut, PR mengalu-alukan kenyataan SPRM akan mendedahkan beberapa kes besar melibatkan kes rasuah, tetapi kita tidak mahu kenyataan tersebut hanya sekadar dakwaan di bibir sahaja,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Pe�risikan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah bahawa suruhanjaya itu akan mendedahkan beberapa kes besar termasuk kes rasuah dalam masa terdekat ini. Seterusnya baca sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan