JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 24 Julai 2009

Bapa mendiang Teoh tidak percaya, anaknya bunuh diri di Pejabat SPRM itu!

Thursday, July 23

Teoh Leong Hwee, bapa kepada Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, 30, yang ditemui mati secara misteri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan kematian penuh misteri anaknya itu disebabkan penganiayaan dan bukannya terjatuh atau bunuh diri, lapor Zaili Muhammad.

Menurut Leong Hwee, pemandu teksi, 62, beliau tidak dapat menerima tuduhan yang mengatakan anaknya terjatuh atau bunuh diri kerana Beng Hock sebelum itu kelihatan begitu gembira sekali menguruskan persiapan perkahwinan bersama tunangnya.

"Saya tak boleh terima! Dia kata anak saya terjatuh atau bunuh diri kerana beliau dijadualkan mendaftarkan perkahwinannya pada hari Jumaat (17 Julai) tetapi dia ditemui mati pada hari Khamis di pejabat SPRM.

"Mereka (SPRM) tahan anak saya. Kami sekeluarga pun tak tahu. Pada hari kejadian saya ada telefon dia tapi tak jawab. Biasanya dia akan telefon semula.

"Dia ditahan langsung tak ada berita. Hari Sabtu janji mahu kahwin dan barang-barang semua dah beli tiba-tiba kami dapat tahu dia meninggal dunia. Itupun hanya tahu dia mati melalui suratkhabar," kata Leong Hwee kepada Harakah.

Beliau mengakui Beng Hock merupakan seorang anak yang baik, selalu bertanya khabar dengan ibunya dan dia tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapapun.

"Saya marah! hati pun banyak sakit, kalau tuan punya anak jadi ini macam! apahal? Saya minta Yang Dipertuan Agong tubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat secara telus dan terbuka kes ini. Kerana kami sekeluarga ingin tahu punca sebenar kematian mendiang," ujarnya.

Harakah sempat menemui tunang mendiang, Beng Hock, Soh Cher Wei, 28, seorang guru, memberitahu beliau pun tidak dimaklumkan oleh sesiapa sewaktu Beng Hock ditahan dan hanya mengetahui kematiannya melalui suratkhabar.

"Kami berkenalan sejak lima tahun lepas ketika sama-sama belajar di UKM tetapi perhubungan kami mula serius sejak dua tahun kebelakangan ini. Kami mengambil keputusan bertunang pada minggu lepas dan dijangka berkahwin Jumaat lalu.

"Saya harap kerajaan buat siasatan secara menyeluruh berhubung kematian Beng Hock yang menimbulkan tanda-tanya kepada orang-ramai," tegasnya penuh hiba.

Beng Hock merupakan anak ke empat daripada lima adik-beradik sebelum ini bekerja di Sin Chew Daily sejak 2004 dan meletak jawatan selepas Pilihan Raya Umum ke 12 apabila ditawarkan sebagai Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah./Detikdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan