JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 15 Julai 2009

UMNO TETAP TIDAK DITERIMA PENGUNDI MELAYU

Oleh: Mandor.blogspot.com

UMNO sebelum ini bermegah kononnya parti sekular tersebut mendapat sokongan orang-orang Melayu walaupun banyak negeri telah ditawan oleh PR. Mereka menyangka bahawa kekuatan PR hanyalah terletak kepada kaum-kaum lain dan sokongan Melayu tetap bersama Umno. Setelah beberapa pilihanraya kecil sebelum ini, Umno masih segan untuk mengakui bahawa parti tersebut tidak lagi releven untuk mana-mana kaum sekali pun.

Atas keyakinan Umno tersebut, maka PRK Manek Urai ini amat penting buat Umno untuk membuktikan apa yang Umno perkatakan selama ini. Manek Urai adalah kawan pengundi yang hampir 100 % Melayu dan di sinilah Umno cuba mengambil peluang untuk menunjukkan kehebatan parti tersebut. Malang sekali, Umno tidak bangun dengan kekuatan sendiri di Manek Urai tetapi masih berpaut kepada cara lama mereka berkempen. Tanpa bantuan media kerajaan dan tanpa janji serta sogokan pembangunan apalah yang ada pada Umno. Umno telah berusaha sedaya upaya mereka sehingga ke tahap sanggup turun menoreh getah di ulu-ulu kampong. Umno terpaksa mengumpan sebuah jambatan berharga buat Manek Urai jika pengundi-pengundi di Manek Urai memberikan kemenangan kepada Umno. Apakah selepas ini jambatan tersebut akan dibina? Sudah tentu tidak. Jika ada mana-mana Wakil Rakyat di Kelantan yang akan meninggal dunia selepas ini, maka muncul kembali janji jambatan tersebut.

Pas juga mesti akui hakikat kemerosotan jumlah undi yang mereka perolehi. Pas harus bersyukur kerana Pas masih mempunyai ahli dan penyokong-penyokong mereka yang begitu kental iman dan tingginya maruah mereka. Tetapi, Pas mesti terus menyelidik mengapa masih terdapat pengundi-pengundi yang beralih arah hanya kerana pembangunan dan janji-janji Umno tersebut. Atau, jika mereka tidak mengundi Pas bukan kerana janji pembangunan tetapi kerana sebab-sebab lain yang mereka sendiri ketahui. Pas perlu mulakan gerak kerja menyelidik ini mulai sekarang terutamanya kepada golongan muda.

Pas juga perlu memikirkan kembali pendekatan mereka di dalam kempen pilihanraya. Tokoh yang dilantik bagi mengetuai jentera kempen hendaklah yang bersifat universal dan bukan lagi berfahaman tempatan. Tokoh yang berpengalaman amat penting bagi mengetuai jentera kempen. Bantuan nasihat serta pandangan dari mana-mana pihak di dalam rakan PR juga perlu diambil kira. Apa yang dapat dilihat di dalam pilihanraya kecil kali ini adalah kegagalan Pengarah Pilihanraya Kelantan sendiri yang kurang bijak di dalam percaturannya serta kelemahan dari segi komunikasinya. Peringkat akar umbi jentera kempen tidak harus dipersalahkan kerana terbukti mereka telah melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Akhir sekali, Pas haruslah terus mendominasikan sokongan orang-orang Melayu terhadap Pas di samping memperkuatkan lagi usaha untuk mendapatkan sokongan dari orang-orang bukan Melayu. Pas mesti menunjukkan bukti jelas bahawa parti itu merupakan parti alternatif kepada Umno di masa-masa akan datang. Hentikan terus permainan `wayang kulit' bersama Umno kerana Umno sekarang tidak lagi releven untuk mewakili orang-orang Melayu. Pas mesti ke depan selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan