JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 18 Julai 2009

MANEK URAI - PAS MENANG, UMNO BERJAYA? DUNGU BETUL!!

Oleh: Mandor.blogspot.com

PELIK betul tajuk tulisan ni kan? Pelik tapi benar, benar tapi dungu!! Tuan-tuan tahu siapa yang berkata demikian? Penulis tu kata di Manek Urai, Pas menang tetapi Umno berjaya!! Siapa penulis yang dungu sangat tu? Aku tak kenal tapi tuan-tuan boleh baca kat sini. Perkataan tu saling tak tumpah macam anak Yatim si Rais tu kata masa Mahkamah Dunia buat keputusan Pulau Batu Putih menjadi hak Singapura, dan Batu Karang menjadi hak Malaysia. Si Rais tu punyalah cerdik dia kata itu adalah keputusan yang baik dan dianggap situasi `Win-Win'. Dungu tak?

Singapura dapat pulau yang bernilai tinggi, kita dapat batu karang maka itu dianggap `Win-Win'. Kalaulah Lee Kuan Yew dengar apa yang menteri dari Jelebu tu cakap, sahih Lee Kuan Yew akan terguling-guling ketawa sampai terkentut-kentut agaknya dia. Begitulah juga si penulis tu kata bila Umno dah terkangkang kat Manek Urai. Entah kenapa otak dia terfikir nak sebut di Manek Urai Pas menang tetapi Umno pula yang berjaya. Aku rasa kalau kata-kata ni diucapkan di depan orang gila, sah orang gila tu kata, "nasib baik aku gila, tapi tak bodoh cam engkau'.

Kenapa susah sangat nak mengaku bahawa Umno sudah tidak diterima majoriti orang-orang Melayu di Manek Urai? Berat sangat ke nak sebut bahawa orang-orang Manek Urai tidak termakan dengan umpan jambatan tu? Atau malu nak sebut? Kalau lah si penulis tu nak menggunakan portal nya untuk mengampu Umno sekali pun, biarlah cara mengampu tu nampak cerdik sikit. Lagi pun buat apa nak mengampu dah, kerana `nasi sudah menjadi bubur' dan Umno pun telah selamat di`talkin'kan dan kini telah bersemadi di bawah tapak jambatan yang tak jadi dibuat itu kat Manek Urai.

Katalah Umno perasan sangat sudah kuat walaupun telah 6 kali bertempur, 6 kali terkangkang, kita pelawa lagi Umno untuk bertempur amacam? Apa kata kita buka gelanggang kat Perak pula? Ok lah, mungkin kat Perak kaum Cina dan India ramai, mungkin Umno rasa menempah maut kalau bertempur di situ, kita cadangkan buka gelanggang di Terengganu pula. Mengapa aku cadangkan di Perak atau Terengganu? Ini adalah kerana kedua-dua negeri tersebut sekarang dilihat tidak stabil kerajaannya. Di Perak, Umno dapat kuasa melalui mahkamah. Di Terengganu pula, pimpinan Umno sesama mereka tidak pernah nak bersatu. Rapuhnya perpaduan sesama Umno di Terengganu boleh digambarkan dengan rapuhnya stadium yang runtuh kat Terengganu baru-baru ni.

Kadang-kadang aku rasa bodoh juga mencabar Umno untuk buka gelanggang pilihanraya ni. Aku rasa macam aku mencabar kambing supaya mandi dalam hujan je. Puas juga aku mencari peristiwa atau sejarah menunjukkan Umno itu berani. Kalau berani bercakap depan TV atau media mereka aku akuilah kehebatan mereka ni. Berdebat ? Huh...jauh sekali. Letaklah apa tajuk sekalipun. Kalau ada yang berani pun, tersembur pulak air liur masa berdebat. Takpelah, itu tahap paling berani gaban la tu dalam Umno. Macam mana nak berdebat kalau asyik kata Pas Menang, Umno berjaya. Cakap pun dah tak betul.

Di dalam pertarungan, boleh diumpamakan pendekar Umno memiliki semua senjata seperti keris dan pedang, manakala lawan mereka Pahlawan Pas sehelai sepinggang bertempur. Dalam perlawanan tersebut, pendekar Umno terkangkang dengan mengalami luka-luka yang kecil tetapi tidak boleh bangun. Maka, Pahlawan Pas pun diistiharkan sebagai pemenang. Selepas itu, Pendekar Umno merangkak keluar dari gelanggang dan berkata kepada penonton bahawa `memang Pahlawan Pas Menang, tapi Aku Berjaya" katanya. Salah seorang penonton pun bertanya," Kenapa engkau kata begitu?". Pendekar Umno pun menjawab," Sebab, dulu aku terkangkang gak, tapi luka aku lagi parah, tapi kali ini luka aku kecik je...". Agak-agak kalau tuan-tuan sebagai penonton di situ mahu tak terguling-guling ketawa? Kalau aku ada kat situ, aku akan pujuk pendekar Umno tersebut. Paling tidak aku akan kata," Betul, memang betul engkau berjaya,...berjaya kelentong!!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan